Friday, October 7, 2016

Keratan Tin..

Pokok tin memang terkenal dengan harganya yang sememangnya mahal (paling murah pun so far yang saya dapat adalah RM50.00) Kebiasaanya lebih mahal dari tu. So selalunya saya beli tut atau keratan yang murah sikit.

Ada 2 set keratan yang sedang dalam kotak putih. Ada lebih kurang 10 varieties dengan lebih kurang 30 keratan dalam 3 kotak putih ni. Ada varities yang biasa ada juga yang agak mahal. Tidak mahu mengharap sangat hopefully semua menjadi. Ameen ameen ameen…

1) Keratan pemberian Pok Nik – Alma & Unknown dan keratan Green Jordan yang dibeli dari Mr. Kok

IMG_6371

2) Keratan Iraqi (dari Mohd Puzi Ishak) dan beberapa jenis fig dari En Abdul Hamid termasuk Panache Tiger, White Genoa, Black Genoa and Flanders. Tak mahu mengharap, hopefully hidup subur. Hopefully % kegagalannya kecil kali ni Smile.

IMG_6505

3) Keratan  En Azlan Abdullah yang menimbulkan menjadi viral dikalangan figgers kerana beliau menjualnya dengan harga RM5.00 sebatang. Ia sebenarnya adalah keratan yang di trim dari pokok induk. Dari dibuang boleh juga digunakan oleh newbies macam saya ni untuk belajar menanam keratan Smile. Terima kasih en Azlan. Telah dirawat, sedang melalui proses rooting untuk ditanam hari Jumaat atau sabtu nanti.

IMG_6553

0 comments:

Post a Comment