Kesempatan bersama rakan-rakan difakulti menyedarkan saya telah lama saya tidak bersama-sama mereka seperti dahulu. Baru perasan yang Nazatul, Hasiah dan Nik sama-sama meminati siri The Oprah Show. Ehm.. boleh buat kelab gito... By the way for information Siri Dr Oz with the 300 men will be on air on Sunday 15th June. Looking forward untuk menghadiri hari Keluarga Jabatan Sains Komputer di Bukit Besi nanti.
Hari ini juga saya dimaklumkan untuk mengambil alih sesiPM Dr Asahari untuk memberi ceramah mengenai Teaching Portfolio pada 23 hb June dari 8:30 ke 10:30 pagi sewaktu program Kursus Asas Pengajaran nanti. Terasa terharu kerana diberikan kepercayaan oleh Dr Asahari untuk mengendalikan sesi tersebut.
Tuesday, June 10, 2008
Monday, June 9, 2008
Bengkel Internet Programming
Selepas 5 semester mengajar Internet programming, sudah tiba masanya untuk saya memindahkan kod tersebut kepada rakan-rakan yang lain untuk mengajarnya. So, hari ini dan esok diadakan bengkel HTML, JavaScript dan ASP selama 2 hari kepada pensyarah-pensyarah Sains Komputer. Turut hadir ialah Ratna, Marhani dan Rosli dari Machang. Walaupun letih juga menyediakan nota pengajaran sewaktu cuti last week tetapi seronok bila melihat rakan-rakan bersungguh-sungguh untuk mempelajari kandungannya sehingga petang.
Saturday, June 7, 2008
Kursus audit dalam

Pada 5 Jun yang lepas, saya telah dijemput untuk menjadi fasilitator program audit dalaman pensijilan ISO. Program ini telah mengingatkan saya kepada kursus yang sama yang telah saya hadiri lebihkurang 6 tahun yang lalu. Kursus ini telah mengubah persepsi saya terhadap penglibatan, sumbangan dan peranan saya kepada organisasi dengan lebih luas. Tugas seorang pegawai audit dalaman bukanlah untuk mencari kesalahan, tetapi memastikan proses yang perlu dilaksanakan telah dilaksanakan dengan baik untuk kebaikan bersama dan untuk memastikan UiTM Terengganu masih relevan dimasa hadapan. Selamat bertugas dan semoga berjaya kepada semua juruaudit-juruaudit dalaman yang baru dilantik.
Podcasting couse

Saya hadiri kursus "Podcasting a strategy for teaching and learning" di Fakulti Pendidikan, UIA hari ini bersama Hasiah dan Aida. Kursus selama 3 jam itu (9:00 hingga 12:00 tengahari) telah memberikan pendedahan yang begitu berguna mengenai penggunaan podcasting dalam pembelajaran. Terima kasih kepada Pn Ainol Haryati Ibrahim (ainol66@gmail.com) kerana memberikan pendedahan tersebut kepada kami. Insyallah, ilmu yang dipelajari akan dikongsi bersama dengan peserta bengkel blog, wiki and e-exam on 18 Jun nanti. Bagi memudahkan kami menghadiri kursus ini, kami tinggal di Selesa Resort, Bukit Tinggi (09-2330039). A nice place untuk buat mesyuarat berkumpulan. Sempat juga buat nota untuk bengkel minggu depan.
Wednesday, June 4, 2008
Seronoknya Cuti
At last, cuti selama 6 hari untuk tahun ini berakhir juga. Looking back, perkara yang paling menggembirakan saya sewaktu cuti ini adalah the time that I had spent dengan Haqim samada di tepi laut, dirumah atau pun sewaktu membawa dia kekedai. Kebanyakan rakan menyarankan agar saya enjoy the time with him sebab soon dia membesar dan berubah dan I'll miss that time. Other than that, master bedroom pun dah berwajah baru dan sink kat belakang rumah yang tertangguh sekian lama pun dapat disiapkan. There goes the money yang saya simpan untuk berjalan-jalan, tapi tak apalah, at least I gain something.
Basikal baru Haqim
Lately berat badan Haqim meningkat secara mendadak. minggu lepas timbang di Aneka, beratnya mencecah 33.2 kg. Mungkin terlalu banyak sangat tengok tv dan main komputer. So Abah ada misi baru untuk menurunkan berat badan haqim masa cuti semester ni. Salah satu kaedahnya adalah dengan membeli basikal baru. Cemas juga mama dibuatnya sebab bila ada basikal langkah dia lagi panjang.
Sunday, June 1, 2008
Oh..pembekal servis..
Mengambil peluang cuti seminggu, kami bercadang untuk membuat sedikit renovation yang telah lama kami rancang tapi tidak berkesempatan untuk membuatnya. Walaupun, kerja-kerja nya sedikit, pengalaman bersama pembekal-pembekal servis menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama.
Pembekal servis pertama memasang lantai kayu di bilik utama. Datang tepat pada masa, halus dalam pembuatan, menawarkan kepada kami untuk angkat barang dan mengemaskan bilik dengan baik selepas selesai tugas - 4.5 out of 5
Pembekal servis kedua memasang skirting siling kapor. Pekerjanya amat mahir, tapi susah nak angkat telefon, tidak menepati janji kecuali bila nak ambil duit :) , meninggalkan sisa kapor dilantai dan paling menyedihkan, sisa kapor dan siling kapor ditinggalkan diatas rumput mutiara yang berbulan saya menjaganya..- 2 out of 5
Pembekal servis ketiga mengecat siling dan skirting yang dipasang. Datang tepat pada masa, menawarkan servis tambahan dengan membeli cat, dan mengecat siling dan dinding lain.. - 4.5 out of 5
Pembekal servis keempat membuat singki diluar dapor untuk memudahkan saya menyiang dan membasuh ikan dan sayur. Datang lewat, datang sehari, hilangnya 3 hari. Tidak memaklumkan kepada kami keperluan.. - 2 out of 5
Kontraktor servis kelima - servis aircon di bilik utama. Very nice guys
Kesimpulannya mungkin boleh menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar saya yang menjalankan khidmat servis membekal komputer

- Jawaplah telefon anda dan berkomunikasilah dengan baik. Maklum kepada tuan rumah sekiranya anda tidak dapat datang pada masa yang telah ditetapkan.
- Bertanyalah kepada tuan rumah apabila anda perlu menggunakan alatan dirumah.
- Tidak meninggalkan sisa-sisa servis untuk dibersihkan oleh tuan rumah.
- Jangan merokok didalam rumah. Sekurang-kurangnya mintalah kebenaran terlebih dahulu.
Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan mengecat atau memasang lantai di bilik, hubungi kami, insyaallah kami tidak keberatan untuk recommend pembekal -pembekal perkhidmatan tersebut..
Subscribe to:
Posts (Atom)