Friday, August 31, 2012

#Merdeka55

Inilah tag untuk menyatakan semangat kemerdekaan tahun ini, dimana untuk kali pertama Twitter digunakan dalam memupuk semangat 1Malaysia :). Namun ikon google pada hari ini menarik perhatian saya –

googleikon

Merdeka  55X

Note: download few thousand of these message, Interesting to mine this data once I completed my PhD

Wednesday, August 29, 2012

Solok Lada

20120828_125003

Jumpa lada-lada ini sewaktu kepasar beberapa hari lepas. Teragak nak makan Solok Lada (lada sumbat isi ikan) for lunch. Inilah rupa lada yang telah dimasak.

20120828_131035

Berkonsi resepi dengan mereka yang berminat :) .

Bahan-bahannya

  • 5 biji lada (saya pilih yang lurus dan ‘gemuk’ sikit
  • 4 ekor ikan selayang yang baru
  • 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih
  • 1/2 camca teh  serbuk lada hitam
  • sedikit garam, sehiris halia
  • 1/2 cawan kelapa muda diparut / kelapa parut putih saja
  • 1/2 cawan santan kelapa pekat

Kaedahnya

  1. Dalam lesung batu, tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kelapa muda (jangan sampai hancur).
  2. Masukkan isi ikan selayang dan tumbuk sedikit lagi.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  4. Belah lada dan buang biji cili. Lada ni boleh tahan juga pedasnya.
  5. Masukkan ramuan yang telah ditumbuk dalam isi cili hijau. Susun dalam periuk. Pastikan bahagian yang diisi ikan berada di atas.
  6. Masukkan sedikit garam dalam santan pekat dan curah santan atas lada dalam periuk.
  7. Masak atas api dengan menggunakan api perlahan sehingga santan hampir kering. Jangan terlalu lama untuk mengelakkan cili dari hangus.

Saya masih ingat lagi, Solok Lada dimakan dengan nasi kerabu di Machang dulu. Selamat mencuba….

Nota: Sekiranya lesung batu anda kecil, tumbuk satu persatu bahan dan gaul dalam besen :) .

Udang Kara

20120829_193552

Orang memberi kami merasa. 5 ekor udang kara sweet and sour untuk dinner malam ni. Terima kasih En Zamri yang memberi udang-udang ini. Semoga dimurahkan rezeki dilindungi tuhan dalam keadaan sihat sejahtera….Ameen…Udang-udang ini habis dalam masa 15 minit!!!!!

Saturday, August 25, 2012

Kenangan Hari Raya 2012

Berikut adalah diantara gambar-gambar yang sempat saya snap sewaktu hari raya 2012. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir kerumah kami terutamanya kepada Prof Razak dan keluarga, Mak Da dan keluarga, Kak Maznah dan keluarga, Dah jiran serta keluargaTa and Ni serta keluarga mereka, Mak Ngah dan Pak Ngah serta keluarga, Azman dan keluarga serta Yati yang cuti panjang tahun ini. Panjang umur, murah rezeki insyaAllah tahun depan kita jumpa lagi.

20120819_110117

20120819_105837

20120819_09052820120819_09393020120819_19255720120824_09543920120824_17101620120820_17253020120820_17324220120820_20082320120824_15404620120824_154038

20120824_15411420120824_154121

20120825_100627DSC_0345

.

Selamat Hari Raya 2012

DSC_0338

Selepas sebulan berpuasa, hari raya muncul kembali. Tahun ini tema baju merah hati Smile.

DSC_0334DSC_0337

Menyaksikan anak bujang kami yang semakin dewasa.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
10 jari kami susun rapi
Mohon maaf segala kesilapan kami
Ada kesempatan jemput ke rumah kami

Wednesday, August 8, 2012

AlQuran dari Mekah

Terima kasih kak Maznah dan abang Din yang sudi membelikan quran ini di Mekah sewaktu mereka mengerjakan umrah baru-baru ini.

20120808_11102320120808_111044

Gulai buah sentul Mak Da

20120729_120952

Ini adalah buah sentul yang boleh didapati dipasar-pasar. Ada dua jenis, satu yang berbulu kulitnya sedap untuk dimakan (dikenali juga dengan nama buah Tampoi di Johor) satu lagi sedikit mengerutu kulitnya dan sesuai untuk dibuat lauk. Terima kasih Mak Da yang sudi berkongsi lauk ini dengan saya.

20120729_122905

Buah ini dibelah dua, dibuang isinya dan direbus dalam 5 minit. Buang kulit dan dilicik.

20120729_135457

Inilah rupa buah sentul yang telah siap diproses. Bahan-bahan lain :-

20120729_125445

Sedikit kacang panjang dan terung yang direbus sebentar (Bila air mendidih, tutup api)

20120729_135504

3 ulas bawang merah, sedikit petai dan sebiji cili merah dihiris.

20120729_135515

3 ekor ikan selayang/kembong segar, dikukus dan diabil isinya, dihancurkan.

20120729_135602

Santan kepasa dalam RM2.00.

Kaedah membuatnya— Mudah sangat. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kacau bagi mengelakkan kuah mendidih. Inilah rupa gulai yang telah dimasak.

20120729_141209

Bagi yang berminat.. selamat mencuba.

ps – kalau tiada buah sentul, lauk ini juga sedap dimasak dengan menggunakan terung bulat yang dibakar atas kuali sekejap.

Staf Abah berbuka puasa dirumah

Kebiasaannya, pada setiap tahun, abah pasti bawa kami berbuka puasa dengan keluarga stafnya dimana-mana warung. Tahun ini mereka mahukan sedikit kelainan. Mungkin juga anak-anak yang telah mula membesar ditambah pula dengan kos makanan dikedai yang agak tinggi. So semalam mereka meluangkan masa berbuka dirumah dengan konsep potluck. Kami menyediakan nasi dan buah. Makanan lain dibawa oleh staf. By the time waktu berbuka, meja didapur penuh dengan makanan.

20120807_190923

Terima kasih semua yang sudi bertandang dan menceriakan sepetang ramadhan dirumah kami.Antara yang hadir

DSC_0307DSC_0328DSC_0329

Terima kasih semua, doakan rezeki kami bertambah, panjang umur, ramadhan tahun depan kita berkumpul lagi.

Set katil Angry Bird Haqim

20120803_155150

Haqim pilih kain ini sebagai hadiah tolong bawa kain ela yang mama beli untuk Baju Kurung Putri. Hampir 2 bulan berlalu, sudah lebih 100 kali dia bertanya bila nak buat cadar dan sarung bantal Angry Bird. Specifically mention, don’t cut the head of the birds. At last, tertunailah permintaannya . Abah kata macam kanak-kanak but I think peminat Angry Bird dari golongan dewasa juga ramai.

20120803_155229

A happy customer…Sweet Dream sayang..