Tuesday, September 1, 2015

Biskut dahlia susu

Bahan-bahan :

Bahan-bahannya:
- 250 gm butter
- 250 gm susu pekat manis
- 460 gm tepung jagung (ayak dahulu)
- ceri/choc chip untuk hiasan

Cara-cara membuat:

1- Pukul butter & susu pekat manis hingga sebati (pakai whisk je), jangan terlalu lama risau nanti kembang.

2- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul dengan rata.

3- Tekan dengan acuan dan hias samada dengan ceri atau chocolate chip.

4- Bakar pada suhu 150 darjah selama 12-15 minit.

Puding Milo

Bahan-bahan:-
10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
150 gm gula pasir
3/4 cawan milo
1 tin susu cair
1 bungkus biskut oreo
Cara-caranya:-
1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
2. Masukkan susu cair dan masak lagi hingga mendidih n tutup api.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian ( bahagian A dan B ) dan masukkan milo pada satu bahagian ( bahagian B ) dan kacau larut. Bahagian A tidak perlu dicampurkan apa-apa.
4. Masukkan sedikit adunan bahagian B dlm acuan n biarkan ia mengeras sedikit.
5. Kemudian,masukkan adunan bahagian A dan patahkan dua biskut oreo kedalamnya.Biarkan ianya mengeras.
6. Akhir sekali,masukkan baki bahagian B tadi n biarkan ia keras(beku).
7. Masukkan dalam peti sejuk.
8. Boleh dipotong dan dihidangkan.

ROTI BOY (MEXICAN BUN)


Bahan inti:-
100 gram mentega  dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang
Bahan untuk Topping:-
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
100 gram tepung serbaguna, diayak
Bahan untuk Doh Manis
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan
NOTA:- -bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan. (17 biji)
Cara untuk Intinya :
01.  Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
02.  Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 
03.  Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 
04.  Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk Topping :
01. n Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 
02.  Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. 
03.  Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk Doh Manis :
01.  Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
02.  Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
03.  Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
04.  Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat.  
05.  Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
Cara untuk membuat Roti Boy :
01.  Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 
02.  Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 
03.  Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. 
04.  Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. 
05.  Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.
06.  Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. 
07.  Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

Biskut hirisan badam

Bahan-bahan:

250 gram hirisan badam (ada jual yg dah siap hiris)

100 gram coklat crispies

250 gram of  cooking Coklat

White chocolate (utk hiasan)

Paper cups

Cara membuat:

Bakar hirisan badam sehingga garing.  Lalu masukkan coklat crispies & cooking coklat dan juga badam hirisan.  Gaul semua bahan dan masukkan ke dalam paper cups.  Selepas itu masukkan ke dalam peti ais.  Kalau hendak hias biskut ini, semasa keluarkan dari peti ais, boleh lah di hias dgn white chocolate tapi selepas itu mesti di masukkan ke dalam peti ais lagi utk mengeraskan white chocolate tersebut. Kemudian barulah di masukkan ke dalam bekas yg kedap udara.

CORNFLAKES ALMOND ROCHER

200 gm cornflakes panggang sekejap

100 gm badam hiris dipanggang pada suhu 160C selama 15-20 minit

30 gm halwa kulit oren 

50 gm pes kacang hazel

50 gm lemak koko dicairkan secara double boiler

200 gm coklat masakan gelap dicairkan secara double boiler

200 gm coklat susu (milk coklat)  dicairkan secara double boiler

50 gm coklat putih sebagai hiasan atas

Cawan kertas secukupnya

Dalam satu bekas, satukan cornflakes, badam hiris dan halwa kulit oren atau blueberry kering. Kalau tak de boleh gunakan mangga kering, nanas kering, kiwi kering atau kranberi kering. Sedap kalau makan terasa masam-sama sikit bila tergigit. Jadi coklat tak terasa muak.

Kemudian gaul rata semua bahan dan ketepikan.

Dalam bekas lain cairkan lemak koko ~ lemak koko ni untuk mencepatkan coklat keras dan memberikan sedikit kilatan pada coklat. Boleh dapatkan di kedai jual bahan kuih. Kalau tak letak pun tak apa.

Dalam bekas lain cairkan coklat masakan gelap

Dalam bekas lain juga, cairkan coklat susu masakan

Kemudian, satukan coklat susu di dalam coklat gelap. *pastikan anda lap dahulu bawah bekas supaya wap air tidak menitis dalam coklat.

Kemudian tuangkan pula lemak koko.

Gaul rata.

Masukkan pula pes kacang hazel. ~ ini yang membuatkan coklat tu terasa sedap sangatttt!!

Boleh dapatkan di kedai menjual bahan kuih.

Kemudian kita gaul rata.

Tuangkan pula adunan ini ke dalam bekas berisi campuran cornflakes, badam dan blueberry kering tadi.

Gaul rata-rata. Gaul lama sikit sehingga semua bahan-bahan benar-benar bersalut dengan coklat tadi.
Jika takut coklat cepat keras, letakkan bekas coklat kita tadi atas air panas yang kita cairkan coklat. ( kira macam kaedah double boiler juga tapi jangan buka api, cukup sekadar air panas sahaja)
Kemudian dengan menggunakan 2 sudu teh, sudukan adunan ke dalam cawan kertas
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais selama 15 minit supaya dia mengeras
Bila dah keras, kita paipkan pula coklat masakan putih yang juga telah kita cairkan dengan kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan putih dalam kon kertas ( gunakan kon kertas lebih baik kerana coklat lambat keras) , guntingkan lubang kecil dihujungnya,  dan paipkan atas coklat tadi.
Biarkan ia keras.
Simpan coklat didalam bekas kedap udara.

Congo Bar

Noted – for future reference


3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung 
1/2 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil garam 
2/3 gula perang 
1 sudu kecil vanila
3/4 cawan buttercup yg kena cairkan dulu (aku suka guna salted butter brand SCS) 
1 chocolate bar (potong2 kecik)
Saya guna hersheys. Kalau ada budget banyak guna lah beryls daek chocolate. Pilihan lain cadbury, van houten dll 
Hirisan badam

Kaedah:


Pukul slow2 dengan mixer 
Telur, gula perang, butter
Masukkan vanilla
Masukkan garam
Masukkan tepung sikit2 sampai likat tp jgn keras sangat 
Pukul guna mixer sampai rata semua.. 
Bila dah rata masukkan coklat yg dah potong kecik kecik tu..kacau rata2 guna spatula.. 
Bila dah gaul semua rata..masukkan dalam pan
Taburkan hirisan badam..ratakan.lagi bnyk badam lagi best
Bakar selama 30 minit 200 darjah celcius

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Nota: Satu lagi resepi yang diletak disini untuk rujukan masa hadapan


200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Kat sini ada gambar kaedah http://www.salwasaleh.com/2013/12/wahm-m11w4-resepi-cruncy-nuts.html

Super Fudgy Brownies

Nota: Direkodkan disini untuk dicuba bila tiba masanya Smile

Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips
Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips
Cara-cara :

1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)

Resepi Triple Chocolate Brownies

Direkodkan disini untuk dicuba satu hari nanti Smile

Resepi by Anna Olson HERE
(Untuk ukuran acuan tin 4 segi 8 x 8 inci)
Bahan-bahan :
300gm Dark Chocolate (coklat gelap) - Saya pakai jenama Beryls - Jangan pakai coklat susu sebab manis
100 gm butter - saya pakai jenama Anchor
100 gm gula
3 biji telur size A
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum
1/4 cawan chocolate chips
1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
1/2 tsp garam
Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan.

Cara-cara :

  • Panaskan oven suhu 160C
  • Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.
  • Masukkan gula, kacau sebati.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.
  • Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.
  • Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur diatas
  • Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.
  • Tabur lebihan chocolate chips diatas. Boleh juga tambah walnut atau almond.
  • Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap
    Brownies ni sedap dimakan pada keesokan harinya.

Sambal Belacan style JAWA

Bahan;
5 biji lada merah + cili padi (utk pedas)
5 ulas bawang merah
1 biji tomato (belah 6, supaya senang nak tumbuk)
Sejemput ikan bilis
1-1/2" belacan
Sedikit gula melaka (sikit jer tau)

Cara;
Semua bahan digoreng dengan minyak (eloknya ikan bilis goreng berasingan).

Satukan dan tumbuk. Sedap makan dengan nasi panas.

Note – Direkodkan untuk dicuba satu hari nanti Smile

Friday, August 7, 2015

Hari Raya 2015

Gambar-gambar disekitar hari raya 2015

DSC_1383DSC_1365

 DSC_1381  DSC_1434 DSC_1444 DSC_1447 DSC_1448 DSC_1401  DSC_1454 20150716_124637 20150717_091714 20150717_155857 20150717_183144 20150720_222028 20150720_224101 20150720_221954

Terima kasih kepada semua saudara mara yang sudi bertandang kerumah kami. Selamat Hari Raya. Mohon maaf sekiranya ada tesilap kata tersalah bicara…

Cabaran Kuih Semperit

“Mama raya ni buat kuih bunga yang warna kuning tu “, Alamak, kuih apa pulak ni haqim. Search internet..rupanya dia nak kuih semperit.. “OK nanti mama buat “..Jawap dengan confidentnya :)

20150715_080346 

Masa berlalu, dua hari sebelum raya baru dapat cuti. Masa tulah nak buat semua persediaan. So pergilah kedai cari acuan kuih semperit. Enam buah kedai kek dan pasaraya saya pergi. Acuan kuih semperit dah habis. Ops..At last di kedai yang terakhir jumpalah acuan ni..

acuan semperit 

Mahal juga maklumlah bekas tembaga. Belilah juga ..boleh juga diturunkan kepada anak cucu nanti :)

Ok acuan dah ada. Cari resepi satu masalah lagi. Terlalu banyak resepi kuih semperit tak tahu mana yang ok. Kebanyakkannya copy and paste. At last saya berhenti kat satu laman ni yang menggunakan telur rebus instead of telur biasa. Rasanya telur rebus digunakan bagi mengelakkan adunan dari mengembang sewaktu dibakar. So sebelum raya saya buat 2 adunan kuih semperit menggunakan resepi ini. Terima kasih tuan punya. Terlupa nak snap URL. Senyum lebar Haqim balik ada kuih semperit.

Bahan-bahan

  • 1 cawan buttercup (250gm)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur kuning yang telah direbus
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • esen vanila
  • ceri merah yang dipotong-potong kecil untuk hiasan

Kaedah membuat

  1. Hancurkan kuning telur yang direbus tadi.
  2. Masukkan gula icing, gaul rata.
  3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung  dan esen vanilla gaul sebati dengan tangan.
  4. Masukkan buttercup dan uli adunan campurkan tepung gandum sedikit sedikit. Sekiranya agak lembik tambah sedikit tepung gandum. Adunan yang terlalu lembik susah untuk dibentuk bunganya.
  5. Bolehlah membentuk bunga dahlia tersebut dengan menggunakan acuan dahlia.
  6. Letak ceri potong sebagai hiasan ditengah bunga. Ceri perlu ditekan sedikit agar tidak tertanggal sewaktu membakar.
  7. Bakar dalam oven 150 C selama 15-20 minit. Selepas 8 minit saya pusingkan dulang kuih supaya biskut masak sekata.

Resepi ini untuk lebihkurang 60 ke 70  keping biskut dahlia.

Tahun ni hari raya saya menerima kehadiran Ina dan keluarga. Hari raya, anak saudara Muklis bertanya –“Cik La cuba beritahu emak saya kat mana Cik La beli kuih kuning yang sedap ini. Saya nak minta emak saya beli “ .Ehm…bohonglah kalau tak rasa terharu:) . “Tak pelah sayang nanti Cik La buat untuk awak “ So malam kedua buatlah 2 adunan lagi kuih ini yang saya beri kepada mereka untuk bawa balik ke Shah Alam

Lagi 2 hari nak balik asrama –> “ Mama buat 3 balang kuih kuning untuk bawa balik asrama  , What 3 balang Nak buat apa , Satu untuk asrama, satu untuk kelas, satu untuk cikgu”. Begitulah anak zaman sekarang. Order je..Tapi tak pelah niat untuk sedekah. So pagi sebelum hantar dia balik ke asrama, buatlah lagi 2 adunan kuih ini.

Rasanya inilah kuih yang mendapat sambutan hangat melebihi sambutan kuih tart dan kek lapis. Seperkara mengenai kuih ini, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk men”dahlia”kannya. Saya suka sebab setiap bunga mempunyai characternya yang tersendiri”". Ehm. begitulah  cerita kuih semperit untuk raya tahun ini.

Terima kasih kepada empunya resepi yang memberikan kegembiraan kepara ramai ahli keluarga pada tahun ini.

Sunday, July 26, 2015

Trip ke Pulau Kapas

Raya ke 5 kami bercuti ke Pulau Kapas. Seronok Sangat

IMG-20150722-WA0010

Tak dapat gi Pulau Redang, Kapas pun ok juga :) . Cantik tempat ni.

20150721_101719 20150721_101800 20150721_102250  .

20150722_072606 20150722_072830

Pukul 7 pagi dah beri makan ikan …Comel dan banyaknya ikan..

20150722_072950 

By the time petang dah surut.. Bahaya snorkeling masa ini corel dekat dada je.. Tayang swimming suit muslimah yang baru :)20150722_075119

Enjoy the video of fishes at Pulau Kapas

Another video

On the way balik Haqim meet with this guy..happynya dia…

IMG-20150722-WA0011

Hopefully ada rezeki untuk kami pergi lagi next time or may be next time kat Pulau Perhentian ke, Pulau Tioman ke…

Monday, February 16, 2015

Pembangunan di Mekah

Bagi yang bertanya inilah status pembangunan pesat yang sedang berlaku di Masjid di Mekah. Ini adalah model masjid selepas siap renovation yang dijangka akan dirasmikan pada tahun 2020. Replika diletak di Museum yang kami lawati.

20150208_092836

Ini adalah gambar pembangunan semasa yang diambil dari TV dalam bilik hotel.

20150208_143130 20150208_143135

Map pelan pembangunan yang kini berada ditahap ke tiga.

20150211_114016

 

20150207_064952  20150207_065002        20150209_072922 

Hampir 80% bangunan masjid dalam pembinaan yang menyebabkan ruang sembahyang semakin berkurangan.

Kenangan bersama Emak

Kenangan bersama emak yang pastinya saya kenang sepanjang hayat saya..

20150203_200245 20150204_163941 20150204_164007 20150205_075029 20150205_085926 20150205_105006 20150205_192930 20150205_203117 20150206_133052 20150207_002721 20150207_033009 20150208_071337 20150208_092949 20150208_093659 20150208_093843 20150208_093910 20150209_092902 20150209_094402 20150211_100923 20150211_122930 20150211_163233  20150214_113755 20150213_082208