Monday, October 31, 2016

Cuba tanaman cutting hidroponik

Update 17/11

Keratan TGF semuanya mati mungkin kerana keratannya kecil. 4 keratan MDA bertahan. semua telah dialih ke polybag. Satu darinya telah stabil. Yang lain masih dalam proses hardening. Keratan iraqi masih bertahan. Hopefully minggu ni boleh dialih ke pasu besar bersama keratan kedua Vituccio dari Aku Toys. Keratan pertama telah dialih ke pasu besar Alhamdulillah. Keratan Green Jordan tidak menjadi. Keratan-keratan sulur tidak menjadi. Rasanya teknik ini tidak sesuai untuk keratan yang masih muda. Walau bagaimanapun syukur dengan pokok yang hidup. Keratan yang tumbuh terbalik juga tidak bertahan. Pucuk cepat tumbuh dengan teknik ini tetapi kurang bertahan apabila dibuka.

Lesson learn. kena buka sekejap-sekejap bekas bagi membolehkan daun memproses makanan dengan segera apabila menggunakan teknik ini.

Dah 2 minggu usia cutting ini yang saya test menggunakan kaedah hidropinik dari puan Juita. Nampak semuanya bertunas dan menjadi. Saya guna cocopeat (Sabut kelapa yang telah ditapis dan dibuang seratnya. Keratan dari  en Azlan Abdullah – 3 MDA dan 3 TGF (panjang keratannya ada yang dipotong 2 ) serta keratan dari AkuToys dan keratan iraqi serta green jordan yang nampak macam tidak berhasil dengan menggunakan perlite sahaja.

IMG_0356

Macam ok je guna cara hidroponik ni.

P/s ada satu keratan tu ditanam terbalik Smile. Biarkan sahaja sebab kalau dicabut nanti mati pulak akarnya. Kita tengok jelah apa jadi nanti Smile. Lepas ni misi saya kutip botol mineral yang terpakai Smile

Cutting SRH, BP dan Misc

Update 25/11

OMG, Gnat menyerang bekas semaian ini. Suddently daun jadi layu. Hanya satu pokok SRH saje yang survive, Yang lain bila dikeluarkan dari cocopeat dah tak de akar. Sedihnya. Masuk ICU. Hopefully ada rezeki saya. Buat rooting satu malam je sebab cutting dah lama, berkulat…

IMG_2816

Update 17/11

BTM6 cepat tumbohnya pada 11/11/2016 dah dialih ke polybag hitam. Sulur pokok yang kecil telah mati. Kaedah ini tidak sesuai untuk sulur dan keratan yang masih hijau. Black portugal lambat sikit penumbuhannya. SRG masih bertahan. Hopefully hidup dengan subur. Smile

Keratan baru yang ditanam pada 26/10, keratan SRH, black portugal, btm6 dan misc. pucok yang diambil dari sulur pokok. Sayang nak buang termasuk dahan Red Saudi yang ada masalah dengan akar. Nampak macam ada tanda-tanda kehidupan. Semoga semuanya tumbuh dengan subur ye..

IMG_0366_thumb[2]

Monday, October 17, 2016

Cutting-cutting tin kesayangan

Projek cutting kali ni ada beberapa cutting yang sukar untuk didapati. Jom kita lihat perkembangannya. Tak berani lagi nak create spesifik pos untuk mereka so kita kumpul semua kat sini dengan harapan ianya akan membesar dengan sihat..

IMG_6589

Pokok Iraqi, dah mula keluar tunas,..

update 31/10 – dah ada 3 daun, dah alih ke polybag, semoga ianya membesar dengan sihat..

IMG_0350

Cutting Iraqi yang ke dua sudah bertunas, walaupun lambat sikit – cuba cara hidroponik bila cara biasa tak menjadi.

IMG_0357

 

 

IMG_6590

Panache Tiger – pokok bebuah belang yang menjadi idaman..

Update 31/10 – Perkembangan PT terencat. Bila semak ada gnat. So semalam, buang semua tanah dari cup, basuh tinggalkan akar sahaja dan tanam dalam polybag. Hopefully ianya akan menjadi. Satu keratan lagi, terlebih subur akar, masih belum keluar tunas..

IMG_6591

Cutting Gouldon.

Update 31/10 – Ada 2 keratan gouldon yang keluar tunas dan telah dialih ke polybag. Semoga ianya hidup subur.

IMG_0367

Update 31/10 – Ada 2 keratan White Genoa. Masa mula mula tanam dulu nampak macam Black Genoa yang nak tumbuh dulu, now perkembangan Black Genoa macam terencat, tapi akar banyak Smile

IMG_0369

Update 30/10 – Ada 2 keratan Flanders yang insyaAllah akan menjadi

IMG_0353IMG_0368

IMG_6592

Alma yang diberi oleh Pok Nik Kemaman

Update 30/10 – Telah disalin kedalam polybag. Semoga dia membesar dengan sihat

IMG_0351

IMG_6593

Green Jordan, satu-satunya keratan yang menunjukkan tanda-tanda kehidupan dari 3 keratan yang dibeli.

Update 30/10 – huhuhu.. pokok ini tidak survive, mati selepas seminggu gambar ini diambil.

IMG_6594

Keratan buah hitam yang dibeli dari Aku Toys yang telah mula keluar tunas

Update 30/10 – Dua dua dah keluar tunas. Semoga hidup subur…

IMG_0358

Beberapa keratan yang telah menjadi dan disalin ke polybag termasuk flanders – ada 2 batang, white Genoa ada 2 batang, Goulbun ada 2 batang, NDC dan alma. Semoga semua nya menjadi dan sihat Ameen..

IMG_0349IMG_0351IMG_0352IMG_0354

Buah tin pertama dan kedua

Saya memulakan penanaman pokok tin pada 2 hb Jun 2016, 5 bulan selepas itu, ini adalah buah pertama dan kedua saya dari pokok T05-BTM

IMG_6575

IMG_6576IMG_6598

Sukanya berkongsi buah dengan keluarga. at last. Warna buah berubah dari hijau ke kuning dan akhirnya merah. Boleh tahan besar buah ni..Syukur Alhamdulillah…

Saturday, October 8, 2016

Mol Pisang

Saya gunakan baja AB untuk pokok pokok tin saya. So far ok untuk tumbesaran pokok. Cuma bila poko dah berbuah, saya tak boleh gunakan AB. Saya beli baja foliar yang high P untuk banyakkan buahnya. Saya terbaca mengenai baja mol pisang ni dari FB.

IMG_6346

Mol Pisang ni dari 1 kilo gula merah kampung dan 1 kilo pisang. Dicampurkan, dilecekkan pisang sampai hancur, ditutup dengan kain (untuk membolehkan aliran udara) dan disimpan seminggu. Ditapis dan hampasnya disiram kat pokok Roselle, (Sekarang dah berbuah lebat)

IMG_6345

Tak boleh guna banyak-banyak nanti luruh buah (exited sangat masa mula-mula tu Smile). Beberapa putik buah gugur..Nampak macam berkesan. Buah yang keluar kemudian lebih besar dari yang awal..

Friday, October 7, 2016

Keratan Tin..

Pokok tin memang terkenal dengan harganya yang sememangnya mahal (paling murah pun so far yang saya dapat adalah RM50.00) Kebiasaanya lebih mahal dari tu. So selalunya saya beli tut atau keratan yang murah sikit.

Ada 2 set keratan yang sedang dalam kotak putih. Ada lebih kurang 10 varieties dengan lebih kurang 30 keratan dalam 3 kotak putih ni. Ada varities yang biasa ada juga yang agak mahal. Tidak mahu mengharap sangat hopefully semua menjadi. Ameen ameen ameen…

1) Keratan pemberian Pok Nik – Alma & Unknown dan keratan Green Jordan yang dibeli dari Mr. Kok

IMG_6371

2) Keratan Iraqi (dari Mohd Puzi Ishak) dan beberapa jenis fig dari En Abdul Hamid termasuk Panache Tiger, White Genoa, Black Genoa and Flanders. Tak mahu mengharap, hopefully hidup subur. Hopefully % kegagalannya kecil kali ni Smile.

IMG_6505

3) Keratan  En Azlan Abdullah yang menimbulkan menjadi viral dikalangan figgers kerana beliau menjualnya dengan harga RM5.00 sebatang. Ia sebenarnya adalah keratan yang di trim dari pokok induk. Dari dibuang boleh juga digunakan oleh newbies macam saya ni untuk belajar menanam keratan Smile. Terima kasih en Azlan. Telah dirawat, sedang melalui proses rooting untuk ditanam hari Jumaat atau sabtu nanti.

IMG_6553