Monday, November 9, 2009

Pizza Hut lagi

Abah dapat berita yang pemindahannya ke Sarawak ditarik balik. Alhamdulillah..ehemmm inilah masanya untuk kami minta belanja…Haqim nak ke pizza hut…

IMG_0252

IMG_0253

IMG_0257 Gembiranya abah..tapi lauk kambing jangan lupa hujung tahun ni… :)

Cream Caramel Segera

Cerita pasal potato whip teringat kat tepung cream caramel ini saya beli di Giant 2 minggu lepas. Satu ketika dahulu hotel uitm menggunakan tepung ini untuk menghasilkan cream caramel (sekarang dah tidak ada dalam menu).

IMG_0263

After 10 minutes

IMG_0264

ha..ha gambarnya tak secantik di depan kotak tapi rasanya sedap.

Selalunya cream caramel yang kita buat, susah nak dapat yang lembut dan sedap. Itu yang menyebabkan saya suka tepung ini. Nak menyediakannya juga sekejap tak sampai 10 minit dah siap.

Satu perkara mengenai produk-produk segera ni, ianya diimport dari luar negara, so tahap halalnya meragu sedikit..ehm.. kena belajar buat sendirilah nampaknya…

Kek Lapis

Beberapa rakan meminta resepi kek lapis asam manis yang saya buat tempoh hari. Berikut adalah resepinya yang saya ubah suai sedikit dari buku masakan --

Bahan A

  • 350 gm mentega
  • 100 gm gula kastor(resepi asal 150 gm yang saya rasa sedikit manis)
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 14 biji kuning telur

Bahan B

  • 150 gm gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh krim of tatar

Bahan C

  • 180 gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh rempah campuran

Bahan D

  • 10 bungkus asam manis (asam gambir orang terengganu kata)
  • 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat sebagai bahan sapuan
  • sedikit pewarna merah / hijau

Kaedah.

  1. Sapukan tin pembakar 8in X 8 in dengan mentega / marjerin. Letak kertas minyak.
  2. Satukan mentega, gula kastor, susu pekat dan esen vanilla dari bahan A dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan berkrim
  3. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati.
  4. Dalam bekas lain pukul bahan B selama 5 minit sehingga kembang.
  5. Ayak tepung dan serbuk rempah dan masukkan kedalam aduan mentega, gaul sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 adunan. Salah satu darinya diwarnakan dengan warna kesukaan – saya suka merah.
  7. Ambil secawan adunan (tanpa warna) ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah sehingga kek bewarna perang.
  8. Cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekankan rata. Sapu dengan bahan sapuan.
  9. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek.
  10. Ambil satu cawan adunan warna dan ratakan. Bakar dengan menggunakan api atas sahaja.
  11. Ulang 3 langkah terakhir sehingga aduanan habis. Selang – seli diantara warna adunan.
  12. Selepas lapisan terakhir masak, tutup permukaan tin pembakar dengan kertas aluminium. Bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit.

Selamat mencuba…

Whip potato and chicken gravy

Setiap kali ke KFC, salah satu makanan yang pasti dalam menu ialah whip potato. Kebetulan semalam lepas lunch, saya berjumpa dengan satu satu kedai yang menjual barang-barang membuat kek. Salah satu dari perkara yang saya jumpa dikedai tersebut adalah potato flakes yang digunakan dalam whip potato.

IMG_0258

After 5 minit

IMG_0259

Berikut adalah resepi yang diberikan kepada saya (so that next time tahu nak cari kat mana)

  • 100 grm potato flakes
  • 350 ml air
  • 200 ml susu cair
  • sedikit garam

Campurkan semua ingredients dan kacau. Tak sampai pun 5 minit dah siap – wow ini baru betul instant. Cuma saya campurkan air, susu dan garam serta panaskan dulu dalam microwave untuk 2 minit supaya whip potato to panas sikit.

Gravy

  • 50 gram chicken gravy powder
  • 350 air (resepi asal letak 250 tapi saya rasa pekat )
  • sedikit sos BBQ dan 2 sudu kicap (tiada dalam resepi asal, saya tambah untuk perisa dan presentation)

Mix semua bahan dan masak dengan api sederhana sambil dikacau untuk mengelakkan ianya berketul..

Total price about RM5:00, masa buat dalam 10 minit, sedap atau tidak –> tiada baki and Haqim makan sampai 2 mangkuk so okaylah tu…