Friday, December 9, 2016

T77-Jin Ao Fen - 01

Saya tak ingat keratan JAF ini dibeli dari siapa, tapi ianya adalah diantara keratan secara hidroponik yang bertahan selepas diserang gnat hari itu. Semoga ianya terus hidup.

28/03/2017 – Dah besar pokok ni, menunggu ianya berbuah

jaf

28/02/2017 -  Dah besar sikit pokok ni . tidak secepat pokok-pokok yang lain

jaf

29/01/2017 – JAF yang survive dari musim tengkujoh. Alhamdulillah. Semoga ianya membesar dan berbuah di Lamam DMelati

photo_2017-01-29_21-00-37

30/12/2016 – Dah sihat selepas 3 minggu dialih ke dalam pasu. Alhamdulillah ..

T77

9/12/2016 – Baru keluar daun tapi perlu diselamatkan dari gnat.

T77-JAF

Sample buah JAF dari goggle. Hopefully saya sempat rasa buah ni enam bulan nanti Smile.

JAF1JAF2

T76-Texas Everbearing-02

12/4/2017 – Sesungguhnya tuhan jadikan sesuatu untuk kita hambanya berfikir mengenai kekuasaan Allah. Kadang-kadang dah berbuah belum tentu kita dapat merasanya. Hari ini, at last dah dipotong. Semoga pucuk baru akan segera tumbuh untuk pokok ini dan berbuah kembali.

photo_2017-04-13_13-29-50

8/4/2017 – Seem like akar pokok ini terendam sewaktu hujan lebat minggu lepas. Sayangnya..banyak buah pokok ini. hopefully ianya bertahan. Nak potong buat keratan tapi sayang..

te1

Pokok dari keratan kedua dari En Jambul.

28/03/2017 – Dah ada 6 biji buah..Pokok pun dah besar

te

te1

14/03/2017 – Pokok ini sudah berbuah Smile

TE1te2

28/02/2017 – Cepat besar pokok ni. Nampak macam dah keluar mata ketam ke mata pucuk ? Biarlah gambar berbicara..

tex

29/01/2017 – Pokok ini bertahan dari musim tengkujoh. TE-01 tidak survive. Alhamdulillah. Sudah mula membesar, semoga dan dapat kami merasa buahnya nanti.

photo_2017-01-29_20-57-28

30/12/2016 – Gambar terkini. Suka melihat ia membesar …

T76 

9/12/2016 – Selepas dialih ke pasu

T76-TXE

Buat pembakar semangat- Ini adalah rupa buahnya yang diambil dari laman Tin Oh Tin

TE2

T75-Black Mission-02

Kesemua keratan Black Mission saya kecundang dimusim tengkujuh. Saya beli anak Black Mission ini di Figgers Day 4. Hopefully pokok ini memang Black Mission sebab ianya tiada tag (ditukar oleh penjual dari pilihan yang asal tapi yang ni tak ada tag, saya tak perasan yg ianya tiada tag).

16/04/2017 – Merimbun sungguh pokok ni. Dah berbuah..

mission

28/03/2017 – Tengoklah meriahnya pokok ni, saya terpaksa alih pokok yang berhampiran supaya dia dapat lebih cahaya matahari. Hopefully ia berbuah bulan ini…

t75

28/02/2017 – Sudah boleh menyesuaikan diri dengan cuaca di Laman D’Melati

blackMission

photo_2017-01-29_20-56-55

Keratan Black Mission yang diterima agak panjang. Ianya dikerat dua. Alhamdulillah kedua-dua bertunas. Saya juga diberikan satu keratan Black Mission percuma. Ini adalah keratan kedua Black Mission tersebut. Keratan ketiga dialih dalam poly bag untuk sesiapa yang berminat untuk membelinya.

Gambar pada 30/12/2016- Dah besar dah pokok ini, Suka suka …

T75

Gambar pada 9/12/2016 – Masih kecil..

T75-BM

T74 Mei Li Ya (A134) -01

Pokok Texas Everbearing dalam pasu ini tidak bertahan, Kecundang sewaktu musim hujan yang baru ni. Pasunya kini telah diambil alih oleh Mei Li Ya atau juga dikenali dengan nama  A134. Pokok dari bareroot yang dibeli dari Cikgu Kozu melalui Pok Zul. Kabarnya buah kuning.

15/4/2017 – Dah besar tengah tunggu berbuah

mei li ya

28/03/2017 – Cepat pokok ni besar wow…

meileeya

28/02/2017 – Pokok terencat sedikit mungkin kerana terdapat gnat dalam pasu. Selepas disiram racun, daun pokok mula statbi,

mai li ya

29/1/2017 – Pokok dipindah ke pasu.

photo_2017-01-29_20-57-06

Ini gambar buahnya yang diambil dari laman SaFa Fig. Ehm nampak macam sedap je..

A134

 

Teringat pokok variasi ini yang dibeli dari Pak Tam dan tidak bertahan bulan jun dulu. Keratan dibeli dari En. Jambul. Kali ni nampak pokok ini cepat tumbuh berbanding dengan keratan yang lain. Semoga ianya membesar dengan baik di dungun.

T74-TXE

Khabarnya ini adalah gambar buahnya (diambil dari Internet)

Doree

T73-B1011 -01

Keratan Doree ini kecundang kerana seragan gnat. Di pasu ini kini ditanam pokok B1011. Pokok dari bareroot Cikgu Kozu melalui Pok Zul, Masa dapat bareroot rasa macam tak boleh survice tapi Alhamdulillah pembesarannya amat memberansangkan.

16/04/2017 – Dah berbuah disetiap node pokok ni..

b1101

28/02/2017 – Dah besar pokok ni. Percaya tak pertumbuhannya dalam masa sebulan..

b110

29/01/2017 - Alhamdulillah bertahan dan membesar. Hopefully dapat rasa buahnya. Khabarnya buah warna kuning.

photo_2017-01-29_20-56-38

Keratan yang dibeli dari En Jambul, cuma ini bukannya keratan utama. Ini adalah keratan yang diberikan secara percuma oleh En Jambul. Keratan doree yang sebenarnya keguguran daun. Mungkin kerana variasi ini tidak sesuai disemai secara hydroponik. Yand disemai tanpa rendaman hidroponik menjadi walau pun keratannya lebih kecil. Hopefully ianya bertahan..

T73-Doree

T72-Purple Jordan -02

15/04/2017 - Pokok brunswick di pasu ini tidak bertahan dan diganti dengan pokok purple Jordan.

purple jordanpurple jordan1

Keratan pertama pokok yang dikerat bagi membolehkan cabang baru, hopefully ianya nanti akan berbuah. Nampak cepat besar pokok ini so saya salinkan terus ke pasu walaupun pokok ini tak sampai lagi sebulan usianya

Pokok dari tut pokok T03-Brunswick-01 yang telah habis berbuah. Ada tiga tut yang saya buat. Tut pertama dah tanam dalam pasu Siti Rokyah yang ditukar bersama Sultane hari tu. Ini tut yang saya potong 5 hari lepas untuk buncut semula. Nampak akar dah ketepi plastik so, saya tanam terus dalam pasu. Hopefully pokok ni hidup subur dan berbuah.

29/01/2017 – Pokok ini bertahan dari musim hujan yang lepas. Somehow, musim hujan menyebabkan salah satu dari cabangnya mereput. Hopefully yang ini akan survive.

photo_2017-01-29_21-00-30

T72-Brunswick

MAHA 2016 Here I come…

To be filled