Monday, October 31, 2016

Cuba tanaman cutting hidroponik

Update 17/11

Keratan TGF semuanya mati mungkin kerana keratannya kecil. 4 keratan MDA bertahan. semua telah dialih ke polybag. Satu darinya telah stabil. Yang lain masih dalam proses hardening. Keratan iraqi masih bertahan. Hopefully minggu ni boleh dialih ke pasu besar bersama keratan kedua Vituccio dari Aku Toys. Keratan pertama telah dialih ke pasu besar Alhamdulillah. Keratan Green Jordan tidak menjadi. Keratan-keratan sulur tidak menjadi. Rasanya teknik ini tidak sesuai untuk keratan yang masih muda. Walau bagaimanapun syukur dengan pokok yang hidup. Keratan yang tumbuh terbalik juga tidak bertahan. Pucuk cepat tumbuh dengan teknik ini tetapi kurang bertahan apabila dibuka.

Lesson learn. kena buka sekejap-sekejap bekas bagi membolehkan daun memproses makanan dengan segera apabila menggunakan teknik ini.

Dah 2 minggu usia cutting ini yang saya test menggunakan kaedah hidropinik dari puan Juita. Nampak semuanya bertunas dan menjadi. Saya guna cocopeat (Sabut kelapa yang telah ditapis dan dibuang seratnya. Keratan dari  en Azlan Abdullah – 3 MDA dan 3 TGF (panjang keratannya ada yang dipotong 2 ) serta keratan dari AkuToys dan keratan iraqi serta green jordan yang nampak macam tidak berhasil dengan menggunakan perlite sahaja.

IMG_0356

Macam ok je guna cara hidroponik ni.

P/s ada satu keratan tu ditanam terbalik Smile. Biarkan sahaja sebab kalau dicabut nanti mati pulak akarnya. Kita tengok jelah apa jadi nanti Smile. Lepas ni misi saya kutip botol mineral yang terpakai Smile

0 comments:

Post a Comment