Thursday, July 9, 2009

Minggu pertama kelas untuk sesi Julai – November 2009

Rasa macam baru sahaja cuti, semester baru datang lagi. Semester ini saya diberikan 3 kod – Dua adalah kod baru untuk pelajar bahagian 1- CSC118 (Algorithm) dan CSC128 (C++). dan satu lagi adalah CSC175. Yang menarik perhatian saya adalah kandungan kod CSC118 dan CSC128 sebenarnya berasal dari code CSC125 yang dipecahkan bagi memastikan pelajar memberikan perhatian juga kepada algorithm selain dari kod sahaja. Menarik juga apabila pengenalan kepada komputer yang sering diberikan kepada pelajar telah dimansuhkan (pelajar telah belajar di sekolah?). Kedua-dua kod  - CSC118 dan CSC128 amat berkait dan menjadi satu cabaran kepada saya bagaimana saya nak pastikan mereka tidak tersilap menjawab soalan nanti.

0 comments:

Post a Comment