Sunday, June 1, 2008

Oh..pembekal servis..

Mengambil peluang cuti seminggu, kami bercadang untuk membuat sedikit renovation yang telah lama kami rancang tapi tidak berkesempatan untuk membuatnya. Walaupun, kerja-kerja nya sedikit, pengalaman bersama pembekal-pembekal servis menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama.

Pembekal servis pertama memasang lantai kayu di bilik utama. Datang tepat pada masa, halus dalam pembuatan, menawarkan kepada kami untuk angkat barang dan mengemaskan bilik dengan baik selepas selesai tugas - 4.5 out of 5

Pembekal servis kedua memasang skirting siling kapor. Pekerjanya amat mahir, tapi susah nak angkat telefon, tidak menepati janji kecuali bila nak ambil duit :) , meninggalkan sisa kapor dilantai dan paling menyedihkan, sisa kapor dan siling kapor ditinggalkan diatas rumput mutiara yang berbulan saya menjaganya..- 2 out of 5

Pembekal servis ketiga mengecat siling dan skirting yang dipasang. Datang tepat pada masa, menawarkan servis tambahan dengan membeli cat, dan mengecat siling dan dinding lain.. - 4.5 out of 5

Pembekal servis keempat membuat singki diluar dapor untuk memudahkan saya menyiang dan membasuh ikan dan sayur. Datang lewat, datang sehari, hilangnya 3 hari. Tidak memaklumkan kepada kami keperluan.. - 2 out of 5

Kontraktor servis kelima - servis aircon di bilik utama. Very nice guys

Kesimpulannya mungkin boleh menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar saya yang menjalankan khidmat servis membekal komputer
  1. Jawaplah telefon anda dan berkomunikasilah dengan baik. Maklum kepada tuan rumah sekiranya anda tidak dapat datang pada masa yang telah ditetapkan.
  2. Bertanyalah kepada tuan rumah apabila anda perlu menggunakan alatan dirumah.
  3. Tidak meninggalkan sisa-sisa servis untuk dibersihkan oleh tuan rumah.
  4. Jangan merokok didalam rumah. Sekurang-kurangnya mintalah kebenaran terlebih dahulu.

Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan mengecat atau memasang lantai di bilik, hubungi kami, insyaallah kami tidak keberatan untuk recommend pembekal -pembekal perkhidmatan tersebut..

0 comments:

Post a Comment