Thursday, October 7, 2010

Gambar bersama keluarga emak

Gambar-gambar ini diambil pada awal 90an. Bersama nenek sebelah emak, yang pada ketika itu menetap di Seremban.OldPic20015 OldPic20017

Nancy, do contact me if you read this web page.

Keluarga besar sebelah ayah

Semenjak ayah dan nenek serta atuk tiada, saya tidak lagi balik ke kampung di Negeri Sembilan. Gambar-gambar ini meninggalkan kenangan bersama keluarga sebelah ayah.Keluarga ayah yang kini semuanya telah pergi menemui Illahi..

OldPic20005

Gambar terakhir yang diambil beramai-ramai sewaktu Hari Raya Puasa – Masa itu Fatin (anak Azman) yang berusia beberapa bulan dipangku oleh emak. Sekarang Fatin dah Tingkatan 4.

OldPic20006

OldPic20007

Gambar bersama nenek dan atuk pada tahun 87di Pantai Desaru. Siapa ye kanak-kanak tersebut? cuba teka?

OldPic20011

Kenangan bersama ayah

Jika ditanya siapakah idola saya, sepantas kilat jawapannya adalah ayah yang memberikan sepenuh kasih sayang dan yang telah banyak berjasa kepada saya. Beliau jugalah yang mempengaruhi kebanyakkan nilai-nilai murni yang saya warisi. Namun beliau pergi terlalu cepat sebelum saya sempat membalas jasa beliau. Hanya beberapa kenangan yang tinggal bersama dengan beliau

OldPic20012

OldPic20014

Sewaktu mengerjakan Haji pada tahun 1991

OldPic20013

Selepas ayah meninggal, rumah ini juga kini tiada berpenghuni dan tinggal sebagai kenangan dalam memori kami. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka sebelum mereka meninggalkan kita. Al Fatihah untuk ayah.Semoga rohnya berada bersama-sama orang yang beriman dan mendapat rahmat dari Allah.

Kenangan emak dan ayah

Beberapa hari lepas, emak mengeluarkan beberapa album gambar dari bawah katil. Saya kira gambar-gambar ini disimpan sebagai kenangan. Sebahagian darinya ingin saya abadikan di blog ini.

OldPic20008

Beberapa minggu selepas perkahwinan mereka. Ayah berusia 19 tahun dan emak berusia 14 tahun

OldPic20009 Emak dan Mak Yah sewaktu di Labis Johor. Tak tahu dimana Mak Yah sekarang. Kalau ada keluarga Mak Yah dan Pak Md Dom yang membaca blog ini, harap dapat hubungi kami.

 

 

 

 

OldPic20016 Emak dan Mak Ngah

 

OldPic20010

Dari mula bekerja sehingga pencen, ayah adalah seorang pegawai di Jabatan Perhutanan Johor. Setiap 5 tahun kami akan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain di kawasan Johor. kami dibesarkan di beberapa tempat seperti Labis, Kahang, Jemaluang, Lenga, Ulu Sedili dan Kota Tinggi (yang saya ingat)

Tuesday, October 5, 2010

Makaroni Bakar

IMG_1520

Teragak nak makan makaroni bakar, so download lebihkurang 5 resepi and this is the one yang diolah :)

Bahan-bahan

  1. 1 mug makaroni – rebus dengan sedikit minyak dan tos
  2. Tumbuk – 4 biji bawang merah, 3 biji bawang putih
  3. 3 sudu besar serbok kari (saya guna serbok kurma pun sedap juga)
  4. 3 sudu besar ayam cincang (boleh guna daging tapi tinggi kalori !!!)
  5. 2 sudu besar sayur campur, sedikit cendawan butang (dihiris), 1 biji cili dicincang, sedikit daun sop dan bawang.
  6. Cheese disagat – saya guna chedar and mozzarella untuk toping
  7. 2 biji telor (resepi asal cadangkan 3 biji (tinggi kalori ni..)
  8. 1 cawan susu segar
  9. 3 camca besar tepong gandum

Kaedah.

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah serta serbok kari/kurma. Letak sedikit air sekiranya kering. Masukkan ayam/daging cincang. Gaul ban biar seketika hingga ayam/daging masak.
  2. Masukkan semua sayur-sayuran dan makaroni. Perasakan dengan sedikit garam. Sejukkan. (Nak makan pagi, boleh buat waktu malam dan simpan dalam peti sejuk).
  3. Panaskan oven (200 Celcius)
  4. Pukul telor sedikit, masukkan susu dan tepong. Kacau hingga rata.
  5. Sapu marjerin dalam bekas casserole. Masukkan campuran makaroni yang telah dimasak.
  6. Masukkan campuran telor, susu dan tepong.
  7. Letak cheese dilapisan akhir
  8. bakar 30 – 40 minit.

Nota: Yati, cubalah sedap…

Kuih bakar pandan (Melaka)

IMG_1521Satu lagi resepi tradisi dari emak. Bahan-bahan untuk 4 keping kuih.

  1. 2 mangkuk tepung gandum
  2. 1 mangkuk kuah telor
  3. 2 mangkuk gula pasir
  4. Kisar bahan-bahan ini  : 2-3 sudu jintan manis, 2-3 sudu ketumbar, 2 batang kulit kayu manis (yang ditumbuk dulu), 3-4 bunga lawang (ditumbuk dulu) beserta  10 helai daun pandan, 6-7 helai daun limau purut – tapis dan simpan air dalam 1 mug
  5. RM 2.00 santan pekat atau dalam 1 mug
  6. sedikit garam
  7. bijan (kalau suka)

Kaedah:

  1. Panaskan ketuhar 180C
  2. Campur telur, gula, gaul sehingga gula sebati dengan telur mengunakan pemukul telor. Masukkan tepung gaul lagi, masukkan santan dan air daun pandan sedikit-sedikit. Pastikan tepung tidak bergentel. Kadar kepekatannya – pekat sedikit dari adunan roti jala. Akhir sekali masukkan garam.
  3. Lenser margerin pada pembakar dan masukkan seketika dalam ketuhar.
  4. Masukkan adunan dalam bekas pembakar, Taburkan bijan dan bakar dengan menggunakan api atas bawah selama lebih kurang 30 – 40 minit. (garfu dicucuk dan adunan tidak melekat pada garfu).

 IMG_1523

Ti, sedap…Haqim dan emak habiskan sebiji yang pertama :)

Saturday, October 2, 2010

Open House

Tahun ini kami buat open house untuk jiran-jiran sekitar dan staf abah sahaja bagi memastikan mereka semuanya dapat kami layan dengan baik. Terima kasih kepada mereka  yang sudi hadir. Diantara rakan-rakan yang sempat dirakam gambar merekaIMG_1477  IMG_1479 IMG_1480 IMG_1481

Mohon maaf bagi yang lain-lain, tak sempat dah nak ambil gambar. Alhamdulillah, juadah yang kami sediakan habis. Tahun ini kami masak nasi minyak lauk ayam dan mee jawa. Surprisingly, yang habis dulu adalah nasi himpit dengan kuah kacang :)…