Friday, July 21, 2017

Buah Tin–Melanzana

Buah yang paling kecil dari kebun tin saya walaupun pokoknya tinggi dan daunnya besar. Mungkin ini adalah buah yang pertama so ianya agak kecil, kurang dari 20 gram. Pokok ini rajin berbuah. Ada buah disetiap tangkai daunnya. Hopefully buah-buah yang lain nanti besar buahnya: Walaupun kecil tapi buahnya sedap, manis dan berlemak.

MZ

Buah baru adalah lebih besar kini dah 33 gram.

melazana

Buah Tin–Longue-D’Aout(LDA)

Daun pokok ini diantara yang paling cantik dalam koleksi pokok pokok saya. Unfortunately pokok ini tidak berbuah banyak . Buah ini adalah buah yang pertama, buah sederhana besar, saya tak tahu nak describe color buah ni bila masak, lebih kepada hijau ada jalur-jalur perang. Sama warna seperti buah-buah LDA yang saya download . Walaupun rupanya tak berapa cantik tapi rasanya sedap, manis dan lemak. Worth having this variety. Boleh tut dan berusaha untuk ia berbuah lebih banyak .


LDA
p/s: Ada rakan-rakan dalam group whatsApp menyatakan yang LDA suppose to be lonjong.Tapi ada juga yang menyatakan LDA mereka bulat sebagaimana yang saya punya. Ehm.. kita tunggu buah-buah yang lain pulak.

Sunday, July 9, 2017

Buah Tin–No ID 01

Saya beli keratan pokok ini dari En Aku Toys. Katanya keratan dari oversea tapi tak ada id. Diantara pokok yang paling banyak buah. Saya rasa lebih dari 20 biji. Tetapi buah-buah yang awal semuanya jatuh sebelum masak. Selepas dalam 10 biji gugur, saya dah malas nak sampul tapi malas pulak nak buang. Lately, saya dapati buah yang masak mangkin besar dan kuning. Semalam dapat rasa buah dari pokok ini. Berbuah agak kecil dalam 20-30 gram sebijij. Mungkin buah awal so buahnya kecil sedikit tetapi isinya manis dan sedap. Boleh tut pokok ini bagi menggalakkan pertumbuhanya. Cuma masalah saya it keep on berbuah kat hujung tu dahan yang berbuah. Macamana nak tut? Ada dua dahan sahaja. Tunggujelah..

……………

No ID01

Paint marker

Salah satu masalah figgers adalah menanda variety pokok. Kebiasaanya figgers guna permanent marker atau liquid paper pada pasu atau bag hitam pokok atau penanda pokok. Berhujan dan berpanas, tag nama ini hilang dalam masa beberapa bulan. Dalam group Figgers di Facebook ada figger yang mencadangkan penggunaan paint marker. Semalam pergilah saya di beberapa hardware store untuk mencari paint marker. Di kebanyakan store, minta saya pergi ke kedai stationary, saya dah pergi ke tiga kedai stationary, depa tak pernah dengar pun paint marker. At last di kedai hardware yang ke lima saya jumpa marker ini :-

paint marker

Unfortunately hanya ada warna kuning saje. Okelah dari tak de. Satu petang tag kembali semua pasu dan anak-anak pokok tin saya. Tulisan besar-besar supaya dari jauh dah tahu variety apa  Smile. Contoh tagging – Ehm suka suka..

verdino

Bagi yang nak beli marker ini di Dungun, saya beli kat kedai hardware depan pasar malam hari isnin. Yap yang sebelah jalan U-turn tu..