Inilah satu-satunya gambar Norlela Samsudin sewaktu masih kecil Cute tak? Ingatkan gambar ni dah hilang sewaktu emak pindah dari Mersing dulu, rupanya terselit dalam album gambar-gambar masa di SMSJ dulu. This picture remind me of aruah ayah. Yang emak pangku adalah Azman dan Abang yang pegang beg tangan tu. Di belakang gambar ini dicop tarikh 10 September 1968. Scan untuk dijadikan kenangan..
Wednesday, April 20, 2011
SMSJ Class 83 Dalam Kenangan
Tahun 1979, kami melangkah ke Sek. Men. Sains Johor Kluang, salah sebuah sekolah berasrama penuh yang pada masa itu hanya menerima pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 4A keatas bagi penilaian Darjah 5 terutama pelajar dari luar bandar. Masa tu kami menetap di Lenga (amatlah luar bandar . So saya bertuah kerana terpilih sebagai pelajar disekolah yang begitu banyak mencorak kehidupan saya pada masa ini.
Ini adalah gambar tingkatan 2M3. Kelihatannya begitu innocent sekali kita pada waktu itu. Gambar ini mengingatkan saya kepada Mr Lau yang mengajar matematik. Kegemarannya baling kapur dan buku. Pernah buku saya keluar dari tingkap, but we really enjoy his class. Cikgu Harun bertukar tempat dari sekolah menengah ke Universiti Teknologi MARA Dungun. Saya masih ingat beberapa tahun lepas betapa bangganya beliau memperkenalkan saya sebagai salah seorang muridnya di SMSJ. Mengajar bersama-sama guru sendiri di UiTM adalah pengalaman yang menarik buat saya, malah beliau pernah menghadiri kursus dimana saya yang mengajarnya.
Ini adalah gambar sewaktu kami di Tingkatan 5M3, betapa jauhnya berbeza. Saya masih ingat betapa kecewanya saya kerana tidak dapat bergambar bersama kerana demam sewaktu gambar ini diambil. Gambar ini mengingatkan saya kepada Cikgu Osman Nayan (Satu-satunya cikgu yang pernah memukul tangan saya kerana tak dapat jawap soalan dalam kelas . At the end, hampir kesemua pelajar dalam kelas dapat A subjek Sejarah dalam SPM.
Oh yes, saya adalah salah seorang pengawas sekolah. Kelihatan juga YB Ahmad Maslan. Menjadi pengawas memberi kelebihan kerana kami boleh belajar selepas pukul 11 malam (yang lain kena tidur atau curi-curi belajar). Ianya memberi peluang untuk saya mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.
Diantara sukan yang menjadi kegemaran saya ialah hoki. Malah kami pernah mewakili daerah Kluang dalam pertandingan hoki MSSM.
Go Suria….Dimanakah mereka sekarang ini ye?
Gambar terakhir yang kami ambil sebelum pergi kehaluan masing-masing. Pelajar-pelajar perempuan SMSJ Class of 83, kumpulan M3
Kini selepas hampir 30 tahun, Facebook menemukan kami semula. Betapa laluan hidup kita amat berbeza, ada yang kini telah menjadi pengurus, pengurus besar, cikgu, pengacara, penyanyi dan pastinya dugaan kami betul Ahmad Maslan jadi Yang berhormat. I miss the reunion yang mereka adakan pada minggu lepas, tapi jumpa gambar ini dari Facebook Anjang. Ramai yang saya dah tak kenal dari yang kenal.
Hopefully, saya boleh joint the next reunion. SMSJ Class of 83 tetap dihatiku….
Thursday, April 7, 2011
Sambal Belacan Special
Bagi memenuhi permintaan rakan yang meminta resepi sambal belacan . Resepi ini untuk satu mangkuk kecil yang sesuai untuk kami berdua makan waktu tengahari dan dinner.
Bahan-bahan:
- 3 biji cili merah dan 3 biji cili kecil (petua orang tua, kena angka ganjil untuk mengelakkan rasa pedas )
- Belacan sebesar ibu jari yang dibakar.
- 1/2 biji mangga muda yang disagat
- 1 sudu gula
- 1/4 biji bawang besar yang di racik halus – dadu
- 1/4 biji tomato yang dipotong dadu (kecil)
- 1/2 biji limau nipis
(banyak juga bahan untuk buat sambal belacan ni !!!!
Kaedah:
- Tumbok cili, belacan dan gula
- masukkan mangga muda yang telah disagat, tumbok sedikit
- masukkan bawang dan tomato yang telah diracik.
- masukkan air limau nipis dan kacau rata.
Nota: Untuk sambal belacan sewaktu kenduri rumah Rewa, saya juga letak sebiji nenas yang disagat. Kalau guna blender, chili, belacan dan gula diblender dulu dan di toskan. Blend mangga, nenas, bawang dan tomato berasingan dengan cili dan toskan juga airnya. Gaul kedua-dua bahan, kalau kering, letak air yang ditos dari chili tadi. Campurkan air perahan limau selepas bahan digaul.
Good Luck.
Bagi mereka yang bertanya, ini adalah sagat yang saya guna untuk sagat mangga muda. Diantara peralatan dapur yang digunakan hampir setiap hari. Saya beli dipasar Kuala Berang once upon a time (tak ingat dah lama beli).
Wednesday, April 6, 2011
Program little chef
Cuti sekolah yang lepas, Haqim mengikuti program Little Chef yang dikendalikan oleh Fakulti Perhotelan. Berikut adalah kenangan Haqim dimajlis tersebut.
Terima kasih kepada staf dan pelajar-pelajar yang melayan anak-anak ini sewaktu cuti sekolah mereka…Until now, Haqim akan bertanya program ni ada lagi tak masa cuti yang akan datang…
Majlis Tahlil Rumah Rewa
1 hb April adalah tarikh ulangi tahun ayah chik. Kami ke Shah Alam untuk mengadakan tahlil dirumah Rewa. Ini adalah suasana sewaktu tahlil yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Hafiz di kawasan perumahan tersebut.
Hidup bersama menyebabkan mereka lebih berdisplin sewaktu makan bersama. Diantara mereka yang hadir di majlis tersebut.
Ehm.. Siapa sebenarnya yang masak ni ….