Wednesday, June 28, 2017

Hari Raya Aidil Fitri 2017

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberi peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan dan menyambut 1 syawal pada tahun ini. Berikut adalah gambar kenangan sewaktu meraikan hari raya aidil fitri pada tahun ini. Tahun ni merah sedondon. Rasa macam tak percaya pulak abah nak pakai baju merah Smile.

Selamat Hari Raya semua Mohon maaf tersilap  kata tersalah bicara Smile.

rayaraya4raya2raya3raya5raya7raya6raya8raya9raya10raya11raya12raya13raya14raya15raya17raya18

raya16

Buah Tin–Black Jack

Pokok tin pertama saya adalah dari variati ini. Katanya ia senang berbuah dab buahnya juga sedap. Berbuah merah gelap apabila telah masak. Buah dalam gambar ini belum masak sepenuhnya tetapi rasanya manis. Bagi mereka yang baru berjinak dengan pokok tin, carilah variasi ini. Pokok ini cepat berbuah.

blackJack

Buah Tin - TGF

Variati biasa yang senang tumbuh dan berbuah. Variati ini kebiasaannya diperkenalkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan pokok tin. Buahnya juga tergolong dalam buah yang besar dan sedap. Saya suka buah pokok ini. Variati yang perlu ditanam oleh penanam pokok tin.

tgcollagef

Sunday, June 11, 2017

Buah Tin–French Purple

Varieti ini dicadangkan oleh rakan apabila kami berbincang mengenai buah yang sedap yang berwarna hitam. Buahnya agak kecil berbanding dengan pokoknya Smile, tapi sedap. Texture buahnya lain dari buah tin yang berwarna, kuning atau merah. Mungkin juga ia adalah buah pertama, so saiznya agak kecil.
French Purple

Buah Tin–Ipoh Blue Giant (IBG)

Variti yang kebiasaannya diperkenalkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan pokok tin kerana variasi ini cepat tumbuh dan berbuah. Tidak banyak kerenah menjaganya. Buahnya sederhana besar, masak dalam masa 2 bulan lebih sikit. Selain itu rasanya juga sedap. Ini adalah diantara variati pokok tin yang awal-awal ditanam di Ipoh. IBG adalah nama yang diberikan oleh penanam pertamanya Madam Yong.

IBG

Buah Tin–Black Mission

Ini adalah buah dari pokok tin yang dilabel sebagai Black Mission sewaktu saya membelinya. Pokok rajin berbuah dengan buah yang sederhana besar. Luarnya instead of black bewarna merah gelab apabila masa. Rasanya juga manis, berlemak dan sedap. Boleh dibiakkan pokok ni.
BlackMission

Tuesday, June 6, 2017

Buah Tin–B1011

Saya selalau confius dengan label buah ni, B1011 atau B1101? Lepas semak balik dengan Cikgu Kozu it is B1011. Buah warna hijau kekuningan yang juga sukar ditentukan dah masak ke belum sehingga ianya merekah. Bersaiz sederhana, sedap buahnya dan kurang manis. Dalam gambar ini tiada daun sebab hampir semua daunnya kena karat daun. Yap ini adalah pokok yang tidak tahan hujan dan paling senang kena karat daun. Pokok memerlukan perlindungan dari hujan.

b1101

Buah Tin – Conadria

Pokok ini cepat membesar dan berbuah. Buahnya juga banyak dan cepat masak. Buah nya berwarna hijau dan sukar untuk menentukan samada ia sudah masak atau belum. Bila nampak buahnya telah melentok that means dah boleh petik. Buahnya tidak besar sangat dan kurang manis berbanding dengan buah tin yang lain. Manis-manis buah seperti BJH dan B1011. Kalau nak tanam pokok yang cepat membesar dan berbuah dan merasa buahnya ini adalah pokok yang sesuai.

conadria

Buah Tin–Alma

Buah variti ini kecil berbanding dengan buah-buah tin yang biasa. Keistimewaan pokok ini, ia tidak berhenti berbuah dan cepat masak (kurang dari 3 bulan). Daunnya juga unik dan menegak keatas berbanding dengan daun pokok tin yang lain. Buahnya pada saya sedap, bermadu sebab tangan rasa melekit bila pegang buah yang masak ranum ni. Satu lagi variti untuk mereka yang baru berjinak dengan tin.

alma

Buah Tin–Flanders

Walaupun rupa buah ini tidak begitu menarik, tapi rasa buah ini bagi saya sedap dan manis. Diantara pokok yang saya cadangkan kepada mereka yang baru berjinak dengan pokok tin. Pokok ini tinggi lampai, berbuah disetiap tangkai daun. Nak tut pun sayang sebab dia berbuah tanpa henti Smile. Saiz buahnya agak besar, puas makan. Ada yang tidak muat dalam sampul buah. Pokok yang lasak lebih kurang pokok Iraqi. Tahan berpanas dan berhujan. Selain Iraqi ini adalah pokok yang saya cadangkan kepada newbies. Saya ada dua-dua pokok yang dilabel sebagai Flanders dan Purple Jordan. At last semalam ada buah Purple Jordan yang masak. Saya rasa sama je variety Purple Jordan dan Flanders ni. Daun dan buahnya serupa. Benarlah kata sifu yang Flanders adalah nama lain bagi Purple Jordan. Yang pasti kedua-dua variety buah sedap.
flanders

Satu lagi buah Flanders yang saya terpaksa koyakkan sampulnya sebab tak boleh keluar. Besar buahnya..

big flanders

Buah tin untuk iftar hari ke 10

Alhamdulillah hari ini buah dari pokok Flanders, alma, B1011 dan conadria

buahiftar10

Sunday, June 4, 2017

Buah tin untuk iftar hari ke 9

2 biji B1101 yang dah merekah, 1 alma, 1 red saudi dan 1 BTM6 Saya suka semua Smile.Alhamdulillah.

photo_2017-06-04_22-04-29

Thursday, June 1, 2017

T106–Bo Ji Hong-02

Salah satu dari tut dari pokok Cikgu Kozu. Mula dipotong dan ditanam didalam pasu.

photo_2017-06-01_21-14-25


Buah tin untuk berbuka hari ini

photo_2017-06-01_21-52-23photo_2017-06-01_21-52-35

BTM6, Read Saudi, Alma, No Id, Goulban and B1101. Alhamdulillah …