Friday, April 3, 2009

Malam SISKOM Jan 2009


Atas jemputan pelajar bahagian 2 dan bahagian 5 (walaupun tiada kad jemputan) saya menghadiri majlis makan malam SISKOM malam tadi. Tahniah kepada pelajar bahagian 3 yang mampu mengendalikan program tersebut.

Malam tadi , saya teringat satu masa dulu, apabila majlis makan malam begitu meriah dengan kehadiran dekan yang disambut dengan paluan kompang, bunga manggar, silat dan bunga rampai. Saya masih ingat, majlis makan malam SISKOM adalah malam kemuncak dimana pelajar DCS menunjukkan bakat mereka terutamanya dalam persembahan multimedia. Begitu juga di majlis itulah hadiah pertandingan seperti pertandingan pengaturcaraan, multimedia dan laman web diberikan kepada pemenang. Instead of prince and princess of the night, dimalam itu, pelajar yang memberikan khidmat dan jasa serta pelajar terbaik akademik dihargai dan diberi perhormatan. Di majlis itu juga pensyarah-pensyarah yang mengajar program DCS termasuk pensyarah BEL, CITU dan MAT di hargai.

Majlis makan malam sebenarnya menggambarkan kualiti sesuatu program kepada pihak pengurusan. Ia menunjukkan bagaimana sesuatu program bersatu hati dan menunjukkan kreativiti mereka sabagai satu pasukan. Saya nak mohon maaf dari pelajar-pelajar yang bertungkus lumus malam tadi, tetapi dah terlanjur kita penat mengendalikan majlis, biarlah ianya memberikan makna tertentu. Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dimajlis tersebut -


  • Alangkah baiknya sekiranya setiap persembahan yang akan dipersembahkan ada tujuan kenapa ianya dipersembahkan dan please tolonglah buat latihan

  • Malunya apabila VIP datang tiada yang menyambutnya

  • Hormatilah majlis terutamanya apabila VIP berucap. Amat tidak comel apabila VIP berucap ada yang sibuk posing untuk ambil gambar.

  • Kenapa temanya hanya dilimitkan kepada pakaian sahaja? Dimanakah identiti pelajar Sains Komputer?

Saya agak hairan juga kenapa ya majlis yang besar itu mesti dikelolakan oleh pelajar bahagian 3 sahaja? Mungkin untuk semester depan sekiranya majlis ini digabungkan dengan pelajar bachelor pastinya program ini akan lebih meriah dan ummmp dari malam tadi.


So...my part two students - nak terima cabaran saya untuk melakukan satu TRANSFOMASI next semester, other wise , rasanya macam tak worth and terseksa pulak spending 3 hours di dewan tersebut... Ke guana...

0 comments:

Post a Comment