Ramadhan datang lagi, syukur dipanjangkan umur dimurahkan rezeki untuk menyambut bulan yang pernuh berkat ini. Semoga kehadirannya kali ini akan memberi lebih makna…
Selamat menyambut Ramadhan 1432, Mohon maaf tersilap kata tersalah bicara…
Ramadhan datang lagi, syukur dipanjangkan umur dimurahkan rezeki untuk menyambut bulan yang pernuh berkat ini. Semoga kehadirannya kali ini akan memberi lebih makna…
Selamat menyambut Ramadhan 1432, Mohon maaf tersilap kata tersalah bicara…
Alhamdulillah syukur, diberikan rezeki untuk saya memperolehi alat ini. Tidak merancang untuk membelinya, tapi bila ada yang berminat dengan iphone 4 saya, so saya ambil kesempatan untuk tukar iphone 4 dengan gadget ini. Similar to ipad?.. Yes tapi ianya lebih kecil dan sesuai untuk dibawa kesana kemari and untuk access Internet berbanding dengan iPad. Furthermore, I don’t have to translate downloaded movie to mp4. Nevertheless, I ‘ll still keep my ipad to read magazine and articles..
Kalau sebelum ini, mendengar bagaimana Rosdi begitu suka dengan permainan ini, hari ini kami merasai kegembiraan bermain bola tersebut. Barulah tahu petong and bowling padang lain rupanya . Hari ini kami menerima undangan dari pengerusi kelab pegawai penghuni kolej untuk santai sukan dengan bermain petong.
Walaupun kalah dalam permainan, kami menang juga cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik ini, which I personally think is better than hamper.
Namun, terima kasih kepada Tuan Rektor yang memberikan juga kepada Haqim hamper yang mereka menangi dalam cabutan bertuah.
What a day, dah lama tak pergi kampus and berjumpa dengan pihak pengurusan. Hari ini berjumpa dengan mereka dalam keadaan santai. Terima kasih En Zainal dan keluarga yang menjemput kami terutamanya Julie yang begitu sabar mengajar peraturan permainan ini kepada kami. Ti, next time bolehlah main game ini, tapi bola dia mahal nya….
Dari 27/6 hingga 29/6, saya berkampung di Pullman Resort Putrajaya menghadiri seminar ini yang dikendalikan oleh UKM dengan kerjasama IEEE organisation.
Untuk kali pertama saya present paper yang pada pendapat saya nothing compare to the other presenters. Nevertheless, I think the main purpose my supervisor asks me to attend is to acquire experience and create network with other data miners around the country.
Terima kasih prof, yang membayar yuran penyertaan ini. Terima kasih kerana ‘memaksa’ saya pergi ke seminar ini yang memberi banyak intangible experience.
Note: For the first time Haqim tinggal dengan nenek!!!!
Somebody beri link ke satu video dalam youtube yang memberi impak dalam minda saya pada hari ini. Video tersebut adalah rakaman yang dibuat oleh pegawai pencegah maksiat terhadap couple-couple yang berpacaran di sebuah taman (saya tak tahu dimana). Ehm…saya tabik pada pegawai tersebut yang berani menegur kesilapan yang dilakukan dimana ramai dari kita (termasuk saya) yang hanya menghalang dalam hati.
Walaubagaimanapun, saya kurang setuju apabila video tersebut didedahkan kepada umum melalui youtube, sedangkan Allah meminta kita menyembunyikan aib saudara sesama islam. Ada diantara keratan video tu dah jadi cerita lucah pulak. Tangkapan yang ditayangkan di tv pun dikelamkan gambarnya. Bayangkanlah kesannya kepada keluarga (terutamanya ibu bapa mereka). Cukuplah mereka dimalukan apabila tuduhan terhadap mereka dilakukan dimakamah. Siapalah kita untuk menghukum mereka hingga kedunia siber sedangkan perjalanan hidup kita dan anak-anak kita dimasa hadapan masih belum pasti. Siapakah nanti yang akan bertanggungjawab sekiranya ada anak-anak remaja yang menggunakan pengetahuan dari video tersebut untuk melakukan kesilapan yang sama?
Nota: Tidak bermakna saya menyokong mereka yang melakukan perkara mungkar tapi saya teringat pesanan ustaz saya, niat tidak menghalalkan perbuatan. Sedihnya apabila teknologi yang ada digunakan untuk mengaibkan orang lain…
Hmmm, at last landscape yang diidam-idamkan oleh abah siap juga. Dinding kolam nampak begitu kosong selepas siap. Inilah himpunan pokok-pokok kegemaran abah yang boleh tahan juga harganya.
Pokok ini dibeli dengan menggunakan duti dari kraf jahitan ye.. Buat kenangan.
Sempat juga sicomel ni posing…
Dan inilah dua orang individu yang diupah oleh abah untuk merealisasikan hasratnya (ha..ha..tak mungkin landscape tersebut terhasil tanpa kudrat mereka). Kalau nak minta mereka buatkan landscape kat rumah call hubby untuk phone number mereka.
Note: Jangan tanya tentang harga untuk membina landscape ni..pejam mata ajelah kalau nak lihat sesuatu yang menarik…
Salah satu dari petanda, betapa banyaknya nikmat yang diberikan Allah kepada kita, tapi jarang kita menghargai dan mensyukurinya. Hanya selepas ianya diambil kembali barulah kita menyedari betapa significantnya perkara tersebut. Hari ini saya ke dentist selepas ‘menderita’ sakit gigi yang amat sangat. Masa ni, bunyi deruan air terjun dikolam yang selama ini amat menenangkan terasa amat membingitkan. Apatah lagi kalau Haqim meragam, sedikitpun dah kena marah (kesian pulak)..
Begitulah lumrah kehidupan, gigi yang begitu kecil, yang telah banyak berjasa kepada kita, hanya kita hargai apabila ianya telah sakit. Seolah-olah itu amaran dari Allah agar kita mengingati dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita. Terima kasih kepada dr gigi yang telah merawatnya. Nasib baik ianya masih boleh kekal disitu dan tidak perlu dicabut. Walaubagaimananpun, nikmat untuk makan benda-benda keras seperti kacang kini telah berlalu…