Tuesday, January 28, 2014
Anak mama dah 14 tahun
Haqim nak kek scorpion tapi kena order a week in advance. At last dia settle dengan tiramisu cake.
Happy birthday sayan, semoga panjang umur, murah rezeki, menjadi hamba Allah yang soleh dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Mama sentiasa doakan kesejahteraan anak mama ni….Ameen..
Lunch with sajohas
Thanks rakan rakan. Selepas 30 tahun kita berkongsi pengalaman hidup dan support each others
Wednesday, January 22, 2014
Kopiah lagi
Tengah rajin buat crochet ni…
Ini kopiah untuk anak saudara yang nak warna biru gelap dengan back ground putih..
Ini pula untuk Danish – menghabiskan benang… Semoga kopiah-kopiah ini akan menggalakkan Alif dan Danish bersolah dan menjadi anak-anak yang soleh.
Monday, January 20, 2014
Granny Square
Love this pattern to finish up all of the scraps that I have. Interesting tutorial at this link -http://032ad8a.netsolhost.com/madmad/2013/05/26/granny-love-1photo-tutorial/#.UtvWHPuwrIU
Wednesday, January 15, 2014
Blanket for future niece
Tuesday, January 14, 2014
Kopiah untuk abah
Ini pulak kopiah untuk abah. Pattern ini saya ubahsuai dari swirl beanie pattern yang saya download dari laman ini. Thank you the owner of the site.
http://www.thecrochetzombie.com/hatsbeanies.html
Cuma rasanya dapat kat Haqim juga sebab abah tak berapa suka pakai kopiah yg berkait.
Yap..tengah angin buat crochet pulak…:)
Friday, January 10, 2014
Kopiah Haqim
Friday, January 3, 2014
Projek Tanam Taugeh.
Hari pertama tahun 2014, semua kedai yang saya pergi tiada taugeh. OMG.. rupanya tempat lain cuti, so lori sayur tak berjalan. Ehm… kat rumah ada kacang hijau so saya pun berguru dengan Mr Google untuk cari kaedah menanam taugeh.
Kacang yang telah direndam selama 12 jam. Ada dua kaedah menanam taugeh yang digunakan – Dalam periuk atau dalam balang. Since saya rendam kacang lebih dari dua gengam, so kita test dua dua kaedah.
Selepas 36 jam. Kacang dalam balang tak berapa jelas sebab dah mula meruap.
Selepas 48 jam. Ehm dah mula panjang dah. In fact malam ni dah ambil segenggam untuk masuk dalam jejemput :)
Cross Stitch–Roses
Project ini saya mulakan pada 24hb Dis bagi mengingati cuti hujung tahun 2013. At least ada juga aktiviti sewaktu jalan jam di Cameron Highland and disepanjang jalan dari Shah Alam ke Dungun and vice verse. At last hari ini ianya siap dan sedia untuk diframe. – Comel tak..
Haqim mendaftar–Tingkatan Dua
Ehm.. Dah besar anak mama. Semoga tahun ini Haqim akan berusaha dengan lebih bersemangat dan lebih berdisplin. Moga-moga anak mama menjadi seorang muslim yang soleh dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara satu hari nanti. Ameen,,,