Tuesday, December 8, 2009

Lawatan ke Melaka – Naik beca ..

Satu perkara yang pastinya saya tak akan buat kalau bersendirian.  Untuk kenangan bersama

IMG_0374

Yang paling menarik Ayah Chik dan Mak Chik

IMG_0371 Mak Da dan Nana

IMG_0372 Abah dan Haqim

IMG_0373 Abang Long dan Awin

IMG_0369

IMG_0380

IMG_0381

IMG_0382

Dan ini adalah pengayuh beca saya dan Alif. Dengan membawa beca inilah beliau telah berjaya menghantar 2 orang anaknya sehingga berjaya di Universiti Malaysia Sabah dan telah 26 tahun mengayuh beca sebagai mata pencarian utamanya. Yang menariknya beliau telah berusia 60 tahun lebih…..

Bayaran untuk satu beca for about 10 minutes ride is RM10.00. Worth atau tidak ? Melihat kepada wajah-wajah ceria penumpang-penumpang saya rasa ianya worth it…

Bercuti ke Melaka

Kami ke Shah Alam atas urusan lain. Tapi tak sampai hati untuk menolak perlawaan ayah chik dan Mak Da untuk sama-sama ke Melaka. Bertolak selepas Maghrib, kami bermalam di asrama Kampus Bandaraya Melaka (tak sangka boleh tiba di sini). Tak sangka pukul 11:30 malam, kami makan malam (ayah chik cari masak asam pedas) di bandar Melaka.

IMG_0354 IMG_0355

Inilah En Zul, pengurus asrama kanan kampus UiTM Bandaraya Melaka yang membantu kami pada malam tersebut. Terima kasih daun keladi

IMG_0356

IMG_0357

Ehem…siapakah ini .. merasalah tidur katil double decker yang tiada dirumah…

Hari Raya Haji 2009 – 2

 IMG_0309

Kami beraya di Mersing kali ini. Seronok emak apabila dapat berjumpa dengan cucu-cucunya di Mersing. Kali terakhir kami berjumpa Azman dan keluarganya ialah sewaktu Hari Raya Puasa dahulu. Wah dah besar dah mamat tu. Dengar cerita dah nak dapat adik pun. Seronok makan ramai-ramai pada malam raya tu..

IMG_0305

Tapi yang memeranjatkan kami ialah cepatnya abang long membesar. The last time kami jumpa keluarga Ana adalah sewaktu kenduri kahwin Yati dulu

IMG_0306Bandingkanlah abanglong dengan Yati

 

IMG_0307 Abang Long dengan Ana

IMG_0308 dan abang long lagi tinggi dari Mak Tih. Wah….

Ana benarkan kami bawa abang long balik untuk temankan Haqim selama seminggu..Seronoknya Haqim sampai menangis teresak-esak apabila abang long nak balik semula ke Mersing. Tak apalah Haqim nanti cuti akan datang kita ajak abang long datang lagi ye..

IMG_0353

Hari Raya Haji 2009

Tahun ini, saya menyampaikan hajat emak untuk melawat tapak persemadian aruah ayah dan aruah adik di Mersing. IMG_0302

IMG_0303

Sempatlah kami melawat dan mensedekahkan surah Yassin dan fatihah kepada mereka sehari sebelum Hari Raya Korban. Selepas solat Hari Raya, kami sekeluarga berkumpul untuk sama-sama membacakan surah Yassin dan bertahlil kepada saudara-saudara yang telah pergi terlebih dahulu dari kami. Sekiranya ayah masih ada pastinya beliau gembira melihat anak-anak dan cucu-cucunya sama-sama berkumpul dan bertahlil bersama. Malah saya merasakan ianya lebih bererti dari membawa jemaah masjid kerumah dimana kami sibuk menyediakan jamuan sehingga terlalai untuk turut sama bertahlil. Semoga roh mereka tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan diredhai…

Monday, December 7, 2009

Korban 2009

1 Disember, kami melaksanakan niat korban. Tahun ini bersama emak yang meniatkan korban untuk aruah adik.

IMG_0325

Semoga Allah berkati majlis ini. Tahun ini Haqim dah berani tengok orang sembelih lembu berbanding dengan tahun lepas…

Majlis kahwin Ju..

IMG_0314 30 Nov… kami mengikuti rombongan ke rumah Ju di Kelang bagi meraikan majlis perkawinannya.

Meriah majlis dengan lauk ayam madu, sayur kampung dan yang best ada bubur kacang dengan durian.

 

 

 

 

IMG_0317 Emak juga turut serta

 

 

 

 

 

IMG_0316

 

 

 

 

Bersama abang long

 

 

IMG_0318 Inilah gelagat Haqim dan abang long.

 

 

 

 

Sempat lagi singgah Nilai 3 on the way balik and this is my favorite store…IMG_0321

TV baru …

IMG_0297

At last tv yang kami beli sebulan lepas kahwin dahulu memberi laluan kepada tv baru selepas tidak boleh dibuka lebih kurang seminggu. Alhamdullillah ada rezeki kami untuk beli TV LCD ni selepas berulang kali ke kedai. Lama fikir nak beli TV ni…

Inilah dua orang petugas yang menghantar TV LCD tersebut. Terima kasih…

IMG_0299