Saturday, February 21, 2009
Bunck Face untuk haqim
Baju Taek Wan Do
Minggu ini Haqim ke kelas Taek Wan Do dengan memakai baju seragam yang baru. Segak dan bergaya anak mama ni. Makin bersemagat anak mama menjalani latihan hari ini ….
Persediaan Majlis Perkahwinan 3
Minggu ini kami memulakan operasi membersihkan rumah. Maklumlah lagi 2 minggu, majlis perkahwinan Yati akan diadakan. Mesin jahit dan magazine-magazine lama telah dibawa dan disusun di stor.
Pokok kaktus disebelah rumah telah ditebang (sayang, sebab usia dia sama dengan usia rumah, tapi atas isu-isu keselamatan, kami terpaksa tebang jug). Pokok-pokok kaktus di depan rumah juga telah dubah ke tempat lain…
Baby Quilt
Minggu lepas emak Dah (jiran depan rumah) beri 4 bag besar kain perca untuk emak. So, hari ini, kami beri dah baby quilt yang kami buat dengan menggunakan kain-kain tersebut. Cantik dan comel quilt ni, terasa macam nak buat satu untuk Haqim, warna biru lawa juga ni…
Monday, February 16, 2009
Rumah baru Amran
Hari Jumaat, sebelum kami kembali ke Dungun, Amran bawa kami kerumah barunya. Besar juga rumah ni.
Tapi apa yang lebih menarik perhatian saya ialah pokok bongsai kat rumah sebelah. Bilalah bongsai saya nak jadi macam gini. Yang pastinya, besi alas bongsai ni boleh tiru….
Sebelum balik, sempat jug amran bawa kami ke kedai second hand barangan hotel. Lokasinya- junction sebelah Tesco Extra di Jalan Kuching sebelum round about ke Kuantan. Banyak barang kat sini Okay juga kalau bawa Matrix ni pasti dah mengikut meja kecil satu.
Mengikut jugalah set berikut balik kerumah.
Friday, February 6, 2009
Bunga-bunga
Sudah lama pokok bunga ros ini tidak berbunga. Satu nikmat yang Allah berikan kepada saya ialah ketenangan apabila melihat bunga-bunga dilaman yang pastinya saya hargai diwaktu cuti hujung minggu.
Diantara bunga-bunga yang kembang pada hari ini adalah bunga ros jepun ini yang berwarna warni dan kembang mulai jam 10 pagi hingga lebih kurang jam 3 petang.
Sudah 2 minggu okir ini berbunga. Lawa dan ingin saya simpan mememorinya di ruang ini.
Steamboat di Dungun?
Malam tadi abah bawa kami makan steamboat. Ini adalah kali pertama Haqim makan steamboat. Kecohnya dia and orang lain tak boleh nak masak. Anyway, okay juga steamboatnya…Kalau abah bawa selalu kan best. 3 pictures for the album…