Thursday, August 16, 2018

Kisah inti ikan

photo_2018-08-16_16-10-48
Karipap inti ikan sememangnya sinonim dengan rakyat  Terengganu. Ia adalah diantara karipap yang mendapat permintaan yang tinggi. Post ini mendokumen bagaimana saya membuat inti ikan yang juga digunakan sebagai inti kuih bom Terengganu dan kuih Ropa @ kuih lipat. Nampak macam mudah tapi rumit sebenarnya proses untuk membuatnya. Lain orang lain caranya. Ini adalah cara saya ye..
Membeli ikan selayang
Ini adalah resepi untuk 1 kilo ikan selayang ( Saya dah cuba buat dengan ikan kembong, rasanya agak kasar dan tidak sesedap ikan selayang). Kebiasaanya saya akan beli ikan selayang yang besar (8-12 ekor 1 kilo) Kenapa? Ikan selayang yang besar lebih banyak isi, selain itu,  tulangnya lebih besar senang nampak bila nak dibuang. Saya akan beli ikan yang berharga lebih dari RM8.00 sekilo. Kebiasaannya RM10 – RM14 sekilo. Ikan yang kurang dari RM8.00 kebiasaanya ikan selayang kecil atau ikan selayang besar yang tidak segar.
Membersihkan/Merebus ikan
Apabila ikan ini disiang dan dibersihkan, saya akan tarik ikan ini dikedua-dua hujung, macam apabila siang ikan terubok. Ia bertujuan agar tulang ikan lurus dan isi senang untuk dikeluarkan. Ikan yang bersih akan direbus dengan asam keping(3-5 keping) dan garam. Air hanya separas ikan sahaja. Ikan tidak direbus lama – dalam 5 minit api sederhana – cukup setakat ikan masak. Ikan yang direbus lama akan keras, susah dikeluarkan tulang dan tidak sedap dimakan.
Membuang tulang ikan
Ikan disejukan dalam airnya bagi memudahkan isi ikan dikeluarkan (Jangan dikeluarkan ikan dan letak bawah kipas ye nanti ikan akan keras). Proses memisahkan isi terbahagi kepada 3 peringkat ye. Pertama buang kulit ikan yang tebal berhampiran dengan ekornya. Kedua pisahkan ikan dari tulang utama. Ketiga buang tulang-tulang dari isi dan hancurkan isi(dilakukan dalam beberapa fasa bagi memastikan tiada lagi tulang dalam isi ikan) Kalau ada juga yang tertinggal tu minta maaf ye. Proses ini mengambil masa at least 1 jam. Saya akan buat dibawah lampu kerana tulang ikan tu akan bercahaya bila terkena sinaran lampu senang nak nampak tulang dari isi.
Sebelum memasak inti ikan, tulang ikan itu saya blender bersama air rebusan ikan tadi.
Memasak inti ikan
Dengan menggunakan lesung batu tumbuk – 6 ulas bawang merah kecil, 2 ulas bawang putih, 2 inci halia. Saya lebih suka tumbuk dari blender agar ramuan tidak terlalu hancur. Campurkan dalam kuali (wok)
  • isi ikan yang telah dibuang tulang
  • air tapisan tulang ikan
  • bahan bawang yang ditumbuk.
  • 1 genggam kelapa parut (putih)
  • 2 keping asam keping (yang digunakan masa rebus ikan tadi)
  • 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
  • 1 sudu besar alba
  • 2 sudu besar gula merah serbuk
  • 1/2 sudu teh garam
Kacau semua bila sebati baru hidupkan api dapur. Masaklah inti sehingga kering (jangan kering sangat tak sedap nanti). Kebiasaannya saya akan angkat apabila hampir kering dan letak dalam tapis agar lebihan air akan ditapis (Menyebabkan kulit karipap comel. Kalau tidak nanti kulit karipap akan jadi lembik kerana air dari inti ikan tadi)
Ok baru siap inti ikan yang kebiasaanya akan menghasilkan 80-90 biji karipap frozen saya. Satu perkara yang saya pelajari masa mula-mula buat karipap inti ikan ialah kesabaran yang tinggi diperlukan untuk membuatnya. Saya ‘respect’ mereka yang buat inti ikan ini setiap hari. Ia bukan satu tugas yang mudah..

Monday, July 16, 2018

Agar-agar Santan Pandan

agar-agar santan pandan

Hehe presentation fail …

Ini adalah resepi agar-agar santan menggunakan serbuk agar-agar (10g). Cepat dan sedap. Resepi ni just nice, agar-agar tak keras, tak lembik dan manis-manis buah je menggunakan loyang 8 in X 8 in.

Bahan-bahan

  • Agar-agar serbuk (10g) saya guna yang ada cap globe, warana hijau
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 6 helai daun pandan di potong pendek-pendek (2 inci) + 1 cawan air dan diblender
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil / ketul kecil gula batu
  • pewarna hijau.

Kaedah

1) Campurkan agar-agar, 3 cawan air, gula batu dan gula pasir. Masak sehingga gula dan agar-agar larut.

2) Campurkan santan dan telur, pukul sikit telur

3) Bila campuran agar-agar telah mengelegak, masukkan campuran santan masa campuran agar-agar menggelegak. Biar sekejap sampai larutan menggelegak balik. Campurkan air daun pandan. Masukkan pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang menarik. Bila menggelegak, tutup api, masukkan dalam loyang. Biar sejuk sebelum diletak dalam peti sejuk.

Monday, July 9, 2018

Agar-Agar Gula Merah

Diantara kuih yang saya suka tapi tak suka buat kalau menggunakan agar-agar tali Smile. Sejak adanya serbuk agar-agar, saya mencuba beberapa kali buat agar-agar ini Ini adalah versi agar-agar menggunakan serbuk agar-agar ini.

serbuk agar-agar

Ini resepinya untuk future references. Gambar tak ambil tadi sebab tak sempat. Tapi resepi ini menghasilkan resepi yang saya suka- tidak keras dan tidak terlalu lembut, manis-manis buah. Resepi ini menggunakan loyang 8” (bulat/empat segi)

Bahan-bahan A

  • 1 bungkus serbuk agar-agar diatas (10 gram) – saya beli yang warna merah
  • 4 cawan air
  • 2 keping gula Melaka / Caret (keping di Terengganu)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 ketul gula batu (kalau dah hancur dalam 2 sudu besar rata)
  • 1 helai daun pandan

Bahan-Bahan B

  • 1 kotak santan – 200 ml + sedikit garam
  • 1 biji telur

Kaedah

  1. Campur semua bahan-bahan A dalam periuk.
  2. Masak atas dapur sehingga semua gula telah hancur.
  3. Keluarkan daun pandan.
  4. Tunggu sehingga menggelegak, kecilkan api kalau tidak letih nak cuci dapur nanti.
  5. Masukkan santan dalam mangkuk, pecahkan telur dan kocak sehingga bercampur santan dan telur
  6. Panaskan kembali bahan A, Bila menggelegak kali kedua, masukkan campuran santan.
  7. Kacau dan biar menggelegak.
  8. Masukkan dalam loyang. Biar sejuk sebelum masuk dalam peti ais.

Wednesday, May 16, 2018

I am back

Alhamdulillah, the editor is up and running again and I am back