Tuesday, September 26, 2017

Muffin Pisang

Resepi ini saya ambil dari whatsApp Group Roti Shida Zul. Best group ni macam-macam resepi dan tips yang saya pelajari. Salah satu darinya adalah resepi ini yang senang nak buat dan cepat. Sedap, lembut dan gebu muffin ni walaupun rupanya tak comel ye Smile.

muffinPisang

Bahan-bahan

12 biji       24 biji

2 biji         4 biji  pisang berangan dilecek
1 biji         2 biji   Telur
1/4 cwn    1/2 cwn  Minyak Jagung
1/4 cwn    1/2 cwn  gula perang
1/4 sb       1/2 sb  esen vanilla
1/4 st         1/2 st  garam
1/2 cwn     1 cwn  coklat chip
1/4 cwn     1/2 cwn almod (ketuk-ketuk sikit)

Kaedah:

1) Panaskan oven – 170 degree
2) Ambil sedikit tepung dan gaul dengan coklat chip
3) Masuk semua bahan kecuali coklat chip dan almond bermula dengan bahan cecair dalam blender. Blend sehingga sebati. Keluarkan masukk dalam jug
4) Masukkan choklat chip dan almond. Gaul sebati
5) Masukkan dalam bekas muffin
6) Bakar dalam 15 minit – sehingga masak.

Saturday, September 23, 2017

Pokok-pokok Baru

BN1BN2

BN01 dan BN 02

bpIG

Black Portugal dan Inca Gold

iraqi06NP02

Iraqi 06 and NP

nrgronnesibelang

Negronne and Panache


VDS02

VDS

Pokok sayur

sayur

Anak sayur ini dibeli dipasar tani di Masjid Intan Zaharah. Anak terung panjang, anak chili panjang dan anak pokok bendeh Smile

Friday, September 22, 2017

Keratan dari Fig Sham Fertigasi

Walaupun success rate tanam keratan agak rendah, tapi keseronokan melihat pokok yang hidup dari tut mengujakan saya. Bulan ini 30 keratan dari Fig Sham Fertigasi ini disemai Smile Rasanya yang last dah ni untuk tahun ini sebab dah mula musim hujan Smile

box1box2box3

Dalam box 2 ada beberapa keratan yang telah berdaun. Hopefully semuanya survive nanti. In a few days kita ambil gambar ye.

22/09 – ada 2 cutting telah diselamatkan – berkulat sewaktu rooting. Which one tak tahu sebab tak keep track nombor. Kita tengok yang success jelah nanti Smile..

cutting3.

Keratan ini sampai ke tangan saya pada 12 hb September. Tak sempat nak tanam so buat rooting je dulu. Hari ini baru sempat tanam. In view of musim hujan sudah bermula, suspense nak tanam peram takut kulat. So kali ni nak eksperiment -

1) rasa macam nak combine terus hardening proses supaya tak payah nak transfer dari cup ke polybag. Media yang digunakan – tanah dari peladang (mengandungi tanam liat + arang dari buah kelapa sawit bakar dan cocopeat) serta sekam bakar. Towards the end, pakai je tanah yang disediakan untuk tanam pokok tin (dah tak larat nak bancuh). Ada dekat 40 keratan termasuk keratan dari cabutan bertuah – Blue Giant dan TGF (Yellow) yang Aina beri. Tanam terus dalam polybag sampai besar dan sesuai untuk ditanam didalam pasu. Kurang satu step, mengurangkan kebarangkalian akar putus bila transfer dari cup ke polybag dan mengurangkan stress pokok.

2) Nak tanam open (polybag akan dibungkus pada bulan pertama untuk mengelakkan dari gnat). Tanam open untuk mengelakkan daun ‘terbakar’ bila dikeluarkan dari ‘bilik peramam’.

Nanti kita lihat success rate teknik ini pula.

Buah Tin–Verdino

Satu lagi buah dalam kategori kecil tapi sedap. Manis, worth tunggu lama untuk mendapatkan buahnya. Buah kedua nampaknya besar may be lebih dari 25 gram. Buah masak hijau kemerahan, isinya warna merah. Cuma pokok ini tidak berbuah lebat seperti Flanders, Red Saudi atau Holgin. Boleh tut pokok ni.

verdino

Monday, September 11, 2017

Buah Tin–Holgin

Salah satu buah yang saya suka dan akan ditut untuk memperbanyakkan pokok. Buah sederhana besar dan manis. Pokok juga cepat berbuah dan berbuah lebat.

holgin

Tuesday, September 5, 2017

Anak pokok yang dialih pada 3 September

sept3

IncaGold, BP dan Rimadi dialih ke dalam polybag yang lebih besar. At last tut B1101 telah berakar dan dialih kedalam polybag hari ini.

Ehm dari 24 keratan yang ditanam last time hanya 7 sahaja yang menjadi. Kena cari kaedah tanaman cutting yang lebih baik Smile.