Sekejapnya masa berlalu, rasa macam baru semalam tiba ramadhan, sedar tak sedar dah 21 hari ramadhan . InsyAllah hari ini kami akan berangkat balik ke Dungun selepas 3 hari di Shah Alam. 3 hari yang penuh dengan kenangan indah. Antaranya
- berbuka di wakaf R&R Lancang. Walaupun hanya dengan nasi lemak bungkus, mungkin suasananya yang berbeza menyebabkan berselera kami makan.
- berbuka di rumah Syuhada, dengan bubuk lambuk mak da yang walaupun pedas kerana lada hitamnya sedikit lebih, tapi habis dimakan beramai-ramai
- berbuka dirumah Rewa dengan budu dan ikan goreng serta sayur lemak. Sekali sekala makan makanan kampung seleranya.
- berjumpa dengan saudara mara di Shah Alam dalam suasana santai dengan cerita terkini yang berbeza
- shopping raya..walaupun letih dan ramai orang …..Nasib baik bonus hanya dapat 22/8, kalau tidak haru juga tu..
- beli baju kat butik kawan Che We (First time ni..)
Sekali sekala tukar routine okay juga. Fikirkan persiapan raya di Dungun pula lepas ni….Hopefully kita jumpa lagi hari Sabtu ni..berbuka di Dungun pula ye.
Sekembalinya dari Shah Alam, kerusi untuk tepi kolam dah tiba. So inilah kali pertama kami berbuka puasa ditepi kolam.
Alhamdulillah syukur rezeki Allah…
0 comments:
Post a Comment