Friday, November 18, 2016

Semaian keratan En Jambul

Kali ni keratan yang matang saya gunakan cara hidroponik sementara yang masih muda saya gunakan teknik biasa dengan media separuh cocopeat separuh peat moss + perlite. Pengalaman mengajar, rumah saya banya agas so better tutup atasnya dengan perlite Smile. Rasanya sehari dua lagi nak sembur dengan air minyak kayu putih pulak. Katanya berkesan untuk elakkan gnat. Hopefully semuanya hidup dengan subur di Laman D’Melati. Ameen.

IMG_1775

Keratan ini tiba pada 16/11/2016. Keratan Doree, Black Mission, Sicily Red dan Texas Everbearing. Keratan di beli dari seller yang hanya mahu dikenali sebagai En Jambul dari group whatsApp Pokok Tin Paragon 202. Keratan melalui proses rooting selama 2 malam. Ingat nak tanam esok tapi atas sebab-sebab tertentu buat petang tadi (18/11/2016) takut esok tak sempat Terima kasih En Jambul yang beri 2 keratan percuma.

IMG_1608

0 comments:

Post a Comment