Wednesday, March 11, 2009

Hari Langsung siri 1

rumah

Kami menyambut kehadiran tetamu dengan hati terbuka..

purple Tema hari tersebut ialah purple. Dari pelamin, baju, pakaian sehinggalah ke bunga telur semuanya warna purple…

 

 

 

 

 

 

anakibu Sebelum bermula majlis sempat juga bergambar dengan emak dan Yati.

 

 

 

 

selamatdatang

Sama cantik, sama padan, hubungan 6 tahun akhirnya mereka bersatu jua..

pelamin Inilah gambar pengantin yang paling cantik untuk saya abadikan disini.

 

 

 

 

 

maksusu Tidak ketinggalan gambar ini juga menarik…

Majlis Pernikahan

mac9 038 Majli pernikahan Yati diadakan di Masjid Intan Zaharah pada jam 10 pagi.

 

 

 

 

 

mac9 092

 

Bacaan doa diketuai oleh Pak Ngah sebelum berangkat ke Masjid

 

 

 

mac9 118 Di antara mak saudara dan sepupu yang hadir

 

 

 

 

mac9 115Abang dan Abang Mat sebagai saksi utama majlis pernikahan oleh imam (Ayah Cik) .. Sah akad nikah dengan sekali lafaz..

 

 

mac9 122

mac9 151 Yati selepas majlis pernikahan, ehmm dah jadi isteri orang dah adik kaktih

 

 

 

 

 

mac9 129

 

Majlis membatalkan air sembahyang.

 

 

 

keluarga

For a file, gambar pengantin bersama keluarga abang dikanan dan ana dikiri. Dari kiri – Ana, Aina, Amirul, Busu Rahim (belakan), Rosdi, Yati, emak, abang (dibelakang), Kak Jamal, Mak Ngah, Sham dan Aida.

Nota:

Dengarnya ramai selipar yang hanyut sebab sebaik sahaja sampai di masjid, hujan lebat pun turun…..

Hantaran

Sememangnya resam orang Melayu dalam majlis perkahwinan perkara yang ingin dilihat ialah barang-barang hantaran. Untuk perkahwinan Yatie, kami decide untuk buat sendiri barangan hantarannya menggunakan kreativiti kami. Ehmmm this is the result .. not bad juga.. boleh lah…

mac9 086

A89

mac9 049 Bunga ini dari hasil kreativiti Ana. Terima kasih…

Terima kasih juga buat Kak long yang beri kami kek betawi untuk hantaran Yati ni….

 

 

 

 

 

mac9 002 Bekas cincin ni not bad juga…

Saturday, March 7, 2009

Last day before the wedding

The last time that I felt so tired as I am now is during my own wedding. Hari ini bermula jam 4 pagi bila kami mengambil Ana dan keluarganya yang tiba dari Mersing.

mac9 001Jam 8:30 kami dah ada di Nirwana untuk beli 750 biji telur. Hari ini saya ke Nirwana 2 kali, ke pasar, ke Aneka dan kekedai ikan ditepi laut. disamping itu, tugas saya yang pelbagai menyebabkan kadang-kala saya tak tahu mana nak buat dulu. Sememangnya mengendalikan kenduri kahwin bukan satu perkara yang mudah.  Tapi, kalau saya boleh survive buat dokumen ISO dan merempoh cabaran PhD, memastikan program ini berjalan dengan baik, banyak perkara dan  keputusan yang perlu dilakukan there and there.

 mac9 015

Hari ini juga saya menyaksikan kesemua keluarga berkumpul untuk kali pertama selepas pemergian ayah. Walau pun mereka hadir pada masa yang berlainan, saya harap esok semuanya akan bersama-sama untuk memastikan program ini berjalan dengan baik.

Terima kasih pada Ana, kak Liza dan Kak Long yang banyak membantu saya pada hari ini…

mac9 033

Friday, March 6, 2009

2 hari sebelum majlis kahwin Yati

What a day.. Letihnya hari ini tapi saya gembira apabila melihat emak dan Yati gembira.  The day starts with a trip to the market. Kami perlu beli barang-barang untuk majlis tahlil dan bacaan Yassin malam nanti. Sempat jugake Nirwana untuk tempah telur, ke Kedai Pak Ali untuk tukar baju Yati, confirm pembelian kek dan beli tiket bas untuk rakan Yati. Sampai ke  rumah lepas siang ayam, saya ke kelas CSC175 jam 12:15. Ingatkan tiada orang tapi ramai juga yang hadir. Balik dari kelas, mula lah sesi memasak. Menu hari ini, ayam percik, ikan asam pedas, sayur goreng, acar mentah dan mee jawa (special request).

Petang tadi juga, kemah mula dipasang. Majlis Yasin dan tahlil dimulakan jam 9.30 mlm selepas isya’. Teringat saya kepada aruah ayah dan aruah adik yang telah pergi terlebih dahulu. Semoga roh mereka diredhai Allah.

Jam 11:30, baru majlis habis dan jam 12:30 baru habis mengemas dan basuh pinggan. Hari ini diakhiri dengan permintaan Yatie agar saya menginaikannya.

mac9 179

Emak pun nak juga…

mac9 180

It is now 2:00 and at 4:00 am nak ambil Ana pula yang baru tiba dari Mersing… Ehmm What a day…

Thursday, March 5, 2009

3 hari sebelum majlis kahwin

Hari ini bermula seperti biasa, selepas breakfast, kami memulakan aktiviti menyediakan ruang untuk pelamin yang bakal dipasang pada hari ini. Yati yang sepatutnya sampai pagi ini, diduga oleh Allah apabila kereta Rosdi rosak dan hanya akan bertolak balik pagi ini.

Sekeluarga pagi ini kami menyusun semula kerusi meja. Beginilah rupanya ruang tamu kami yang telah kosong.

plm2

At the end of the day, pelamin ini telah  disediakan oleh mereka yang expert on it.

plm1

Inilah 2 orang hero yang menyediakan pelamin dan bilik tidur untuk majlis tersebut

mac9 171

Pelamin yang telah siap.

mac9 177

Sementara itu, emak pula menyediakan kuih bangkit untuk mereka yang datang membantu.

feb21 010

Tuesday, March 3, 2009

Persediaan perkahwinan Yati - Kuih tumpi dan rempeyek

Sudah dua hari, emak buat kuaih rempeyek dan tumpi untuk kudapan mereka yang datang kerumah pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat nanti. Kesempatan yang saya ambil untuk belajar buat kuih traditional ini. Cerewet juga buat kuih ni. Bahannya berbagai. Nasib baik juga dah beli dapur gas untuk mak masak, kalau tidak kesian emak guna dapur arang. At the end selepas 8 jam (dari pukul 9:00 pagi ke 5 petang), emak manage untuk sediakan 5 bungkus tumpi pada hari Ahad lepas dan 3 bungkus (lepas 5 jam) rempeyek pada hari Isnin. Itulah pengorbanan seorang ibu. Ehmm.. rasanya saya sanggup tak buat demikian untuk Haqim nanti.. rasanya saya akan beli saja kot..Sedap tumpi dan rempeyek emak. Next time saya senaraikan resepinya...