Tuesday, January 13, 2009

Last day as koordinator iLQaM

DSC_0043

Hari ini adalah hari terakhir saya  bertugas sebagai koordinator iLQaM. Sedih juga untuk meninggalkan staf-staf di pejabat ni. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya pelajari. Namun untuk melalui satu lagi perjalanan yang lebih utama, saya terpaksa membuat pilihan agar saya tidak terhenti di tengah jalan.

Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi saya peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di unit ini dan semua rakan-rakan yang berkerjasama dengan saya sepanjang saya berada di jawatan tersebut.

DSC_0011

DSC_0013

Thursday, January 8, 2009

Pengajaran Sebagai Ketua

Hari ini saya belajar sukarnya untuk mengekalkan keharmonian dalam sesuatu organisasi dan bagaimana tindakan dan percakapan kita ada kalanya boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan staf. Sewajarnya sebagai ketua, ada ketikanya perbincangan dalam bilik mesyuarat tidak dipanjangkan diluar bilik mesyuarat kerana kesannya terhadap individu kadangkala akan merosakkan keharmonian.


Hari ini juga saya juga belajar pentingnya untuk menyemak tugasan yang diberikan kepada individu walaupun pada hasrat kita mereka adalah seorang yang bertanggungjawab. Sewajarnya semakan berkala adalah perlu bagi memastikan projek berjalan sepertimana yang dijadualkan dan dikehendaki.

Cenderahati dari Gee dan Sha

Semakin dekat hari untuk meninggalkan iLQaM terasa sayu pula untuk meninggalkan staf-staf di pejabat ini. 6 Jan 2009 mereka mengadakan jamuan untuk saya dan semalam kami bergambar kenangan bersama yang akan saya abadikan dalam blog ini. Thanks Gee and Sha on the nice give. Semoga you all semua success in the future. Mohon maaf jika ada silap dan salah.

Wednesday, January 7, 2009

Haqim dah darjah tiga


Selalunya bila nak mula sekolah, emak dan ayahlah yang paling sibuk. Masa berlalu begitu cepat sekali dan tahun ini Haqim dah naik ke tahun 3. Dah besar dah anak mama...

Haqim ke kelas Tae Kwan Do

Semalam, untuk pertama kali, haqim mengikuti kelas tae kwan do. Saja daftarkan dia untuk mengelakkan dia berada dihadapan komputer all the time. Saya respect cikgu yang mengajar anak-anak ni. Cukup sabar beliau mengajar. Cuma dalam masa 1 jam tu, 3 kali take 5 and 2 botol air habis....
Haqim tak pernah naik motosikal. So sekali sekala acting dengan abah atas motor ni pun okay juga.....

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang 2009

Kesan ekonomi meleset



Semalam (2/1/2009) kami menerima kedatangan Mak Da sekeluarga bersama anak angkatnya sekeluarga. Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila dimaklumkan yang 500 orang pekerja Toshiba bakal kehilangan kerja akibat dari penutupan kilang. Kesan kemelesetan ekonomi telah mula dirasai oleh kilang-kilang yang telah mulai mengurangkan operasi. Teringat dengan Siti Noor staf harian yang juga tidak dapat dilanjutkan ekorang dari kemelesetan ekonomi. This is not a good start for 2009.