Semenjak kelas renang dengan mualimnya tempoh hari, Haqim mula ketagih untuk ke kolam renang. Dia dah mula boleh mengapungkan diri dan berenang dalam jarak yang dekat. Tapi masalahnya, muka dia dalam air (sebab katanya mualim ajar begitu) eish…rasanya macam silap ajaran aje ni… Sempat juga mama tumpang sekaki, ini adalah kolam di Sri Permata Condo…
Saturday, August 14, 2010
Cermin alas meja
Selepas puas mencari, akhirnya abah bertemu dengan insan yang sudi memotong cermin untuk alas meja makan kami. So hari raya ni tak payah lah saya basuh alas meja beberapa kali :). Yang best tu, bolehlah guna periuk steam bot saya at last..
Wednesday, August 4, 2010
Birthday nenek…
1/8/2010 – Birthday nenek yang ke 67 tahun still going strong … Kami meraikan di hotel UiTM.
Haqim pun nganga mulut juga ha ha ha.. Mak susu mesti gelak tengok gambar ni…
Haqim ke kem TKRS
Haqim menghadiri kem tahunan TKRS di Hutan Lipor Jambu Bongkok.
Sewaktu dihantar pada petang 26/7 (selepas argue dengan mama dari balik sekolah sehingga sampai tempat perkemahan – excitednya dia..)
Sewaktu diambil pada 29/7 jam 12 tengahari - still steady and strong.. tapi ‘pengsan’ dalam kereta dan sakit kaki sampai rumah tapi mama sokong program ini yang mengajar Haqim untuk bergaul dan berdikari..Cuti sekolah ni kita cari program macam ginilah…
What happen in between…
Dari album Mualimanis di http://s954.photobucket.com/albums/ae30/muallimhanis/Perkhemahan%20Di%20Hutan%20Lipur%20Jambu%20Bongkok/
Haqim dalam kelas renang TKRS Al Amin
20/7/2010 - Dipaksa untuk pergi, tapi kena paksa juga untuk balik…
Seronoknya mereka.. gambar dari laman mualimanis .. terima kasih.. mengajar Haqim and the pictures