Monday, June 30, 2008

Team building di PNB Ilham resort PD



Hari ini saya dan Asri ke PD untuk menghadiri program team building yang dianjurkan oleh ilqam shah alam. Walaupun letih kerana menguruskan kursus KAP, saya luangkan juga masa untuk berkenalan dengan wakil wakil ilqam dari cawangan yang lain. Who knows I might need their help next time.


Cantik tempat ni, dan harga biliknya pun okay RM120 per room perday. Kalau dekat dengan Dungun, pasti tempat ini menjadi pilihan saya untuk buat program.

Sunday, June 29, 2008

Berakhirnya kursus KAP




At last Kurus Asas Pengajaran Jun 2008 yang diadakan di Dungun tiba ke penghujungnya. Sebagai penganjur, terasa begitu lega sekali apabila program ini berjalan tanpa sebarang masalah besar yang timbul. Masalah kecil-kecil tu biasalah. Rasanya baru semalam saya menanti mereka tiba, hari ini dah mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Secara peribadi, pengalaman mengendalikan program ini begitu bererti bagi saya. Banyak kenalan yang saya jumpa selain dari hubungan yang lebih akrab dengan pihak pengurusan iLQaM Shah Alam. Semoga program ini akan memberikan manafaat kepada semua pensyarah yang menyertainya.

Saturday, June 28, 2008

Haqim and chocolate chip cookies


Hari ini Haqim berhajat untuk makan chocolate chip cookies yang emaknya buat. So petang tadi kami pun pergilah mencari bahan-bahan untuk cookies tersebut. Lama dah tak bake any cookies. Suka tengok gelagat Haqim sementara tunggu cookies tersebut masak. 5 keping untuk dia sahaja. Berikut adalah resepinya so that next time saya boleh buat lagi :). Cookies anyone.

  • 125 gm butter
  • 1/2 packet choclate chips
  • 1 biji telor
  • 80 gm kacang walnut (di tumbok jangan sampai hancur, di bakar sewaktu memanaskan oven. Dikeluarkan sejurus sebelum dimasukkan dalam adunan (biar sejuk sikit)
  • 120 gm gula halus
  • sedikit vanila
  • 250 g tepung + serbuk penaik - ayak
Nak buat: Pukul butter + gula for about 5 minit, tambah telor, pukul lagi 1 minit. tambah tepung dan ratakan.Lastly masukkan choclate chip + kacang. bakar for 15 minit suhu 190.

Thursday, June 26, 2008

Being a creative lecturer

Salah satu sesi dalam Kursus Asas Pengajaran ialah Being a creative lecturer yang disampaikan oleh Madam Frances. Apa yang menarik perhatian saya bagaimana untuk mengaktifkan minda kanan pelajar sebelum kelas dimulakan melalui musik dan aktiviti seperti brain puzzle. Ehmm ada beberapa perkara yang kini berada dalam kepala saya untuk kelas CSC125..

Monday, June 23, 2008

Menyelaras program Kursus Asas Pengajaran 2008


2 hari yang memenatkan tapi penuh dengan pengalaman yang menarik. Hari ini adalah hari pertama Kursus Asas Pengajaran 2008 yang diadakan di Dungun. Seramai 120 orang pensyarah menyertai program ini. Sebagai co Host, memastikan segalanya berjalan lancar adalah satu cabaran. Bermula dengan memastikan setiap peserta mendapat tempat tinggal dan pengangkutan yang selesa sehinggalah memastikan makanan mereka sedia. Walaupun ada masalah here and there everything seems to be okay.


Selain dari itu, saya juga diberi peluang untuk menyampaikan ceramah Portfolio Pengajaran. Malam tadi tidur pukul 1:00 pagi untuk memastikan power point presentation is okay.

Seronok juga dapat pakai baju seragam bersama dengan Gee dan Sha.

Wednesday, June 18, 2008

Kursus Blog, Wiki dan Podcasting

Hari ini 2 kursus berjalan serentak iaitu Bengkel Penyelenggaraan Komputer dan Bengkel Blog, Wiki, Podcasting dan ExamView. Kesemua bengkel-bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan ICT dikalangan pensyarah. Perhatian saya tertumpu kepada Bengkel Blog, Wiki, Podcasting dan Exam View dimana saya mengajar penggunaan Wiki dan Podcasting. Ilmu yang dipelajari di UiA serta sedikit pengalaman saya gunakan untuk mengajar pensyarah-pensyarah yang lain. Terasa hilang penat menyediakan slide for the past two nights apabila melihat pensyarah-pensyarah begitu berminat untuk mendalami perkara yang diterangkan terutamanya apabila tiba gelaran untuk membuat postcast.

Majlis Penutup Program Team Building

Masa berjalan begitu cepat sekali. Hari ini saya begitu terharu sewaktu menghadiri majlis penutup Program Team Building di Telok Kalong Kemaman. Saya dapat saksikan terdapat perubahan dalam sikap mereka jika dibandingkan dengan sikap mereka dihari yang pertama. Harapan saya mereka akan mengamalkan sikap-sikap positif yang telah mereka pelajari dalam program ini.

Monday, June 16, 2008

Buat Soalan Final -

Salah satu dari tugas pensyarah ialah menyediakan soalan-soalan peperiksaan untuk final examination. Tugas yang nampak macam mudah tetapi mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Saya ditugaskan untuk membuat soalan peperiksaan CSC317 dan sebahagian dari CSC175. By pukul 4 belum 50% pun soalan CSC317 yang siap.. suspense juga ni..Rasanya malam ni lambat lagilah tidur.

Sunday, June 15, 2008

Bengkel Team Building


Dalam menghadiri Bengkel "Developement of Storyboard" saya juga memantau pergerakan Kursus Team Building bagi 40 orang staf yang diadakan di Pusat Pupuk Semangat di Kemaman. Program dikendalikan oleh One Stop Consultant yang diketuai oleh En. Engku Azli. Program yang berasaskan kepada 7 P yang membentuk peribadi profesionalisma seseorang staf.



Bengkel "Developement of a Storyboard "


Hari ini saya menghadiri bengkel "Developement of Storyboard" dari jam 9:00 ke 12:30 pagi. Bengkel dikendalikan oleh Dr Mona Masood dari Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia, USM. Bengkel yang amat menarik tapi sayangnya sambutan dari pensyarah terutamanya pensyarah Jabatan Sains Komputer tidak begitu memberansangkan. Walaubagaimanapun, Dr Mona telah berjaya mengurangkan masa kami sekiranya kami perlu mencari maklumat tersebut sendiri. Saya juga berjaya memujuk Syarifah Aini dan Aida untuk menghasilkan courseware about Research Development yang akan diedarkan kepada pensyarah baru.Tahniah kepada AJK Courseware yang telah berjaya menganjurkan program ini.

Saturday, June 14, 2008

Bunga Kemboja China






Kombinasi warna merah dan putih bunga Kemboja China sering menarik perhatian saya. Berikut adalah beberapa bunga yang kembang dirumah saya untuk tatapan semua.






Thursday, June 12, 2008

So You Want to Get a Phd

Hari ini saya membaca buku ini yang ditulis oleh Dr. Kamarul Zaman Ahmad seorang pensyarah UM yang mendapat Phd in Industrial Organizational Behaviour dari University of Manchester, UK. Buku ini menceritakan apa itu Phd dan proses-proses untuk mendapatkan penganugerahan tersebut. Kesimpulan yang saya dapat lakarkan
  • Belajarlah dengan niat untuk menambahkan ilmu dan pengalaman, bukan untuk mendapatkan gelaran Dr. semata-mata
  • Proses untuk mendapatkan phd bukan mudah tetapi tidak mustahil

A good book for newbies like me.

Wednesday, June 11, 2008

Majlis meraikan Mimi


Hari ini merupakan hari terakhir mimi yang akan memulakan tugasnya di UiTM Kampus Kuala Terengganu mulai minggu hadapan. Mimi merupakan salah seorang pegawai dokumen yang komited dengan tugasnya dan pasti akan dapat membantu pengurusan di Kampus Kuala Terengganu membaiki Sistem Pengurusan Kualiti disana. Untuk mimi, selamat Bertugas ditempat baru.

Tuesday, June 10, 2008

Links to information on teaching portfolio

Resources on teaching portfolio:




Preparing teaching portfolio




Examples:

Rakan-rakan di fakulti

Kesempatan bersama rakan-rakan difakulti menyedarkan saya telah lama saya tidak bersama-sama mereka seperti dahulu. Baru perasan yang Nazatul, Hasiah dan Nik sama-sama meminati siri The Oprah Show. Ehm.. boleh buat kelab gito... By the way for information Siri Dr Oz with the 300 men will be on air on Sunday 15th June. Looking forward untuk menghadiri hari Keluarga Jabatan Sains Komputer di Bukit Besi nanti.

Hari ini juga saya dimaklumkan untuk mengambil alih sesiPM Dr Asahari untuk memberi ceramah mengenai Teaching Portfolio pada 23 hb June dari 8:30 ke 10:30 pagi sewaktu program Kursus Asas Pengajaran nanti. Terasa terharu kerana diberikan kepercayaan oleh Dr Asahari untuk mengendalikan sesi tersebut.

Monday, June 9, 2008

Bengkel Internet Programming








.


Selepas 5 semester mengajar Internet programming, sudah tiba masanya untuk saya memindahkan kod tersebut kepada rakan-rakan yang lain untuk mengajarnya. So, hari ini dan esok diadakan bengkel HTML, JavaScript dan ASP selama 2 hari kepada pensyarah-pensyarah Sains Komputer. Turut hadir ialah Ratna, Marhani dan Rosli dari Machang. Walaupun letih juga menyediakan nota pengajaran sewaktu cuti last week tetapi seronok bila melihat rakan-rakan bersungguh-sungguh untuk mempelajari kandungannya sehingga petang.

Saturday, June 7, 2008

Kursus audit dalam


Pada 5 Jun yang lepas, saya telah dijemput untuk menjadi fasilitator program audit dalaman pensijilan ISO. Program ini telah mengingatkan saya kepada kursus yang sama yang telah saya hadiri lebihkurang 6 tahun yang lalu. Kursus ini telah mengubah persepsi saya terhadap penglibatan, sumbangan dan peranan saya kepada organisasi dengan lebih luas. Tugas seorang pegawai audit dalaman bukanlah untuk mencari kesalahan, tetapi memastikan proses yang perlu dilaksanakan telah dilaksanakan dengan baik untuk kebaikan bersama dan untuk memastikan UiTM Terengganu masih relevan dimasa hadapan. Selamat bertugas dan semoga berjaya kepada semua juruaudit-juruaudit dalaman yang baru dilantik.

Podcasting couse


Saya hadiri kursus "Podcasting a strategy for teaching and learning" di Fakulti Pendidikan, UIA hari ini bersama Hasiah dan Aida. Kursus selama 3 jam itu (9:00 hingga 12:00 tengahari) telah memberikan pendedahan yang begitu berguna mengenai penggunaan podcasting dalam pembelajaran. Terima kasih kepada Pn Ainol Haryati Ibrahim (ainol66@gmail.com) kerana memberikan pendedahan tersebut kepada kami. Insyallah, ilmu yang dipelajari akan dikongsi bersama dengan peserta bengkel blog, wiki and e-exam on 18 Jun nanti. Bagi memudahkan kami menghadiri kursus ini, kami tinggal di Selesa Resort, Bukit Tinggi (09-2330039). A nice place untuk buat mesyuarat berkumpulan. Sempat juga buat nota untuk bengkel minggu depan.

Wednesday, June 4, 2008

Seronoknya Cuti


At last, cuti selama 6 hari untuk tahun ini berakhir juga. Looking back, perkara yang paling menggembirakan saya sewaktu cuti ini adalah the time that I had spent dengan Haqim samada di tepi laut, dirumah atau pun sewaktu membawa dia kekedai. Kebanyakan rakan menyarankan agar saya enjoy the time with him sebab soon dia membesar dan berubah dan I'll miss that time. Other than that, master bedroom pun dah berwajah baru dan sink kat belakang rumah yang tertangguh sekian lama pun dapat disiapkan. There goes the money yang saya simpan untuk berjalan-jalan, tapi tak apalah, at least I gain something.

Basikal baru Haqim


Lately berat badan Haqim meningkat secara mendadak. minggu lepas timbang di Aneka, beratnya mencecah 33.2 kg. Mungkin terlalu banyak sangat tengok tv dan main komputer. So Abah ada misi baru untuk menurunkan berat badan haqim masa cuti semester ni. Salah satu kaedahnya adalah dengan membeli basikal baru. Cemas juga mama dibuatnya sebab bila ada basikal langkah dia lagi panjang.

Sunday, June 1, 2008

Oh..pembekal servis..

Mengambil peluang cuti seminggu, kami bercadang untuk membuat sedikit renovation yang telah lama kami rancang tapi tidak berkesempatan untuk membuatnya. Walaupun, kerja-kerja nya sedikit, pengalaman bersama pembekal-pembekal servis menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama.

Pembekal servis pertama memasang lantai kayu di bilik utama. Datang tepat pada masa, halus dalam pembuatan, menawarkan kepada kami untuk angkat barang dan mengemaskan bilik dengan baik selepas selesai tugas - 4.5 out of 5

Pembekal servis kedua memasang skirting siling kapor. Pekerjanya amat mahir, tapi susah nak angkat telefon, tidak menepati janji kecuali bila nak ambil duit :) , meninggalkan sisa kapor dilantai dan paling menyedihkan, sisa kapor dan siling kapor ditinggalkan diatas rumput mutiara yang berbulan saya menjaganya..- 2 out of 5

Pembekal servis ketiga mengecat siling dan skirting yang dipasang. Datang tepat pada masa, menawarkan servis tambahan dengan membeli cat, dan mengecat siling dan dinding lain.. - 4.5 out of 5

Pembekal servis keempat membuat singki diluar dapor untuk memudahkan saya menyiang dan membasuh ikan dan sayur. Datang lewat, datang sehari, hilangnya 3 hari. Tidak memaklumkan kepada kami keperluan.. - 2 out of 5

Kontraktor servis kelima - servis aircon di bilik utama. Very nice guys

Kesimpulannya mungkin boleh menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar saya yang menjalankan khidmat servis membekal komputer
  1. Jawaplah telefon anda dan berkomunikasilah dengan baik. Maklum kepada tuan rumah sekiranya anda tidak dapat datang pada masa yang telah ditetapkan.
  2. Bertanyalah kepada tuan rumah apabila anda perlu menggunakan alatan dirumah.
  3. Tidak meninggalkan sisa-sisa servis untuk dibersihkan oleh tuan rumah.
  4. Jangan merokok didalam rumah. Sekurang-kurangnya mintalah kebenaran terlebih dahulu.

Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan mengecat atau memasang lantai di bilik, hubungi kami, insyaallah kami tidak keberatan untuk recommend pembekal -pembekal perkhidmatan tersebut..