Hari ini, bersama dengan Kak Mi, Kami ke Tati untuk berkongsi pengalaman gerakan kualiti dengan AJK dan staf di Kolej Universiti TATI (TATIUC). Rasa terharu kerana kami diberikan kesempatan untuk berkongsi pengalaman yang sedikit ni bersama mereka. Pengalaman ini sebenarnya memberi peluang kepada kami untuk reflect apa yang telah kami lalui dari tahun 2001 dimana pada masa itu, gerakan kualiti ISO dimulakan. Banyak perkara pahit dan manis yang kami lalui. Kami melihat bagaimana diri kami dan UiTM Terengganu berubah dari segi kualiti pada masa itu dan sekarang. Sebagai mereka yang menggerakkanya, pastilah kami merasa bangga kerana telah sedikit sebanyak dapat menyumbang tenaga dan idea disepanjang perjalanan tersebut dan kini kami meninggalkan Unit Kualiti dan Unit ILQaM dengan rasa bangga dan gembira diatas apa yang kami telah hasilkan sepanjang kami berada disana.
Terima kasih En Zainudin, ketua unit kualiti TATIUC kerana memberi kesempatan kepada kami untuk meninjau kembali apa yang telah kami lalui di Unit Pengurusan Kualiti (Q) UiTMT
0 comments:
Post a Comment