Tuesday, October 11, 2011

JJCM–Asam pedas kepala ikan merah

IMG_1930

Berasal dari Johor, pastinya asam pedas adalah salah satu dari lauk kegemaran saya. Mencari asam pedas yang sedap di Dungun adalah satu cabaran sehingga saya berjumpa dengan lauk ini di restaurant Hotel UiTM Dungun. Semenjak itu, setiap kali makan disini, masakan ini adalah salah satu dari lauk yang mesti dipesan. Asam pedas nya pekat sikit. Bagi yang tidak biasa, ianya seakan-akan sambal ikan tapi best. Selain dari asam pedas, sup ekornya juga yang paling sedap dan murah diDungun (ikut selera sayalah..), tapi tak boleh order selalu..lemak banyak sangat.

IMG_1931

IMG_1980By the way cuba juga air Sri Dungun ini – air epal hijau yang diletak asam boi sedap..Smile

Sunday, October 9, 2011

Budget 2012

Hari jumaat lepas, kami memastikan jam 4:00 petang, kami berada dihadapan TV untuk mendengar budget 2012 yang dibentangkan di Parlimen. Tambahan pula, sewaktu rancangan Nasi Lemak Kopi ), beberapa wakil pensyarah dijemput untuk menyatakan harapan dari kami pensyarah-pensyarah IPTA. Sememangnya ini adalah budget pilihanraya. Beberapa perkara menarik perhatian saya.

Pertama – Pengenalan Sistem Saraaan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan diperkenalkan dengan struktur gaji yang dikatakan lebih baik. – Ini adalah Sistem Saraan ke 3 sepanjang 20 tahun saya berkhidmat di UiTM (lamanya dah..) Dalam dua perubahan yang lepas, saya sedikit ketinggalan (tidak mendapat manafaat sebagaimana yang saya jangka). Hopefully saya tidak mengalami perkara yang sama apabila berubah ke sistem yang baru ini.

Kedua – Usia bagi pencen wajib dinaikkan kepada 60 tahun dari 58 tahun. Ehmmm rasanya saya akan mengekalkan usia pencen kepada 58 tahun instead of 60 tahun.

Ketiga – Bonus separuh bulan gaji – Yang ini saya suka, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit beban kewangan yang meningkat sekarang. Takut nanti bonus belum dapat, harga barang naik lagi dua tiga kali ganda..

Anyway, ini adalah belanjawan untuk semua, dengan tumpuan lebih diberikan kepada rakyat instead of syarikat. Walaupun gembira dengan pemberian, namun sedikit suspense kerana kelihatannya PM nak kita berbelanja untuk boost up the economy. Kenapa ye? Yang pastinya, pilihanraya dah nak dekat….

Steve Jobs dan Apple

bloomberg

Saya terharu apabila keseluruhan isi kandungan majalah Bloomberg Businessweek keluaran 10-16 September didedikasikan kepada kehidupan Steve Jobs dan Apple. Beliau adalah salah seorang pengasas Apple dan lebih utama inovasi beliau iaitu iphone dan ipad telah mengubah kehidupan jutaan penghuni dunia termasuk saya. Masih saya ingat lagi, saya amat menunggu-nunggu alat untuk membolehkan saya membaca e-book dengan mudah. Kedua-dua iphone dan ipad saya dibeli tanpa gurantee kerana produk tersebut tidak dilancarkan diMalaysia lagi sewaktu ianya dibeli. Malah SIM kad terpaksa dipotong bagi membolehkan ianya dimasukkan dalam iphone ketika itu. Namun sehingga hari ini, iphone yang dibeli pada tahun 2007 masih digunakan. Begitu juga dengan ipad, walaupun telah ada versi yang baru, ipad saya masih berfungsi dengan baik dan saya tidak nampak keperluan untuk mengantikannya.  Sebagai pengguna iphone dan ipad, kematian beliau mungkin akan memberikan impak kepada ciri-ciri inovasi syarikat tersebut. Namun semangat dan inovasi beliau patut dijadikan contoh kepada generasi muda sekarang. So kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai sejarah Apple, carilah majalah ini.

Thursday, October 6, 2011

Kerabu Mangga

IMG_1927

Salah satu lagi masakan di Terengganu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga termasuk emak. Buat masa berbuka puasa, pasti tambah nasi masa berbuka Smile. Resepi ini saya belajar dari Semek sewaktu majlis perkahwinan Samsul dulu, dimana ini adalah sayur yang disediakan oleh mereka (Tak boleh bayang berapa banyakkah mangga muda yang diperlukan.)

Ini adalah bahan-bahannya untuk satu mangkuk.

  • 1 biji mangga muda (saya suka mangga epal yang dah nak masak, tak berapa masam).
  • 1 ekor ikan selayang (besar) atau 2 ekor selayang kecil
  • 3-4 sudu santan pekat (saya panaskan sedikit guna mikrowave)
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji cili padi
  • 2 helai daun cekur
  • 2 helai daun kaduk muda
  • sehelai daun kunyit muda
  • satu batang serai (saya ganti dengan daun limau purut, makan serai nanti angin satu badan )
  • sedikit garam.

Kaedah membuatnya

  1. Ikan direbus, dibuang tulang dan dihancurkan
  2. daun cekur, daun kaduk, daun kunyit serta serai/daun limau dihiris halus.
  3. bawang merah dan cili padi dimayang halus.
  4. Sediakan semua bahan dan campur sebelum makan nasi.

Nota: Kerabu ini tidak boleh disimpan sekiranya tidak habis kerana santannya akan rosak selepas beberapa jam.

JJCM–Ikan Bakar di Paka

Ianya adalah sebuah kedai makan biasa yang terletak diantara stesen minyak Petronas dan stesen Minyak Shell di bandar Paka Terengganu. Namun menjelang pukul 12.00 tengahari, pelanggan akan beratur untuk mendapatkan ikan bakar.

IMG_1926

Kelihatannya macam ikan bakar biasa yang dibakar diatas kuali bersama kunyit dan mentega, tapi bagi mereka yang telah mencuba pastinya akan datang lagi.

IMG_1924

Mungkin kesedapannya terletak pada ikan yang dimakan panas-panas, atau  kuah asamnya yang pekat dan sedap, atau mungkin juga kuah kicapnya yang lemak masin dan manis. Walau apa pun alasannya, mencuba ikan bakar ini dirumah tidak sama rasanya dengan disini. Selain dari itu, ada beberapa masakan yang lain dari masakan dikedai lain seperti daging salai lemak chili api dan sayur ulam masak lemak tempoyak juga terdapat disini. Tidak pernah bertanya pada tuan kedai, tapi rasanya mereka berasal dari Negeri Sembilan kerana masakannya pedas sidikit berbanding dengan ‘standard’ lauk di Terengganu. Kami sanggup datang dari Dungun apabila teringin nak makan ikan bakar disini.

Tuesday, October 4, 2011

Sayur air pucuk paku dan budu

IMG_1918

Masakan ini diajar oleh abah (salah satu makanan kegemarannya) dan Mak Da. Saya masih ingat, selalunya kalau ke Shah Alam, Mak Da akan bawa pucuk paku untuk dibuat sayur air. Ianya juga merupakan salah satu dari makanan kegemaran aruah Ayah Cik. So bagi yang berminat, ini adalah resepinya..

Bahan-bahan

  • 2 ikat pucuk paku (diDungun, pucuk paku diikat bersama beberapa batang daun kesum, beberapa helai daun kaduk, sedikit daun ubi kayu dan daun kangkung)
  • 2 ekor ikan selayang (ikan lain boleh juga tapi rasa ikan selayang manis)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu makan budu
  • beberapa keping keropok
  • beberapa biji chili api
  • sekeping asam

Kaedah

  1. Sayur di potong, dibersihkan dan ditos.
  2. Dalam periuk, masukkan bawang merah, bawang putih, chili api (tidak dipotong), budu, keropok, asam keping dan ikan. Masukkan air dalam 1 1/2 mug. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan sayur dan masak sehingga sayur layu sedikit.

Nota: Atie cublah sayur ni, pasti Rosdi makan bertambah nasinya Laughing out loud

Sunday, October 2, 2011

JJCM–Nasi Ulam

IMG_1916

Sewaktu berada di Pasar Siti Khadijah Kota Baru, kami mencari kedai makan untuk makan tengahari. Memang ada kedai makan dalam pasar tu, tapi suasana sekelilingnya tidak menarik perhatian kami selain dari ianya berada ditingkat tiga yang sukar bagi abah nak naik. Seorang peniaga mencadangkan kami makan di Cikgu Restoran  Nasi Ulam.

Kami pun keluar dari pasar (dibahagian belakang) dan menyusuri pagar istana, sehingga sampai ke Kompleks Kraftangan. Restoran ini berada dalam kompleks tersebut. Sampai lebih kurang jam 12:30 tengahari dan kami kena menuggu meja.Wow dalam hati saya makanan kat sini mesti sedap. Berkonsepkan self service, pelanggan sendiri mengambil makanan yang mahu dimakan. Sewaktu makan seorang pekerja akan mengira makanan yang diambil.

IMG_1912

Deretan ulam-ulam yang disediakan, macam kat pasar pula !!! Semua daun ulam ada kat sini.

IMG_1913

Pencicah buat sendiri ya..ada sagat buah mangga lagi selain dari sambal belacan, air asam, kicap pedas dll

IMG_1914

Deretan lauk yang berbagai. Dari ikan, ayam dan seafood. Yang paling cepat habis ialah ayam goreng dan ikan keli goreng. Chances kita akan dapat masakan yang panas disini kerana sekejap aje letak dah habis.  Disini digalakan makan berhidang. Saya perhatikan lauk-lauk dipotong untuk 2 orang makan. Air sirap, bandung atau teh telah tersedia dalam jug untuk 4 / 6 orang.

Kami ambil 2 bahagian ayam goreng (besar), sepotong ikan singgang (manis sikit tapi sedap ), ikan bakar, sayur lemak dan budu serta tempoyak dan 2 potong tembikai. Makanan untuk 4 orang ni berserta air sirap, tak sampai pun RM30.00. No wonderlah premis ini mendapat sijil harga patut.

Makanannya sedap, harganya pun okay. Walaupun jauh sikit berjalan dan kena menunggu meja, kami puas hati…