Sunday, September 29, 2013

Resepi roti Mr. Sazali

Selepas beberapa kali buat roti saya masih mencari cari resepi roti yang boleh menghasilkan roti yg lembut macam roti Yang berada dibilik rehat. Kebetulan beberapa hari lepas bertemu dengan Mr Sazali yg pernah buka kedai bakery. Peluang belajar resepi dari profesional yg pastinya tidak saya lepaskan. Ini adalah resepi dari beliau.

Resepi roti(umum)

  • 1kilo tepung roti
  • 60% air + telur
  • 10% gula
  • 1% yis
  • 10% marjeri
  • 1% garam

Ini adalah resepi yang saya gunakan untuk 500 gm tepung.

  • 500 gm tepung roti + susu tepung (dalam 4 sudu besar)
  • 300 ml air + telur dikacau
  • 50 gm gula
  • 2sudu teh yis
  • 50 gm mentega pada suhu bilik
  • 1sudu besar bread softener (Sazali kata tak perlu tapi saya dah beli so letak jelah)
  • 3sudu besar water wrox
  • Sedikit vanila.

 

Ini pula susunan saya letak bahan-bahan dalam BM

  • Air + telur + vanila
  • Mentega
  • Water wrox
  • Gula
  • Tepung + susu tepung + bread softener
  • Yis dikanan
  • Garam dikiri yang berfungsi untuk menyekat yis supaya tidak naik terlalu tinggi (According to Mr.Sazali)

Saya perasan kuantiti air dalam doh ini lebih dari biasa, Tapi redah je

Walaaa ini adalah hasilnya


Suka suka suka  terima kasih Mr. Sazali. Ehm masih mencari resepi yang menghasilkan roti yang putih pula :).

Tuesday, September 10, 2013

Bahan-bahan pengajaran untuk kelas CSC415

 

Oleh kerana mereka masih belum boleh menggunakan iLearn, here are the materials that I had uploaded into ilearn this afternoon.

Download, baca dan buat ye exercises.

Sunday, September 8, 2013

First Day of Class

After 3 tahun 6 bulan berehat dari mengajar, hari ini saya memulakan pengajaran untuk pelajar degree.

Inilah pelajar-pelajar yang datang dihari pertama kelas

20130908_085923

CSC570- Web Design – rasanya kelas ni student ramai lagi. Ini aje yang hadir?

IMG_0386

CSC415 – Pelajar baru ni so ramailah yang hadirnya Smile

Friday, September 6, 2013

Outing Day

Hari ni kami ke Kuala Lumpur bertemu dengan prof dan mengambil kesempatan untuk outing bersama keluarga. Naik komuter dari Syeksen 9 ke Kl. Suka Haqim :)

20130906_185127

20130906_194146




Makan di manhattan Fish


Abah kepenatan jauh hari ni abah jalan. Boleh buat aktiviti mingguan berjalan sambil bersantaii santai lepas tu makan :)

Tuesday, September 3, 2013

Hari Raya 2013

Selepas sebulan beraya barulah saya berkesempatan untuk post gambar hari raya tahun ini.

DSC_0748

DSC_0743

Tema tahun ini merah hati Smile.

TDSC_0756DSC_0730

Kehadiran Md Noh, Ina dan anak-anaknya yang memeriahkan sambutan hari raya tahun ini.

Resepi Roti Jepun

Selepas mencuba beberapa resepi roti, saya rasa inilah resepi roti yang paling best yang pernah saya hasilkan. Adunan ini menghasilkan satu buku roti atau 20-24 biji bun bergantung kepada saiz bun-bun tersebut. Okaylah taklah banyak sangat. Bun-bun ni boleh dihabiskan oleh kami dalam masa 3-4 hari. So taklah membazir. 


 

Bahan-bahan

  • 330 gm tepung roti + 40 gm susu tepung + 130 gm tepung superfine
  • 150 liter air suam + 4 susu besar gula dilarutkan.
  • 1 biji telur dipukul sedikit untuk hancurkan kuning telur.
  • Sedikit vanilla.
  • 11/2 sudu besar pelembut doh
  • Sedikit garam
  • 21/2 sudu teh ibu roti.
  • 50 gm mentega pada suhu bilik

 

Kaedah membuatnya.

  • Masukkan air gula, telur dan esen vanilla dalam bekas BM.
  • Masukkan mentega dan pelembut doh.
  • Masukkan bahan tepung
  • Letak ibu roti dipenjuru kanan dan garam dipenjuru satu lagi.
  • Set setting BM kepada doh dan biarkan ianya beroperasi selama 1 jam setengah.
  • Keluarkan doh, uli sedikit. Bahagikan kepada 20-24 bahagian yang kecil.
  • Bulat-bulatkan dan letak inti jika perlu. Tutup doh dan biarkan ianya naik untuk kali kedua dalam 40 minit ke satu jam.
  • Pada 10 minit terakhir, panaskan oven pada suhu 200 degree Celcius
  • Sapu roti dengan sedikit telur.
  • Seburkan sedikit air diatas doh yang sedia untuk dibakar.
  • Bakar roti 18-20 minit. (Saya tukar kedudukan roti selepas 15 minit ianya dibakar akan semua doh masak sekata).

Roti bun kosong sedap dicicah dengan air nescafe sewaktu ianya masih panas-panas lagi Smile. Selamat mencuba