Sunday, February 21, 2010

Pengalaman Haqim naik FireFly

Haqim datang ke Shah Alam untuk naik Firefly masa cuti CNY baru ni. Berikut adalah gambar kenangan yang diambil oleh abah ..

IMG_0054

IMG_0055

IMG_0060

Best tak naik firefly..Dah lama Haqim tak naik kapalterbang….

Dan berikut adalah gambar di Subang airport

IMG_0596

Gambar cute anak mama

I cannot help it, feel like worth to keep this picture. geram tengok anak mama ni…

IMG_0041

Haqim di tahun 4

Selalunya mama akan ambil gambar Haqim disetiap awal tahun sewaktu bermulanya waktu persekolahan. Inilah gambar-gambar Haqim di awal tahun ini yang diambil oleh Abah. Dah besar dah anak mama…

IMG_0024

IMG_0025

IMG_0026

IMG_0028

Saturday, February 6, 2010

Telekong baru

Sesungguhnya Allah maha berkuasa dan maha mengetahui, saya bercadang untuk memberi telekong baru untuk ditinggalkan di UKM bagi memudahkan saya sembahyang sewaktu berada disana. Alhamdulillah dua minggu lepas, Kak Yah bawa sepasang telekong yang diberikan oleh Ita dan sebuah beg yang diberikan oleh Ni. Terima kasih, cantik telekong dan beg tersebut. Saya terharu

IMG_0578

Haqim ke Dentist?

Salah satu dari perkara yang sukar sekali ingin kami terapkan sebagai keperluan dalam diri Haqim ialah menjaga kebersihan gigi. Boleh bergaduh dengan dia untuk gosok gigi pagi dan malam. Gambar berikut diambil beberapa minggu lain sewaktu lawatan pertama Haqim ke Dentist kerana gigi taringnya bergoyang dan perlu dicabut untuk memberi laluan kepada gigi kekal. Saksikanlah suspens nya dia, tapi okaylah berani anak mama tak takut pun dengan dentist ni…

hqdenstist

hqdentist2

Haqim mungkin marah pada abah dan mama sekarang, tapi hopefully satu hari nanti anak mama ni akan berterima kasih kerana menjaga gigi Haqim feel_good

Few other new quilts

quilt0

Quilt ini dibeli oleh jiran emak untuk anaknya yang baru berusia dua bulan.

quilt1

I like the contrast of color in this quilt. Mom is still thinking who will be the owner of this colorful baby quilt.

 

 

 

 

quit3

Emak nak beri baby quilt ini untuk cucu barunya di Mersing. Saya suka warnanya yang terang and the best of all it is make from silk.

IESLTS Test

Salah satu dari syarat yang perlu saya penuhi sebagai penerima scholarship ialah lulus IELST walaupun saya belajar di Malaysia. So for the past one week, persediaan untuk menduduki peperiksaan ini mendapat priority yang tinggi dalam kehidupan seharian saya. So at last hari ini, selepas exam, terasa satu beban yang berat terlepas dari bahu saya. Terima kasih Hasiah kerana meminjam buku latihan IELTS ni.

IMG_0579

Dalam proses persediaan untuk menduduki exam tersebut, saya ada download beberapa bahan dari Internet termasuk sample test & answer and tips for the exam which I think help me a lot. Hubungi saya sekiranya ada yang berminat dengan bahan-bahan ini (dalam 350MB) , insyaallah saya beri. Beberapa laman yang saya cadangkan untuk persediaan test ini :

Hari ini (20/2/2010) saya terima result exam ini. Alhamdulillah okaylah berbaloilah belajar bagai nak rak untuk exam ni :)