Wednesday, September 14, 2016

Indeks Varieti dan Buah

Pokok tin ada beribu-ribu jenisnya. Ada yang boleh berbuah diMalaysia ada yang tidak. Senarai ini adalah jenis jenis tin yang ada di Laman Tin D’Melati

Jenis Star (5)
1. Alma * * * *
2. B1101 * *
3. Black Genoa * * * *
4. Black Jack* * *
5.Black Mission * * * *
6. Bo Ji Hong * * *
7. Brown Turkey Matsui / 6  * * * *
8. Brunswick  * * *
9. Calymrina
10. Conadria * * *
11. Flanders / Purple Jordan * * * *
12. French Purple * * * *
13. Green Jordan
14. Goulborn * * * *
15. Ipoh Blue Giant * * * *
16. Iraqi  * * *
17. Jumbo
18. Longue-D’Aout(LDA)  * * * *
19. Masui Dauphine (A) * * * *
20. Melanzana  * * *
21. Red Khutmani
22. Red Libya
23. Red Saudi  * * * *
24.
25. Qing Pi
26. Strawberry Verte
27.
28. Super Red Hybrid
29. Taiwan Golden Fig  * * * *
30. Tena
31. Tulca
32. No ID 01   * * * *
33. No ID 06   * * * *
34. White Genoa  * *
34. Wuhan  * * * *

T50-Green Jordan-01

Selepas gagal dengan cutting, saya beli tut Green Jordan dari En Farhan.

28/02/2016 – Dah besar pokok ni. Ada 3 cabang utama – sedang tunggu pokok-pokok ini berbuah Smile.

green jordan

Sebulan selepas ditanam dalam pasu. Gambar pada 30/10/2016. Pokok telah didedahkan ke panas dan hujan. Buah masih kekal moga-moga ianya boleh masak Smile.

IMG_0230

Selepas tiga minggu dibelai kini ianya ditanam dalam pasu besar. Moga ianya membesar dengan baik.

IMG_6508

T49-Purple Jordan-01

Pokok yang berdaun besar dari rumah Pok Nik. Terima kasih. Lama dah nak pokok ni Smile. Selepas cubaan dengan keratan tidak berhasil, Beli anak pokok stabil Smile.

30/04/2017 – Pokok ini telah di kerat supaya pucuk baru tumboh dan hopefully ada buah dari pucuk baru ini. Gambar pokok hari ini. Ada tiga cabang baru dan masih menunggu buah.

purpleJordan01

27/02/2017 – Pokok ni macam tak berapa sihat, Hari ini ubah pokok ini dalam pasu Felton yang lebih besar dan lebih banyak lubang bagi membolehkan air keluar. Pasu ditanam terus ke tanah Smile. Semoga ianya hidup segar dan berbuah selepas ini.

purple Jordan

Gambar pada 30/12/2016 – Dah tinggi lampai, besarnya daun, kasihan dia bertarung dengan karat daun disini pulak. Kena beri baja buah dah ni Smile.

T49

Gambar pada 30/10/2016. Daun-daun berkarat telah dibuang. Dah ada penyokong. Cuma daunnya digemari oleh belalang.. Besar daun pokok ni.

IMG_0229

Gambar pada 2 Oktober 2016

IMG_6475

Gambar pokok sewaktu dibeli

IMG_6352

T48-Tena-01

Pokok ini adalah tujuan utama saya kerumah Pok Nik di Kememan. Pokok Tena yang terkenal dengan kemanisannya Smile. Semoga ianya hidup subur di Dungun.

Gambar pada 30/01/2017 – Ehm pokok ni macam tak berapa nak naik kat laman DMelati. Hopefully bulan ni dia berbuah.

tena

Gambar pada 30/10/2016. Sudah ada penyokong dan sudah bercabang..

IMG_0228

Gambar pada 2 Oktober 2016

IMG_6474

Ini gambar buahnya (dari Internet)

tena

Pokok sewaktu dibeli

IMG_6351

T47-QingPi-01

Selepas gagal dengan keratan, beli pokok yang telah stabil dari Pok Nik diKemaman Smile. Khabarnya pokok ini manis dari China. Berikut adalah gambar buahnya yang diambil dari Internet.

qingpi1qingpi2

Hopefully, dapatlah makan buah pokok ini nanti.

28/03/2017 – Pokok ni tidur lama sangat, dekat 2 bulan, so dahannya dicantas untuk memberi laluan pucuk baru tumbuh. Kasihan dia..Kita tengok bulan depan ye..

qp

29/1/2017 – Pokok ini bertahan dari media yang tidak sesuai, sudah mula membesar. Ia juga bertahan dari musim hujan. Hopefully bulan ini dia berbuah ..

photo_2017-01-29_21-00-46

25/11/2016 – Pokok ini dipindah ke dalam pasu yang lain. Nampak macam tanah dalam pasu ini lembab dan perkembangan pokok agak perlahan. Hopefully lepas ni dia membesar bagai juara. Beri dia sesuai dengan rumah baru dulu dalam seminggu sebelum pindah balik dalam RPH.

IMG_2803

Gambar pada 30/10/2016. Besar daun pokok ni..

IMG_0227

Gambar pada 2 Oktober 2016

IMG_6473

Gambar sewaktu diambil dari rumah Pok Nik. Besar juga daun pokok ni.

IMG_6350

T46-Jumbo-03

07/05/2017 – Pokok ini tidak bertahan apabila graft yang dibuat kering. So dipasu ini saya tanam dengan anak pokok Jumbo pulak Smile. Semoga pokok ini membesar sebagai juara di Laman DMelati.

t46

01/04/2017 – Pokok Black Jack ditanam dalam pasu ini selepas bahagian bawahnya dipecahkan agar air tidak bertakung. Pokok ini juga digraf kan dengan salah satu pucuk dari Zura. Semoga ianya hidup dengan sihat selepas ini.

t46

Pokok ini tidak bertahan sewaktu musim hujan yang baru lepas. Akar pokok terendam dalam ari dan mati walaupun saya berusaha utk menyelamatkannya. Tak ada rezeki saya dari pokok ini Smile.

Pada 24 hb September, kami berkunjung kembali ke rumah En Nik untuk membeli pokok Tena tapi terikut juga 3 pokok yang lain Smile. Ini pokok yang buahnya hitam (Kata En Nik sambil tunjuk gambar buah dalam phone) dan saya tergoda. Oh no..

Ini gambar buah dari sumber Internet Smile

SONY DSC

Gambar pada 30/10/2016 – Daun dah lebat dah ada cabang baru..

IMG_0226

Gambar pada 2/10

IMG_6472

T45- Unknown 01

4/6/2017 – Pokok ini dialih ke pasu untuk sesi grafting dengan cikgu Khairi. Unfortunately semua grafting tak menjadi. Mungkin kerana akarnya belum begitu stabil. So saya buang semua grafting yang tidak menjadi dan saya graf dengan pokok Olympian dari Hj Musa. Alhamdulillah ianya kini telah tumbuh dengan sihat.

photo_2017-06-01_21-52-18

Pokok dihadiahkan oleh En Nik (Kemaman) sebagai hadiah harijadinya untuk saya belajar cutting dan tut. Katanya buah warna kuning. Saya masukkan dalam plastik hitam besar selepas lebih kurang 5 cutting dipotong dari pokok ini. Hopefully ianya hidup dengan subur di bumi Dungun Smile. Terima kasih En Nik.

Pokok pada 30/10/2016 – Dah ada cabang baru dan daun yang baru. comel , comel tunggu berbuah pulak ..

IMG_0225

Diantara keratan dari pokok ini yang telah dipindah ke polybag dan hopefully hidup dengan baik

IMG_0344IMG_0355

Ada beberapa cutting yang tidak menjadiSmile.


Pokok pada 2/10/2016.

IMG_6471

Ini adalah keratan dari pokok ini yang dilabel sebagai UK01

IMG_6349

dan ini adalah keratan Alma yang juga dihadiahkan oleh Pok Nik. Terima kasih Pok Nik,..

IMG_6348

Keratan-keratan ini sedang disemai bersama keratan Green Jordan. Semoga menjadilah…

T44-Unknown-02

Keratan dipotong dari pokok yang sedia ada kerana lebat sangat cabangnya dan dicucuk dalam pokok kucai. Eh hidup pulak dia. Yang dijaga berika-ia tu tak hidup. Tak ingat dari pokok mana, either Black Jack atau IBG.

Gambar pada 30/10/2016 – Dah tinggi, tengah tunggu bercabang ke nak di ‘sunat’kan…

IMG_0223

Gambar pada 2/10. Alhamdulillah walau pun kecil batang sewaktu dicucuk, dah besar pokok ini.

IMG_6470

Hari ni 14/9 pokok dialih ke pasu by itself dan dititiskan baja AB. Semoga ia membesar dengan baik Smile.

 

IMG_6304