Saturday, August 27, 2011

Tapai pulut emak

2011-08-30 08.34.07

Setiap kali hari raya diantara kuih yang saya cari ialah tapai pulut emak. So hari ni saya catatkan resepi tapai tersebut, hopefully satu hari nanti saya boleh buat sendiri Smile.

Bahan-bahannya.

  • 2 kilo pulut 
  • 1 biji ragi (Kena tanya penjual, 1 biji untuk berapa kilo pulut)
  • 1 sudu makan gula  (tak nak pun tak apa)
  • Daun pisang secukupnya  - (Diambil 2 hari sebelum hari pembukusan agar ia tidak terbelah sewaktu membungkus, dibersihkan dan dibelah selebar tapak tangan)

 

Kaedah:

  • rendam pulut dalam 6 jam
  • basuh pulut sehingga bersih (5-7 kali)
  • kukus pulut dalam 10 minit
  • alih kedalam bekas besar
  • ratakan dengan air dalam 1 gelas untuk setiap 1 kilo
  • kukus balik dalam 10 minit
  • alik kedalam dulang besar,sejukkan
  • taburkan gula.
  • pecahkan ragi,dan gaul dengan pulut

2011-08-27 09.11.55

  • bungkus dengan daun pisang . (Ada teknik tertentu, wish saya ada video untuk rakam kaedah membungkus..Next time ye..)

2011-08-27 09.46.24

  • gunting lebihan daun pisang pada bungkusan. (1 kilo pulut mengambil masa lebihkurang 1 jam setengah untuk membungkusnya)
  • letak dalam periuk dan bungkus dangan kain
  • tapai sedia untuk dimakan dalam masa 3 hari (2 malam)

Beberapa petua yang diberikan oleh emak Smile

  • kebiasaannya pulut dikukus 1 kilo setiap kali bagi memastikan pulut masak sama rata
  • daun pisang tidak boleh dijemur atau dilayurkan atas api. TIDAK BOLEH KENA HUJAN !!!!! (So kalau hujan lebat masa nak ambil daun pisang pospone dululah hajat nak buat tapai)
  • mereka yang ‘datang bulan’ tidak boleh membungkus atau berada bersama mereka yang membungkus tapai (yang ni saya musykil..ini discriminasi ni.. nevertheless emak berpegang kuat dengan petua ini – mungkin ada pengalaman yang tidak menarik yang pernah beliau lalui).
  • tidak boleh membungkus tapai dalam keadaan marah atau ‘serabut’ nanti tapai tak jadi.

Kesimpulannya, aura pembuat tapai juga memainkan peranan utama dalam membuat kuih ini. Selamat Mencuba bagi mereka yang berminat.

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan trip

Sekejapnya masa berlalu, rasa macam baru semalam tiba ramadhan, sedar tak sedar dah 21 hari ramadhan Smile. InsyAllah hari ini kami akan berangkat balik ke Dungun selepas 3 hari di Shah Alam. 3 hari yang penuh dengan kenangan indah. Antaranya

  • berbuka di wakaf R&R Lancang. Walaupun hanya dengan nasi lemak bungkus, mungkin suasananya yang berbeza menyebabkan berselera kami makan.
  • berbuka di rumah Syuhada, dengan bubuk lambuk mak da yang walaupun pedas kerana lada hitamnya sedikit lebih, tapi habis dimakan beramai-ramai
  • berbuka dirumah Rewa dengan budu dan ikan goreng serta sayur lemak. Sekali sekala makan makanan kampung seleranya.
  • berjumpa dengan saudara mara di Shah Alam dalam suasana santai dengan cerita terkini yang berbeza
  • shopping raya..walaupun letih dan ramai orang …..Nasib baik bonus hanya dapat 22/8, kalau tidak haru juga tu.. Smile
  • beli baju kat butik kawan Che We (First time ni..)

IMG_1236IMG_1240

Sekali sekala tukar routine okay juga. Fikirkan persiapan raya di Dungun pula lepas ni….Hopefully kita jumpa lagi hari Sabtu ni..berbuka di Dungun pula ye.

 

Sekembalinya dari Shah Alam, kerusi untuk tepi kolam dah tiba. So inilah kali pertama kami berbuka puasa ditepi kolam.

IMG_1219IMG_1220

Alhamdulillah syukur rezeki Allah…

Cream Caramel Ina

Kesempatan bersama keluarga saya ambil untuk mendapatkan resepi kegemaran. Salah satu darinya adalah resepi cream caramel ini. Terima kasih Ina kerana berkongsi resepi ini.

Bahan-bahan

  • Caramel secukupnya untuk satu loyang
  • 6 biji telur
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu air

Kaedah:

  • Campur semua bahan
  • masuk dalam loyang yang telah sedia ada caramel
  • kukus sehingga masak

Ehmmm, nanti saya cuba dulu resepi ni and berikan perinciaan yang lain…