Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru

IMG_0928

Bungkusan buah-buah epal yang akan diberikan oleh Haqim kepada mualim dan mualimahnya. Satu lagi nilai murni yang ingin saya terapkan dalam diri Haqim untuk menghormati dan menghargai jasa guru-gurunya. Teringat saya sewaktu di Jengka dulu,setiap kali hari guru, pigeon hole kami pasti penuh dengan buah-buahan yang diberikan oleh pelajar-pelajar, Satu budaya yang kian menghilang kini. Yang pastinya, siapalah saya tanpa guru-guru yang mengajar dan mendidik saya dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti. Dan pastinya guru yang paling banyak mempengaruhi budaya dan nilai dalam hidup saya adalah emak dan ayah.

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH…..

Semoga semuanya sihat sejahtera, dibawah limpah dan rahmat Allah. Selamat Hari Guru

0 comments:

Post a Comment