Laman D’Melati
Pokok dah mula berdaun dan berputik buah..
Back View
Dapor View
Laman BTM6
Hari ini buat DIY, keratan dari pokok-pokok yang dipangkas minggu lepas dah mula keluar pucuk tapi akar belum keluar. Kalau pucuk-pucuk ini tidak dapat matahari nanti dia mati. So ini solutionnya :
Ehm sekarang senang saya nak tengok perkembangan pokok pokok ini .
Hari ini kami ke KB untuk menghadiri perkahwinan Yaumee. Dah terlanjur ke KB, saya ke rumah pengerusi PETIK (Persatuan Tin Kelantan) Tn Musa Yaacob atau lebih dikenali dengan nama Abe Che. Banyak perkara yang saya pelajari dari WhatsApp group, Facebook dan Laman Abe Che. Hari ni seronoknya dapat jumpa dengan sifu pokok tin ini dihadapan mata. Hampir sejam kami meluangkan masa di rumah beliau.
2 anak pokok (Palau dan NP), 2 keratan – Arbicou long dan Green Ishia, Baja HAFA, baja YARA (hijau dan merah) serta serbuk sealer menjadi buah tangan dibawa balik dari Abe Che Mall ni.
Terima kasih sebab layan kami, terima kasih atas ilmu yang diajar, semoga pokok-pokok dan keratan yang dibawa balik hidup subur di laman D’Melati.
Sekarang baru saya faham kenapa bulan Disember je bulan January lepas ramai sangat yang jual cutting. Rupanya buah tin hanya keluar dari dahan baru yang sihat. Kebanyakan pokok tin, dahan nya ‘tidur’ sewaktu musim tengkujuh yang lepas. Walaupun ada matahari sukar bagi ianya bangun dan berdaun dengan baik berbanding dengan dahan yang baru tumbuh.
So minggu ni major pruning dilakukan di kebun tin saya. Hasilnya
Satu bekas keratan dari dahan yang besar sudah dibunjutkan dan ENAM bekas ranting-ranting yang tak larat nak dibunjutkan. So guna teknik baring dulu. Nanti tengok mana yang berakar akan ditanam.
Kalau lah menjadi semua ni Wah…
Kena hati keras untuk potong dahan-dahan ni..Hopefully lepas ni keluar dahan baru dan dengan keadaan panas semasa insyaAllah akan berbuah .
Pokok sudah mula berputik. In order nak dapat buah yang besar dan manis, baja mol buah-buahan terutamanya mol pisang memainkan peranan. So hari ini siapkan mol ini dengan resepi berikut:
1 kilo buah pisang / nenas
1 kilo gula merah kampung.
Blend sikit and campurkan keduanya. Peram 10 hari – perlu buka tudung setiap hari.
Lepas 10 hari campur air kelapa dari 1 biji + 1 botol kecil yakult. Peram lagi 5 hari baru boleh guna
so 2 minggu lagi sebelum boleh guna
Kegembiraan petani adalah apabila melihat pokok yang ditanam dan dijaga mula berputik untuk berbuah. Amazing bagaimana cahaya matahari memainkan peranan untuk menghasilkan buah-buah ini. Semoga putik-putik ini terus membesar menjadi buah agar kami dapat merasa kemanisan buah tin di Laman d’Melati .Diantara putik-putik buah ..
BJH
Alma
Goulbon
White Genoa and NoId
Red Saudi
BTM
Texas Everbearing
Pagi ni lepas siram pokok, ambil gambar laman .
Laman Utama yang dah penuh dengan pokok tin.
Belakang rumah dan tepi dapur
Laman BTM6 yang perlu dikemaskan hujung minggu ini.
Kawasan pokok baru dari bareroot
Alma dan Flanders menyambut tetamu
Menyelit in between..
Adik bongsu ..
#sukasukasuka..
Bersama arus perdana dalam group tin Darul Iman – menanam pokok rasberry pulak. Beli dengan cikgu Kozu – buah merah, kuning dan hitam.
buahnya – ambil dari google