Comel tak? This wall hanging dibuat untuk homestay. Hari ni baru berkesempatan untuk frame. Abah kata nanti hilang letak kat homestay. Ehm tak decide lagi nak letak kat mana… suka 10X
Thursday, May 30, 2013
Selamat Pengantin Baru –Shamsul & Nina
Cantik kad jemputan.
Inilah pelan rumah pengantin yang complicated pernah saya lihat :)
Saya tertarik dengan majlis pernikahan dimana pengantin bukan setakat membaca taklik kepada si isteri tetapi juga membaca ikrar janji untuk menjaga isteri dan keluarga sebaik mungkin. Begitu juga pengantin perempuan yang bukan sahaja berjanji untuk setia kepada suami tetapi juga membacakan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa yang menjaganya dari saat dalam kandungan. Hampir menitis air mata mengenangkan keadaan emak . Bagusnya acara ini, seperti talkin yang dibacakan untuk mengingatkan kepada mereka yang menghantar aruah mengenai saat-saat kematian, begitu jugalah ikrar tersebut mengingatkan kepada semua yang hadir dimajlis tentang tanggungjawab suami dan isteri juga peranan mertua dalam hidup berumahtangga. Ehm curious, adakah % penceraian di Johor lebih rendah dari dari negeri-negeri lain yang rasanya tidak mengamalkan acara ini di majlis pernikahan… Terima kasih Samsul dan Nina kerana menyediakan rumah homestay yang amat besar untuk kami.
Kami dah sampai…
Ayah Da, Shamsul dan Mak Da
Akad Nikah
Ikrak janji
Eh eh anak siapa ni….
Hadiah untuk Samsul dan Nina
At last siap juga wall hanging ini. Cross stitchnya siap pada malam pernikahan Shamsul – 24/5/2013. It took me about 2 months to complete this piece. Most of them dijahit dalam perjalanan berulang alik dari Dungun ke Kemaman untuk melawat Haqim atau ke Shah Alam. Selamat Pengantin Baru, Selamat menjalani kehidupan berkeluarga. Semoga berkekalan ke akhir hayat.
Friday, May 17, 2013
Sunday, May 12, 2013
Homemade sweet bun
Dah lama dah beli buku untuk buat bun ni. At last hari ini baru ada mood nak buat :). Gambar tak secomel dalam buku tapi oklah for first timer (I guest) Yang bestnya bau masa bakar dari luar dah berbau. Hm..sedap untuk dimakan dengan BBQ chicken malam nanti, somehow ianya a bit ‘berat’ tapi sedap. For future references – this is how it is done. Resepi saya ambil dari buku Baking made Easy by Agnes Chang.
Bahan A
- 600g tepung roti
- 1 paket yis segera (resepi asal 11/2 ts yis)
- 100 gram gula halus
- 1 tsp bread improver
- 1 paket susu tepung (guna abah punya susu kambing :) ) (resepi asal 3tbsp serbuk susu )
- 1 biji telur
- 1/2 tsp garam
- 300 l air
Bahan B – 50 gm butter (saya guna buttercup, tak ada butter kat rumah)
Bahan C sedikit bijan dan sedikit butter yang telah dicair
Kaedah membuat
- Campur semua bahan A – Saya mula dengan tepung, yis , susu, gula, garam dan bread improver. Kacau rata. Buat lubang masukkan telur dan kacau lagi. Bubuh air sambil diuli sehingga lembut.
- Biar naik sedikit – saya biarkan 30 minit
- Gaulkan dengan bahan B, biar seketika – 10 minit
- Lenser bekas pembakar dengan butter
- Bahagi-bahagikan doh kepada bahagian kecil dan bulat-bulatkan. (Ianya sedikit melekit- mungkin doh saya tak cukup digaul atau pun terlebih air)
- Biarkan naik dalam 15 minit sementara menunggu ketuhar panas – 220 C.
- Taburkan bijan.
- Bakar 15-20 minit. Mine is cooked for 25 minutes. May be ketuhar saya tidak panas sangat masa doh dimasukkan. – Reminder by bloggers, jangan masak lama sangat nanti keras, so lepas 20 minit saya duduk depan dapur to make sure ianya garing sikit and terus keluarkan lepas 25 minit.
- sapu roti dengan butter cair.
Ehm.. sedap boleh buat lagi next time..
Thursday, May 9, 2013
PRU ke 13
Bagaikan pesta bendera di sekitar bandar Dungun. Inilah senario 5 tahun sekali. Seronok pulak tu..
Saya sudah mengundi…