Sunday, July 26, 2009

Triangle quilt

IMG_0788

IMG_0787

At last, the Triangle Quilt untuk emak ini siap juga. This is the my first patchwork yang menggunakan triangle sepenuhnya khusus untuk emak gantung di dinding rumah barunya nanti. Kenangan saya sewaktu buat quilt ini adalah pemilihan kain yang digunakan kerana pada mulanya emak tak begitu setuju dengan color scheme yang saya pilih, tapi bila dah siap emak begitu teruja sekali. In fact, I am thinking of creating another one for myself with a blue color scheme… Tapi kena siapkan cadar Haqim dulu……

Saturday, July 18, 2009

Another quilt for ?

IMG_0777Dari bulan lepas, emak asyik minta saya menyiapkan quilt ini sebelum Yati balik Hari Raya nanti. (Ti.. kalau tak balik raya, ada orang yang akan kecil hati..) Saya tak tahu siapa yang bertuah tu yang pastinya inilah satu-satu quilt yang 100% dijahit dengan tangan khusus untuk dijadikan kenangan oleh mak kepada anak cucunya. Rasanya macam inilah quilt yang paling besar yang pernah saya buat. Ehm.. Yati pujoklah mak moga-moga emak beri yang ni …

 

IMG_0775

Colourful Hawaiian Quilt

IMG_0781

At last quilt yang dimulakan untuk mengisi masa sewaktu menunggu abah menerima rawatan fisio, perkawinan Siti Nor (dah ada anak dah) dan yang terakhir sewaktu mengikuti abah ke Sarawak dapat disiapkan juga untuk diletak didinding rumah nanti. Kain yang berwarna warni tu sebenarnya diambil dari 3 helai seluar panjang yang saya beli khusus untuk quilt ini. Satu perkerjaan pula mencari kain hijau untuk menyiapkannya. I learn my lesson to complete a particular quilt before using the cloth for another pacthwork. Quilt ini disiapkan sewaktu menyaksikan konsert momorial Michael Jackson. Secara tidak lansung, quilt ini akan mengingatkan saya kepada Raja Pop ini..

IMG_0778

Sunday, July 12, 2009

Quality time di burger king

Somehow Haqim nak makan burger minggu ni. Dah pukul 6:30 apabila kami memulakan perjalanan ke Mesra Mall. ehm sekali sekala bersama famili berjalan waktu petang ni seronok juga. what a way to release tension.

IMG_0765

Nampak cerah pulak anak mama dalam gambar ni :), dengan rambut baru lagi…

IMG_0768

Mama nak juga abadikan gambar ini.. Cap dan baju diberikan oleh Pak Cik Dolah – Salah seorang bapa pelajar yang begitu mesra dengan abah. terima kasih.

IMG_0763

Blended Learning

Semalam (11/7/2009) saya menghadiri program perlaksanaan blended learning di UiTM Terengganu. Hmm ilearn kini telah bertambah baik dan access to the system juga bertambah laju. Seem like, kami boleh buat 1 hour tutorial melalui forum di i-learn.

So guys, we will venture into the use of i-learn this semester :)

Thanks to Dr Pouziah, Uztaz Mohd Nor dan En Azlan yang datang dari jauh untuk mengajar kami.

IMG_0769

Quilt untuk baby Hasiah

Tahniah dapat baby boy..

IMG_0699

P/s Sorry tak dapat pergi tengok baby, tiba-tiba tak sihat  - 16/7/09

Sungai Di Belakang UiTM

IMG_0723

Cannot believe it, rupanya dibelakang UiTM ada anak sungai yang menarik. Kak Mi ajak kami ke sungai tersebut bersama anak-anak. Walaupun kecil tapi cantik dan sejuknya airnya. Sayang sekali, student dah balik so tak dapatlah kami datang selalu disini. Anyway some of our memories there.

 

 

Datang untuk memenuhi permintaan Haqim, nak mandi sungai, end up semua masuk sekali dalam anak sungai tu. Begitu besar sekali anugerah Allah.

IMG_0736

IMG_0702

Pastinya gambar ini akan menjadi kenangan Haqim dan nenek. Tak sangka kecantikan alam ini berada dibelakang kampus sahaja…

IMG_0730

Sempat juga Haqim cari anak udang dan anak ikan….

Thursday, July 9, 2009

Minggu pertama kelas untuk sesi Julai – November 2009

Rasa macam baru sahaja cuti, semester baru datang lagi. Semester ini saya diberikan 3 kod – Dua adalah kod baru untuk pelajar bahagian 1- CSC118 (Algorithm) dan CSC128 (C++). dan satu lagi adalah CSC175. Yang menarik perhatian saya adalah kandungan kod CSC118 dan CSC128 sebenarnya berasal dari code CSC125 yang dipecahkan bagi memastikan pelajar memberikan perhatian juga kepada algorithm selain dari kod sahaja. Menarik juga apabila pengenalan kepada komputer yang sering diberikan kepada pelajar telah dimansuhkan (pelajar telah belajar di sekolah?). Kedua-dua kod  - CSC118 dan CSC128 amat berkait dan menjadi satu cabaran kepada saya bagaimana saya nak pastikan mereka tidak tersilap menjawab soalan nanti.