Sunday, May 28, 2017

Buah Tin–Black Genoa

Black Genoa berbuah merah pekat dan besar. Kebetulan buah ini masak sekali dengan White Genoa. Pokok senang berbuah. Isinya sedap berbanding dengan white genoa. Salah satu variasi yang akan ditambah bilangannya di laman tin saya. Selain dari buah yang besar, rasanya juga sedap.Gambar terakhir adalah perbandingan diantara Black Genoa dan White Genoa.

blackgenoa

Buah Tin–BTM 6

Variasi yang biasa-biasa tapi buahnya sedap. BTM6 atau Brown Turkey Matsui 6 ini katanya berasal dari Jepun. Katanya ia adalah variasi dari pokok Brown Turkey dan Masui Dauphine. Buah yang masak ranum bewarna merah gelap ke ungu. Ini adalah jenis yang biasa dicadangkan kepada mereka yang baru berjinak dengan penanaman pokok tin. Pokok ini agak mudah untuk membesar walaubagaimana pun daunnya agak sensitif dengan air hujan dan senang kena karat daun. Variasi biasa tetapi sedap dan saya suka.
btm6

Sunday, May 21, 2017

T105–Victoria-01

Pernah cuba tanam keratan victoria sebanyak 2 kali, kedua-dua tidak berjaya. Zura beri sulur pokok ini yang dicantumkan dengan anak Black Jack. Alhamdulillah ada sinar kehidupan.

victoria 3

17/5/2017 – pokok dialih ke pasu besar sempena ulang tahun kelahiran semoga ianya hidup bagai juara di laman dMelati. Terima kasih Zura..

victoria 2

Diantara buah-buah victoria yang digoogle – Seems like buahnya tidaklah begitu besar – buah hitam lagi

victoria 4victoria 5

Buah Victoria dari laman Facebook Jasmani Puteh.

victoria

Friday, May 19, 2017

Laman Tin D’Melati–20 hb Mei 2017

laman5

Penyambut tetamu Smile

laman1

Di tepi Rumah – Dah macam pokok limau sewaktu CNY cuma bezanya sampul buah warna putih instead of merah Smile

laman2

Belakang rumah

laman3

Belakang rumah

laman4

Belakang dapur

laman6

 

pasu3

Yang baru …

Tanam pokok tin–My Way– Baja Foliar

Setiap hari jumat pagi saya, saya akan sembor baja foliar berikut ke pokok-pokok saya.

foliar

Semua baja ini dilarutkan dalam bekas 10 liter dan digunakan untuk 2 minggu. Kenapa 10 liter sebab baja dalam pakej hijau itu adalah untuk 19 liter air. So saya bahagi dua setiap paket.Chitosan –> 10 ml dan 4 sudu baja tambahan yang k tinggi tu..

Alhamdulillah selepas menggunakan foliar ini pokok-pokok mula berbuah.. Terima kasih sifu-sifu yang memperkenalkan baja-baja ini kepada saya.

Tanam pokok tin–My Way– Baja Pokok

Selain dari media ramai yang bertanya bagaimana saya membaja pokok-pokok tin saya. Lain figgers lain cara mereka membaja – So ini cara saya ye. Yang penting membaja mengikut jadual. (Thank you sifu Aziz yang memberikan tip tersebut.

Hari Baja
Ahad AB/Mol/PSB/Epson Salt (once a month)
Isnin Siraman biasa
Selasa Pokok Muda - Attia / baja hijau (Yara) untuk pokok muda / baja kopi,
Pokok Berbuah - Novatech/baja merah (Yara) untuk pokok berbuah
Rabu Siraman biasa
Khamis

HAFA + AB (Untuk pokok yang belum berbuah)
AB untuk pokok yang telah berbuah. Memberi HAFA kepada pokok yang berbuah akan mempercepatkan buah masak tetapi buah akan rasa tawar.

Jumaat Foliar
Sabtu Pokok Muda - Attia / baja hijau (Yara) untuk pokok muda / baja kopi,
Pokok Berbuah - Novatech/baja merah (Yara) untuk pokok berbuah

Selain dari Attia, baja-baja lain dicampur dalam air siraman untuk disiram waktu pagi. Disebalah petang kebiasaannya tiada baja dicampurkan dalam air siraman.

Kenapa hari Isnin dan Rabu tiada baja –> Tanah memerlukan beberapa hari untuk flush semua saki baki baja sebelum hari tersebut.

Tanam pokok tin–My Way–Media Tanaman

Ramai yang bertanya apa media yang saya gunakan untuk menanam pokok-pokok tin. Sukar untuk saya menjawab soalan ini kerana saya menggunakan beberapa bahan sewaktu mengaul media tanaman. Ini adalah media tanaman saya – Tanah dari 3 nurseri Smileyang terdapat diDungun.

tanah

Plastik pertama (yang besar) dibeli dari Kedai Peladang (Belakang Pasar Dungun). Tanah ini ada top soil dan arang dari buah kelapa sawit. Tanah ni RM2.50 satu, Tanah kedua (yang dibunjut) saya beli dari RM nurseri 5 bekas RM10.00 Tanah ini tiada top soil.  Tanah ini adalah campuran cocopeat, arang yang dihancurkan dll. Katanya 5 dalam satu tapi ianya agak halus sebab itu saya perlukan tanah dari peladang dan tanah merah. Tanah merah dibeli dari nuseri Kak Mah RM4.50 satu. Ianya adalah batu-batu kecil yang hancur sewaktu bata dibakar. Tanah ini perlu untuk membuatkan media tidak menakung air. Yang perlu media yang digunakan tidak menahan air. Penggunaan top soil dan tanah merah yang banyak akan menyebabkan tanah keras selepas beberapa bulan. So untuk sekali bancuh saya gunakan 1.5 plastik tanah merah bakar ini. Tip – Beli tanah merah bakar di nuseri di Kuantan harganya RM2.00 satu.

1)Tanah top soil (Peladang) –> RM7.50;
2)Tanah dari RM nuseri   --> RM10.00;
3)Tanah merah bakar   --> RM6.00

Total – RM23.50 untuk 2 pasu diy.

Selain itu ini adalah bahan tambahan
4) kapur pertanian –> 2 mangkok
5) the rock – tanah gunung berapi – 2 genggam
6) sekam bakar (jika ada) dalam 3 mangkok

rock

Tanah perlu digaul sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum digunakan. Paling baik tanah dibiarkan berhujan dan berpanas selama 3 bulan sebelum digunakan (ini sifu beritahu). Tapi saya tak pernah lagi sempat simpan tanah 3 bulan Smile. Paling lama 3 minggu Smile.

Selalunya jika saya mahu menggunakannya tanah dalam 2 minggu, selepas digaul saya siram air + sedikit melathion (racun serangga) bagi memastikan gnat telah mati sebelum ditanam dengan anak pokok.

Tanam pokok tin–My Way–isu pasu

Ramai yang bertanya  tak guna pasu tembikar? kalau guna pasu kecil ok ke tidak, kalau tanam kat tanah ok ke tidak etc.. So di laman ini saya jelaskan apa yang saya guna sewaktu menanam pokok tin berdasarkan pengalaman saya menanam dan mendapat ilmu-ilmu dari sifu-sifu yang saya dapat. Bare in mind saya bukan seorang yang ahli dalam penanaman pokok. Cara saya adalah berdasarkan kepada bahan-bahan yang saya senang dapat diDungun.

Saya guna pasu plastik 17 in yang dijual di DIY. Yang RM11.50 satu tu Smile. Kenapa tak guna bakul? sebab bakul hitam tu susah nak dapat kat Dungun. Bakul besar yang ada RM30.00 way to expensive for me.

pasu3

Kenapa tak pakai pasu tembikar yang tanam bunga kertas? Pasu tembikar hanya ada 2-3 lubang dibawah yang menyebabkan aliran air tidak begitu baik. Beberapa pokok saya mati kerana air yang banyak dimedia. Kalau nak guna pasu tembikar cadangan saya pecahkan bahagian bawah dan tutup dengan lapisan dawai hijau tu untuk memudahkan aliran air.

Kenapa tak tanam kat tanah? Saya cuba tanam 2 pokok Black Jack di tanah, tapi dah setahun pokok tak berbuah sedangkan Black Jack adalah varieti yang paling senang berbuah. Mungkin tanah di kawasan rumah saya tidak sesuai untuk pokok tin. On top of that, saya tak ada banyak kawasan tanah dirumah Smile.

Saya dah cuba tanam dalam plastic hitam dan bekas putih (bekas cat ) yang besar tu dan pasu yang kecil –> pokok tidak berbuah atau pertumbuhannya terhenti selepas beberapa bulan Mungkin tanah dalam pasu-pasu tersebut kurang dari dalam pasu 17”.

Sebelum saya gaul tanah, saya buat lubang tambahan di bahagian tepi dan bawah pasu DIY bagi memudahkan aliran air keluar. Ini Sifu Saiful dan Pok Nik yang cadangkan. Mereka guna gril tapi saya cuba guna gril tak ok.

pasu1pasu2 

So saya guna alat ini. Yap beli kat DIY juga.

penebok

Cuma kena careful bila guna alat ini sebab eletric senang overload and alat boleh rosak. Ini adalah alat yang ke ketiga in one year Smile. So bila guna alat ni kena work faster and after every pasu kena off dulu eletriknya. Lupa nak beritahu, beli yang matanya besar sikit supaya lubang itu besar.

Thursday, May 18, 2017

Penjagaan Akar Pokok Tin

Saya perasan pokok tin tiada akar tunjang. Akarnya seperti pokok kelapa yang sentiasa berkembang untuk mendapatkan nutrien.Akar akar nya yang berkeliaran keatas untuk mendapatkan nutrien menunjukkan pokok adalah sihat.

tanah1tanah2

Akar-akar inilah yang menunjukkan yang pokok-pokok ini sihat. So I learn, masa mula-mula tanam, pasu hanya diisi 2/3 penuh dengan tanah. Tanah ini ditanmbah sedikit demi sedikit apabila akar-akar putih ini kelihatan dan saksikan pokok membesar dan berbuah dengan baik…

Tanda-tanda kehidupan

victoria

Grafting sulur Victoria yang dicantumkan kepada pokok BTM6. Apa yang saya boleh kata – Subhanallah. Semoga ianya terus hidup dengan baik di Laman Melati.

Monday, May 15, 2017

Buah Tin–Red Saudi

Alhamdulillah merasa juga saya buah dari pokok ini. Buah warna merah menawan, sedap dan manis. Pokok rajin berbuah dan salah satu dari buah yang menjadi kegemaran saya. Buah sederhana dalam 40 g. Isinya menawan dan membezakan diantara buah ini dan Bo Ji Hong. A must untuk mereka yang menanam untuk makan buah yang sedap.
RedSaudi

Sunday, May 14, 2017

Tut – Sulur pokok dan dahan

Saya sayang nak buang sulur-sulur pokok. Kalau tak dibuang, pokok akan terbantut dan tidak berbuah atau berbuah kecil. Nak buat tut biasa dahannya masih kecil. Saya terbaca ada seorang figgers yang menggunakan tut cawan bagi tut sulur-sulur pokok. So pagi ni saya buat seperti yang beliau cadangkan Smile. 10 sulur pokok ditut dengan menggunakan cawan. Sulur di kelar-kelar dan disapu dengan penggalak akar sebelum di letak dalam cawan. Cawan diisi dengan media tut – sekam bakar + tanah 6 in 1 + the rock Smile

photo_2017-06-01_21-41-41

Alhamdulillah 5 tut gelas + 2 tut biasa telah berakar dan ditanam.

1noid2BM

3Meliya4Conadria

5Wuhan6Tulca

7BJH8Brunswick

9DawLowldatut

Kalau menjadi semua Alhamdulillah ada backup pokok….

  1. No ID -cut
  2. Black Mission – cut
  3. Mei Li ya - cut
  4. Conadria - cut
  5. Wuhan
  6. Tulca
  7. BJH - cut
  8. Brunswick
  9. Daw Low
  10. LDA

Sempat juga tut beberapa pokok untuk dijadikan anak pokok supaya tidak terlalu banyak dahan dalam satu pokok

  1. Sultanae
  2. Green Jordan
  3. Lisa - cut

tut1tut2

tut3tut4