Monday, June 21, 2010

Source of noisy text

agarwal (2007)

1) online noisy documents –> email, chat logs, scrap book entries, newsgroup entries –> informal modes > people less careful on the informal modes of communication

2) SMS – short message service – shorter message due to keypad of mobile telephone and enforcement of message lenght

Tempat kegemaran emak untuk menjahit

Yati as requested..

IMG_1020

Suatu masa dahulu di pagi raya

Sewaktu mencari gambar Cikgu Maskon, saya terjumpa satu lagi gambar yang menjadi kenangan kami sewaktu menyambut Hari Raya Puasa satu masa dahulu.

scan0003

Usia gambar ini --> yang dipangku oleh mak adalah Fatin (anak Azman) yang kini berada dalam Tingkatan Lima dan sewaktu gambar ini diambil, Ana sedang mengandungkan abang long yang kini berada dalam Tingkatan 1. Rumah ini juga kini tinggal kenangan…

Cikgu Maskon dalam kenangan

Mungkin diantara individu di Mersing yang paling banyak mempengaruhi dan memberi kesan kepada kami sekeluarga adalah Cikgu Maskon dan keluarganya. Diantaranya beliaulah yang menikahkan kami suatu masa dulu.
scan0001
Dan beliau jugalah yang mengetuai rombongan haji kami dulu.
scan0002
Pagi ni saya menerima khabar beliau telah pergi buat selama-lamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau.. Alfatihah…

update 22/11/2011 -> Beberapa hari lepas terima khabar Mak Mah juga telah meniggal dunia. Semoga roh mereka dirahmati, Ameen AlFatihah..

Sunday, June 20, 2010

Noisy Text – Related Journal

Listing of journal that are related

Saturday, June 19, 2010

Trip ke Pulau Redang

Midah merancang perbincangan akhir projek di Pulau Redang dan saya turut serta untuk mengambil kesempatan berkenalan dengan lebih dekat dengan supervisor Prof Dr Razak. Saya bawa Haqim sekali memandangkan cuti sekolah dan bagi saya inilah masa yang sesuai untuk saya bersama Haqim. Excitednya dia masa nak pergi dan sewaktu disana.

IMG_0959

Cantiknya pulau ni.

IMG_0951 

Dalam bot sewaktu hari bertolak

IMG_0961 IMG_0969 IMG_0971

Beberapa snap gambar Haqim yang pada mulanya takut tetapi masuk hari kedua, dia begitu berani sekali.

 IMG_0976 IMG_0983 IMG_0988

Gambar di Marin Park. Lihatlah airnya yang begitu jernih sekali.

IMG_0990 IMG_0994

Dan sebagaimana biasa, Haqim mesti nak ambil gambar dengan pemandu. Kali ni pemandu bot…

IMG_1004

Chalet tempat tinggal kami. Bagi sesiapa yang berhajat phone number: 096665020/18, web site – http://www.redanglagoon.com

 

IMG_1014

Manjanya anak mama ni..

IMG_0978

Inilah supervisor saya Prof Dr Abdul Razak Hamdan

Dengan sabarnya pada hari kedua, Haqim mengajar mama untuk mengapungkan diri dan membolehkan mama snorkeling dan melihat keindahan ikan-ikan di pulau ini. Sekarang barulah saya faham kenapa pulau ini menjadi tumpuan ramai. Yang pastinya dipanjangkan umur saya pasti datang lagi kerana tak puas melihat ikan-ikan yang berenang disini. Terima kasih Haqim sebab ajar mama. Terima kasih Midah kerana sudi membenarkan saya menghadiri trip ini.

Yati, jom pergi Pulau Redang.. seronok sangat

Friday, June 18, 2010