Salah satu dari azam hari lahir yang lepas, adalah untuk mewujudkan perniagaan baju kurung anak-anak perempuan. Somehow, saya suka melihat anak-anak perempuan memakai baju kurung. Cute dan sopan sangat disamping melatih mereka menutup aurat. Bermula dari tarikh tersebut, secara sambilan, in between belajar, kemas rumah dan memasak, at least satu dua jam sehari saya menjahit baju-baju kurung anak-anak dalam 4 saiz. Sedikit sebanyak, aktiviti ini mengurangkan stress yang saya hadapi dalam menghabiskan PhD saya. Hopefully selepas tamat pengajian nanti, saya dapat mengembangkan business ini. Buat masa ini, biarkah aktiviti ini dilakukan untuk mengurangkan stress seharian dengan melihat baju-baju yang comel ini. Hari ini, dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim, saya mewujudkan laman Baju Kurung Putri. Semoga ianya akan mendatangkan barakah dalam hidup saya. Ameen….
Thursday, May 31, 2012
Tanda kasih sayang seorang ibu
Buah-buah pokok laici ini dibalut oleh emak bagi memastikan dalam masa sebulan kami dapat merasai buahnya yang manis dan sedap. Setiap pagi selama seminggu, diam-diam emak balut buahnya. Begitulah kasih sayang seorang ibu…..Terima kasih emak….
Sunday, May 20, 2012
happy 46 besday
Berikut adalah diantara ucapan yang saya terima dalam Facebook entry.
Betapa teknologi memudahkan kita untuk mengeratkan hubungan sesama yang lain bagi yang mengerti erti persahabatan.
Terima kasih semua. Hanya inilah yang dapat saya coretkan diatas semua ingatan tersebut..
Betapa teknologi memudahkan kita untuk mengeratkan hubungan sesama yang lain bagi yang mengerti erti persahabatan.
Terima kasih semua. Hanya inilah yang dapat saya coretkan diatas semua ingatan tersebut..
Tuesday, May 15, 2012
Hari Ibu
Kadangkala, saya ajak Haqim buat kraf untuk mengeluarkan the ‘soft’ side of himself. Untuk hari ibu, saya ajak Haqim buat kad untuk nenek. Hmm not bad, beria dia membantu and inilah hasilnya.
Sudah lama saya jahit cross stitch ni. Semoga emak suka dengan kad ini. Mug I love Mum accompany the card :). Sebagaimana biasa, pagi hari ibu, saya ada date dengan emak kat McDonald =D.
Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu diluar sana, sesungguhnya pengalaman sebagai seorang ibu adalah pengalaman yang amat bermakna dalam diri saya.
Sunday, May 13, 2012
gambar kolam
Untuk Mubin link to download gambar
https://docs.google.com/open?id=0B9bY_tZ2wHmGaGpJWkZMNlQycHM
Subscribe to:
Posts (Atom)