Teragak nak makan sardin hari ni. Makanan ini menggamit beberapa kenangan. Pertama ini adalah sarapan yang sering kami makan sewaktu di SMSJ. Pernah satu hari mungkin kerana terlalu excited nak balik, instead of makan kat dewan, saya bungkus. Sewaktu tengahari, emak nampak bungkusan ini dan makan sehingga habis. Rupanya, saya baru perasan, sardin agak mahal bagi keluarga kami yang ramai pada masa itu. So ianya jarang dimasak dirumah. Makanan yang pada saya biasa rupanya luar biasa untuk emak pada masa itu.
Inilah juga makanan yang sering menjadi lauk saya sewaktu di Taylors College selain dari sambal telur. Not to mention sewaktu di USA, ini jugalah lauk utama selain telur kerana kesukaran untuk mendapatkan ayam dan daging yang halal. Harga ikan pula agak mahal.
Sewaktu mula bekerja di KWSP di Menara MPPJ di awal tahun 1990an, sambal sardin adalah lauk utama saya sewaktu breakfast / brunch yang dimakan dengan nasi lemak selain dari sambal udang.
Setelah berkahwin, saya jarang masak sardin sebab ahli keluarga lain tak suka. Hari ini teragak nak makan sambal sardin dengan bawang yang banyak. What is missing from this dish is the green color of peas :) . May be next time.
A very simple dish tetapi membawa kesan yang berbagai dalam kehidupan saya.