Thursday, November 28, 2013

Perjalanan Phd -Satu tinjauan ke belakang.

Saya terasa seperti bermimpi. Begitulah jawapan saya kepada mereka yang bertanya bagaimana perasaan selepas menamatkan pengajian. Rasa macam tak percaya, 4hb Oct saya viva, 14 hb Oct hantar  tesis dan 26hb convo. Nampak bagaikan express rakyat tapi sebenarnya banyak aktiviti yang perlu saya lalui. Alhamdulillah, Allah permudahkan aktiviti-aktiviti phd saya bermula dari menghadiri viva sehingga ke tamat pengajian. Selepas 4 tahun saya kini boleh menarik nafas lega. Saya kira saya bukanlah calon yang terbaik untuk berkongsi pengalaman bagaimana untuk menamatkan pengajian Phd. Bagi yang bertanya inilah jawapan saya.

1) Perjalanan phd adalah perjalanan yang berbeza dari satu calon dengan calon yang lain. Mereka yang mengambil pengajian phd dalam bidang komputer berbeza pengalamannya dengan mereka yang mengambil phd dalam bidang social science atau dalam bidang kejuruteraan atau dalam bidang bahasa. Janganlah dibandingkan pengalaman diantara seorang penerima phd dengan yang lain.

2) Alhamdulillah tuhan permudahkan aktiviti aktiviti diakhir perjalanan. Doa siapa atau yang mana yang dimakbulkan tuhan diluar kemampuan saya untuk berfikir. Doa saya dari sebelum memulakan phd setiap kali lepas sembahyang adalah agar Allah permudahkan perjalanan saya. Saya bertuah kerana saya kira itu jugalah doa suami yang mengiringi saya disepanjang perjalanan.mungkin juga doa emak yang setiap kali saya beritahu akan ke Shah Alam mendoakan keselamatan kami dan mendoakan semoga saya lepas habis belajar. Doakan mama mudah habis belajar juga saya pesan pada haqim setiap kali beliau beritahu ada qiam disekolah. Perjalanan saya juga diiringi oleh doa dari penyelia penyelia saya, rakan seperjuangan, saudara mara, rakan rakan dan pelajar pelajar saya. Begitu ramai insan yg terlibat dalam mendoakan kejayaan ini. Terima kasih semua begitulah perjalanan ini meninggalkan kesan kepada insan insan yang berada disekeliling kita. 

3) Alhamdulillah saya bertemu dengan 3 insan yang banyak memberi tunjuk ajar, yang mendengar serta bersama sama saya disepanjang perjalanan ini. Terima kasih Prof Dr Abdul Razak yang memberi pendapat dan tunjuk arah serta yang menarik saya kembali ke track yang sebenar apabila saya tersasar. Terima kasih PM Dr Mazidah, rakan yang sentiasa mendengar dan memberi perangsang untuk saya maju kehadapan, penyelia yang menyediakan dana penyelidikan bagi membolehkan saya membentang kertas kerja sehingga ke London dan menghantar journal. Terima kasih Dr Muhammad Zakree yang memberi cadangan idea dan semangat untuk saya kehadapan. Mereka merupakan pembentuk dan pewarna perjalana saya. Tidak mungkin saya dapat membalas jasa mereka. Yap bagi saya peranan dan hubungan yng baik dengan supervisor amat perlu dalam perjalanan ini. Mereka tidak pernah menyatakan apa yang saya buat sebagai satu kesilapan tapi later saya akan faham  melalui komen komen dari ahli akademik yang menilai artikel yang dihantar. Mereka tidak pernah menghalang saya dari mencuba atau melakukan sesuatu aktivit tapi mereka iringinaktiviti saya dengan doa dan nasihat.Tidak munkin saya dapat membalas jasa mereka dengan wang ringgit tapi saya faham mereka mengharap agar saya dapat meneruskan perjuangan mereka mempertahankan agama dan memajukan bangsa dan negara di bumi bertuah ini. Dengan rendah diri terima kasih prof, maz dan mzan...

4) Saya juga bertuah apabila suami, emak dan anak merestui dan menyokong perjalanan saya. Selain doa, abah bersama setiap kali saya ke Shah Alam, ke UKM, berjumpa supervisor dimerata tempat, dan membentang kertas kerja didalam dan luar negara. In fact, kami menganbil kesempatan untuk bercuti bersama apabila perlu keluar negara. Abah juga yang mendengar keluh kesah saya, turun dan naiknya emosi saya disepanjang perjalanan. Memahami kenapa saya perlu menghadap komputer siang dan malam.  Bersabar apbila saya tak sempat nak kemas rumah atau memasak. Terima kasih sayang..

5) Faktor kewangan adalah satu lagi faktor yang banyak mempengaruhi perjalanan phd saya. Sumber kewangan diperlukan untuk membayar yuran pengajian, yuran menghadiri seminar, yuran penerbitan journal, perbelanjaan mengumpul data, duit peralatan bahan IT terutamanya toner pencetak, duit buku dan lain lain lagi. Banyak juga kewangan diperlukan untuk perjalanan berulang alik dari Dungun ke Ukm, ke tempat seminar, dan berjumpa penyelia yg kebiasaanya bukan diUKM. Alhamdulillah selain dari cuti belajar saya menerima biasiswa disamping bantuan dari geran penyelidikan Dr Mazidah. Terima kasih kepada pengurusan UiTM yang membenarkan saya cuti belajar bergaji, juga kepada pihakegara KPT yang memberikan biasiswa yang saya perlukan juga kepada MOSTI yang menyediakan geran penyelidikan melalui Dr Mazidah yang saya gunakan sepanjang pengajian saya. Terima kasih diatas sumbangan tersebut.

6) Saya pasti tidak akan tamat tampa disiplin, positive mind  dan persistant. Terima kasih pada emak dan ayah yang mendidik saya dengat nilai nilai ini. Sepanjang pengajian pelajar phd perlu untuk menyusun sendiri aktiviti mereka, menetapkan pencapaian tanpa 





0 comments:

Post a Comment