Sunday, May 16, 2010

My new toy – Apple ipad

IMG_0852 Sudah lama saya menunggu gadget ini untuk sampai ke Malaysia. A computer which is used mainly for e-books, dimana I can use it easily to read books whenever I like. At last semalam Amran dan Rewa tolong saya carikan alat ini di Sunway Pyramid

IMG_0851

Inilah pasangan yang menjualnya dengan harga yang saya kira paling murah untuk alat ini di Sunway Pyramid. So kalau ada yang berminat carilah disana.

Harganya boleh tahan juga, tapi pengalaman saya dengan iphone, I know it is worth it. Now I have a place for hundreds of my ebook plus articles that I should read for my Phd.

Above all, this is my birthday present for this year :) …

Wednesday, May 12, 2010

Layang-layang Haqim

IMG_0833 Sememang nya tugas ibu bapa memerlukan kita untuk give and take. Ada masanya kita bertegas, ada masanya kita beri mereka kasih dan sayang. Sudah seminggu Haqim merengek untuk dibelikan layang-layang. In fact, umpan inilah yang saya gunakan untuk memujuk beliau pergi qiam pada hari khamis lepas.

Akhirnya saya mengalah dan membelikan juga beliau layang-layang tersebut. Terperanjat bila harga layang-layang tu RM25.00. Sudah berlalukah zaman dimana harga layang-layang baru RM1.50 satu. Tapi kerana anak dan melihat kepada kesungguhan penjual yang menunjukkan walaupun mahal tapi layang-layang tersebut stabil dan senang untuk dinaikkan (siap demo lagi).

So for the past few days, masa petang saya dihabiskan bersama Haqim dan layang-layangnya di tepi pantai. Mungkin pada sesetengah orang menganggap ianya membuang masa, tetapi bagi saya inilah diantara masa yang ingin saya rakamkan difikiran saya. Melihat kegembiraannya untuk ketepi pantai dan kesungguhannya menaikkan layang-layang tersebut, amat bernilai dan masa tersebut pastinya tidak akan berulang lagi. Cepat sekali masa berlalu. Saya tahu dia hanya akan menggemarinya untuk beberapa hari, but it is worth it.

IMG_0835 IMG_0836

Sempat juga bergambar bersama emak dan keluarga Kak Jamal yang datang dari Johor.

IMG_0845

Hikmah disebalik musibah

Ahmad Fitri Yahaya di MHI hari khamis lepas mengajak penonton mencari hikmah disebalik musibah yang kita sering terlepas pandang. Contohnya, disebalik ‘serangan’ anai-anai di bilik tamu, kami mengambil kesempatan ‘berkemas’ untuk menukar bilik Haqim kepada bilik study. Siap dengan aircon dan white board lagi. Ini adalah ruang untuk mama.

IMG_0793

Dan ini pula adalah ruang untuk Haqim

IMG_0794

Agaknya abah dah tak larat tengok buku-buku kami disana sini.. Ni kalau Haqim tak improve juga study ni tak tahu lah mama nak buat macam mana lagi. Sememangnya ada hikmah disebalik musibah..

Servis kereta dan lain-lain?

Abah kena servis kereta (major) di Kuala Terengganu. Oleh kerana kami perlu berada ditempat servis sebelum pukul 9 pagi, kami mengambil keputusan untuk tidur di Kuala Terengganu sambil bawa Haqim mandi pool. Lihatlah gelagat anak mama yang semakin besar ni…

IMG_0815

IMG_0817

IMG_0818

IMG_0816

IMG_0823 Sempat juga buat request lagu untuk mama sempena hari ibu yang didendangkan oleh Anis Suraya. Terima kasih Haqim dan Abah..

 

 

 

 

 

IMG_0824

IMG_0828

p/s..Yang menyebabkan mama terharu apabila Haqim menyanyikan lagu selamat hari ibu sekembalinya dari sekolah..Tidak ada harta didunia yang boleh menggantikan that moment… so cute..

Hari Ibu…

IMG_0840

Inilah emak saya yang kini berusia 66 tahun. Dah setahun setengah, emak berada dibawah jagaan saya. Emak yang banyak mendidik saya walaupun pada mulanya saya tidak begitu menghargainya. Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan bersama 3 adik beradik lelaki menyebabkan kerja rumah semuanya diserahkan kepada saya. Sikap emak yang suka berleter ditambah dengan sikap garang ayah menyebabkan saya lebih banyak berada disekolah dari dirumah. Saya masih ingat sewaktu cuti sekolah, sayalah yang terlebih dahulu volunteer sekiranya ada aktiviti sukan atau kem supaya tidak perlu balik kerumah pada waktu cuti. Berada disekolah berasrama pernuh dari tingkatan 1, kemudian terus keuniversiti, menyebabkan masa bersama keluarga begitu terhad dan kesannya sehingga kini kami sekeluarga tidak serapat keluarga-keluarga yang lain. (Satu keadaan yang saya tidak mahu berlaku kepada Haqim)

Apabila Haqim wujud dalam hidup saya, barulah saya memahami kasih ibu dan ayah. Barulah saya faham, mereka bersikap tegas kerana mahukan kami berjaya dan atas tekanan hidup pada masa itu. Alhamdulillah, Allah beri peluang kedua kepada saya untuk bersama emak. Benarlah kata pujangga, sumber rezeki itu berada pada ibu bapa dan anak yatim. Semenjak emak tinggal dengan kami, Alhamdulillah rezeki kami sentiasa ada. Disamping itu, emaklah yang banyak membantu saya dirumah. Katanya untuk exercise, tapi saya tahu, dia kasihankan saya nak buat berbagai kerja-kerja rumah dan pejabat. Masa bersama emak kini amat saya hargai kerana saya tahu masa tersebut mungkin tidak akan kembali dan emak akan sentiasa berada bersama saya dalam apa keadaan jua walaupun beliu memahami yang ada ketikanya saya perlu mendahulukan keluarga.

IMG_0838 Saya sediakan alas sembahyang (seperti yang emak minta) ini dalam masa seminggu untuk menghargai hari ibu. Semoga emak sihat sejahtera dan gembira tinggal bersama kami. Terima kasih emak…

Saturday, May 1, 2010

Bersama dekan Prof Dr Zainab

Kenangan bersama Dr Zainab yang diambil sewaktu melawat ke kampus Dungun untuk temuduga pensyarah baru. Terima kasih prof kerana banyak membantu saya terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan scholarship dan pangajian Phd saya.

IMG_0795

Masalah anai-anai …..

Diantara perkara yang amat kami takuti bila buat rumah atas tanah ialah anai-anai. After 10 years, lantai rumah sudah mula merekah dan akhirnya, bilik belakang menjadi sasaran mereka juga. Nasib baik Mak Da datang dan perasan masalah ini sebelum ianya melarat keserata rumah.

IMG_0786 Rak buku dan novel serta majalah terpaksa dibuang (sayang novel-novel saya ):.

 

 

 

 

 

 

IMG_0785 Ini adalah bahagian belakang almari yang menjadi habitat mereka

 

 

 

 

 

 

IMG_0783 Ini pula bahagian bawah almari yang telah pun hancur. Begitu juga dengan sebahagian besar dari lantai papan yang kami pasang.

 

 

 

 

 

Mungkin salah kami juga melambat-lambatkan perlaksanaan pest control. Mahal juga kos yang kami tanggung but it is better dari kos kalau satu rumah kena serang oleh mereka nanti. Terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus untuk mengalihkan barang-barang, menebuk lubang setiap 1.5 kaki disetiap dinding dalam dan luar rumah untuk dimasukkan racun. Begitu juga dengan aktiviti menyembur racun disetiap inci kawasan rumah dan pagar serta dalam siling rumah kami.

IMG_0789

IMG_0787

Hopefully in the future tak adalah lagi serangan anai-anai kat rumah kami…